10 Mei 2009

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang sedang berlangsung.

Saya menjadi tetamu dan memberi ucapan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang Terenggan pada pagi ini mewakili YAB DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat datang kerana urusan yang lebih penting di Perak. Selain itu saya juga mewakili beliau untuk menyampaikan ceramah penerangan isu-isu semasa yang diadakan ditempat yang sama iaitu di Mesjid Rusila disini.

Hadir sama untuk merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 25 itu ialah Timbalan Pesuruh Jaya PAS Terengganu yang juga AJK PAS Pusat, Dato' Ust. Abu Bakar Chik.

Dalam ucapan saya pada pagi saya menyentuh mengenai tsunami politik yang membawa kekalahan BN di 5 negeri dan 8 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan. Kemenangan ini tidak dapat diterima oleh BN dan mereka berusaha untuk menjatuhkan kerajaan pakatan termasuklah di Perak.

Selain itu saya menyentuh tentang isu sidang DUN dengan mengulangi pendirian bahawa tidak ada jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut di Perak walaupun dengan menggunakan mahkamah dan sidang DUN akan datang, melainkan dengan berlakukan pembubaran DUN Perak dan rakyat diberikan hek untuk memilih sekali lagi.

3 ulasan:

Zanariz berkata...

Salam Perjuangan..!

Kepada semua ahli YB bagi DUN Negeri Perak Darul Ridzwan yang amat di hormati serta di kasihi sekalian.

Kalian hari ini tanpa sedar ataupun sudah maklum bahawa kalian sedang mencipta satu lakaran sejarah yang bakal di tatap oleh generasi yang mendatang. Dalam lipatan sejarah ini nanti, anak cucu cicit dan generasi yang akan datang akan dapati bahawa terpampang di hadapan mereka dua golongan.
Satu, golongan yang membela rakyat dan yang satu lagi adalah sebaliknya berpandukan kepada amatan serta penilaian mereka sendiri pada masa itu. Mungkin ada di kalangan anak cucu cicit kita yang akan menjadi mangsa keadaan pada ketika itu dengan tohmahan keturunan penderhaka atau sebagainya.

Apa pun, ianya telah berlaku kini di negeri indah permai yang kita kasihi ini bahkan telah menjadi liputan yang meluas sehingga ke luar negara. Apa yang berlaku semalam, membuka lebaran baru kepada dunia politik Perak khususnya dan Malaysia amnya. Sejarah telah tercipta. Marilah sama-sama kita memohon kehadrat yang Esa semoga kita semua berada di dalam limpah rahmat serta inayahNya.. Amin..!

Sekian, Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

YB...UNTUK CERAMAH DI KG EMUN MARAN MLMNANTI ADAKAH DS NIZAR AKAN DATANG ATAU Y WAKILNYA?

Tanpa Nama berkata...

salam yb...saya baru pulang dari ceramah dikg embun tadi....DS Nizar ada datang menyampaikan ceramah isu2 semasa tadi....mmgpenuh sesak...ramai..kutipan mencecah lebih rm13k..dapat gambaran yg lebih jelas ttg isu2 yg berlaku..tq