29 Mei 2009

Nizar : Ulasan penghakiman Mahkamah Rayuan belum dikeluarkan.

Sampai hari ini ulasan dari penghakiman 3 hakim pada 22 Mei tidak dikeluarkan, kerana selagi tidak dikeluarkan ulasan penghakiman kita tidak dapat menyoal penghakiman itu. Inilah konspirasi kehakiman yang berlaku tetapi kita yakin dapat lakukan di mahkamah Perseketuan. Jelas beliau dalam majlis taklimat selepas program penutup program puasa sunat dan mogok lapar.

Kita tidak mahu berpegang kepada kuasa yang diberikan mahkamah namun kita keistana untuk mohon bubarkankan. Begitu juga sila Zambry ke Istana jumpa tuanku untuk bubar DUN.

Dalam tempoh sekarang, akhir-akhir ini dengan karenah UMNO dan BN saya pun jadi marah , dengan berseloroh berseloroh katanya sampai mengigau saya marahkan kepada speaker Ganesan dalam tidur. katanya.

Sebagai meraikan mereka yang berpuasa, kita diberi penhargaan oleh Lim Guang Eng dan isteri. mMlah mengatakan seluruh rakyat Pulau Pinang menyokong perjuangan Pakatan Pakyat di Perak.

Beliau juga mengesahkan Lim Guang Eng akan melakukan sesuatu kepada Jalan Tun Perak di Pulau Pinang untuk mengabdikan perjuangan di perak.

Sebelum ini rakyat tidak merasa kehidupan rakyat pelbagai bangsa berlaku di perak setelah kita memerintah perak, yang ini UMNO cukup cemburu.

Saya teringat sebelum ini saya dapati Dato' Ngeh cakap Bahasa Melayu pun tidak lancar, selepas bersama kita dalam PR dibuktikan malam ini dia bercakap dengan baik, kalau puluