Nik Abduh Nik Abdul Aziz - gagal merebut jawatan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu hari kelmarin.
Nik Abduh yang juga bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS negeri tewas kepada ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Abdul Latiff mendapat 78 undi untuk menewaskan Nik Abduh yang mendapat 56 undi.
Jawatan itu kosong selepas penyandangnya, yang juga ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankannya kerana usia melepasi 40 tahun.
Dalam pengundian pemilihan itu hanya satu undi perwakilan rosak.
Nama Nik Abduh mulai menjadi bualan ramai kalangan pemerhati politik selepas beberapa akhbar memetik tulisan dalam blognya yang menyentuh isu kepimpinan ulama dalam PAS.
Tulisannya yang saya terbitkan dalam blog ini juga mendapat reaksi pelbagai dari pengunjung.
Sementara itu seorang peguam Hisham Fauzi dipilih sebagai naib ketua dewan tersebut.
Beliau mengalahkan dua calon lain, iaitu Zamsuri Mohamad dan penyandangnya, Dr Rusli Allani Abdul Kadir.
Nik Abduh yang juga bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS negeri tewas kepada ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Abdul Latiff mendapat 78 undi untuk menewaskan Nik Abduh yang mendapat 56 undi.
Jawatan itu kosong selepas penyandangnya, yang juga ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankannya kerana usia melepasi 40 tahun.
Dalam pengundian pemilihan itu hanya satu undi perwakilan rosak.
Nama Nik Abduh mulai menjadi bualan ramai kalangan pemerhati politik selepas beberapa akhbar memetik tulisan dalam blognya yang menyentuh isu kepimpinan ulama dalam PAS.
Tulisannya yang saya terbitkan dalam blog ini juga mendapat reaksi pelbagai dari pengunjung.
Sementara itu seorang peguam Hisham Fauzi dipilih sebagai naib ketua dewan tersebut.
Beliau mengalahkan dua calon lain, iaitu Zamsuri Mohamad dan penyandangnya, Dr Rusli Allani Abdul Kadir.
13 ulasan:
Saya tetap pilih Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai Pemimpin yang terbaik dalam PAS kerana berani kerana Allah,dan takutnya pun kerana Allah...semoga UNANAA sabar,ceria,penuh keazaman utk membela umat islam di malaysia ini. Banyak pemimpin PAS sendiri tidak setegas macam UNANAA..
sapa menang pun x pa... janji brtanggungjawb. pegang amanah yang diberi. takbir...!!!
Saya percaya Nik Abduh telah bertindak dengan kejujuran dan keikhlasan dalam menulis 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' itu. Apapun, ahli PAS tidak boleh terlalu naif dan membutakan mata, memekakkan telinga, membisukan mulut semata-mata kerana wala'. Musuh-musuh Islam ada di mana-mana saja. Sirah telah mengajar kita tentang sikap golongan munafiq dan peranan mereka membinasakan gerakan Islam. Jangan biarkan sejarah berulang kembali. Sudahlah sikap majoriti rakyat Malaysia yang 'betul bendul' mengizinkan rejim zalim berkuasa di negara kita. Jangan pula majoriti ahli PAS turut bersikap 'betul bendul' dan mengizinkan golongan 'UMNO menyamar sebagai PAS' pula bermaharajalela dalam PAS.
Pekalah dengan perkembangan dan isu-isu dalaman. Perhatikan kumpulan yang sering mencetuskan gagasan-gagasan yang menjauhkan kita dari Allah. Bantahlah jika pemimpin kita tersilap - ini merupakan hak dan tanggungjawab ahli.
Sekadar lontaran: Anda fikir siapakah yang lebih layak menentukan hukum tentang pakaian dan solekan wanita dalam Islam - Dewan Ulama' Pusat atau Dewan Muslimat Pusat?
Pengaruh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah tentu mula merosot sikit sejak akhir akhir ini.
Apa tidaknya? kalau pengaruh masih unggul barangkali Nik Abduh yang dianggap lantang sikit itu boleh menang sebagai ketua dewan PAS kelantan.
Ini anggap saya. Mungkin ada yang tidak setuju kerana anggapan seumpama ini seolah membukan pekung seorang tokoh yang pintar berpolitik.
Sebijak bijak Tun Mahathir bijsk lagi Tok Guru, ketika berhujuh pasal fungsi ulama dalam sesebuah negara.
Tun Mahahtir kata ulamak fungsinya mengajar dimasjid dan surau bukan jadi orang politik.
Manakala Tok Nik Aziz menjawap pukulan maut, kenapa doktor boleh jadi orang politik, sedangkan tugasnya d hospital rawat orang sakit.
Hujah ini membuat Dr Mahathir kena KO tidak bangun bangun, termasuk UMNO BN kalah teruk di Terengganu.
inilah kebijaksana yang dimiliki oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik. Apabila usia sudah meningkat tua beliau tetap bijaksana, tetapi ada orang muda kurang berkenan.
Begitulah nasib manusia yang ada diatas muka bumi ini. Tunggulah masanya.
Tewas pun tak apa yang penting kita mempunyai barisan pelapis yang kuat dan berkalibar.
Kalah merebut jawtan tak pa, teruskan perjuangan kita. ustaz tak g turun kempen ke kawasan kot,sebabtu perwakilan kere wi sokongan
saya rasa org dah tau perangai sebenar nik abduh selepas dia tulis artikel yang merendahkan pemikiran ayahandanya sendiri.
org kelantan tak boleh terima org merendahkan tok guru hatta anak tok guru sendiri
Tapi Tok Guru tetap menganggap anaknya matang dan berpelajaran. Dan saya lihat perbezaan undi antara Nik Abduh dan pihak yang menang tidaklah jauh sangat. Jadi tidak benar jika dikatakan orang Kelantan tidak boleh menerimanya.
Cuma mungkin pihak yang makan cili, terasa pedas, itu saja.
kpd semua peminat blog pas x payah wak ulase brhubung pmilihan dwn pmda pas.hak tewas dpt pahala,hak mene pun dpt pahala.ust.tih n ust.nik sama2 nak wak kijo dale jmaah utk martbtkn agama Allah,umumnya d msia khasnya d klate.kalah mene adat btanding,x timbul masalah jika kita satu pjuangan ,jgelah puak kito byk wak ulase takut timbul salah pehe.(bekas tim.pemuda r.panje))
Pembetulan: Dr Rosli Allani bukan penyandang jawatan Naib Ketua Pemuda Kelantan. Penyandang ialah Ustaz Abdul Latiff yang tidak mempertahankan jawatan Naib kerana menerima pencalonan Ketua Pemuda.
Dr Rosli telah menarik diri di saat akhir.
Manusia merancang, Allah pun merancang! Rancangan Allah yang lebih baik! Allah Maha tahu siapa yang benar-benar ikhlas dan patut menang! Siapa yang kalah pula, muhasabahlah dan cari hikmah yang besar disebaliknya!
Kesilapan besar anak Tok Guru bila ia menulis Tok Guru mendapat nasihat yg salah dari pembantu politiknya.Tok guru bagitu jauh ke depan dlm ilmu politik.Dlm dunia tanpa sempadan ini semua org tahu President PAS mendapat nasihat yg salah bukan Tok Guru.Apatah lagi Timbalan President membelakang semua ahli Majlis tertinggi demi untuk Tuan President.Timbalan President sepatutnya bertugas untuk parti bukan untuk President.Hanya UMNO yg timbalan president bertugas untuk president.Anak Tok Guru masih mentah dalam mainan politik.Akhir sekali marilah kita merenung mengapa PAS masih gagal di Terangganu walaupun ada tsunami politik,PAS masih gagal di Perak memenangi kwsn majoriti melayu,Kedah juga PAS gagal di kebayakkan kwsn majority melayu.Sebab itulah sebarang cubaan untuk berkerjasama dgn UMNO akan mengakibat Pengundi Cina dan India akan lari dari PAS.Akhirnya akan kembali status qua.Ingatlah Anwar tidak ada kepentingan diri dgn PAS,beliau amat mudah nak jadi PM hanya berunding dgn Najib.Keadilan banyak berkorban di Kedah,Kelantan dan Terangganu.PAS kedah banyak menang kerusi bukan dikwsn majoritynya spt Pantai Merdeka,Merbok,Merbau pulas,Kuala Ketil,Alor Janggus dan bandar baharu.Pas kalah dikwsn tradisinya spt Pedu,Kuala Nerang ,jeneri,kupang.Kesimpulannya saya ingin menyeru kpd anak Tok Guru dan rakan2 sefikiran dgn nya supaya membuat analisa politik yg matang.Apayg perlu PAS lakukan adalah meningkat persaingan dgn UMNO dikwsn majority Melayu kerana ini telah sah kerusi kita.Jika PAS dapat banyak kerusi di Kwsn majority melayu barulah kita bolih tabik dada......
Orang Melayu selalu ketinggalan dari segi maklumat sebab media massa bahasa Melayu alternatif kurang. Akhbar dan warta berita dalam bahasa Melayu di radio dan TV terlalu bias. Bangsa Cina dan India ada saluran berita alternatif.
Kalau benar parti-parti komponen PR bekerjasama, memang perlu kepada pengorbanan. Di kawasan saya di mana salah satu DUNnya ditandingi PKR, gerakkerja pilihanraya hampir 100% dilakukan oleh ahli PAS. Ini kerana PKR tiada tenaga kerja. Ah! Tapi nanti kita berlumba mengungkitlah pulak....
Catat Ulasan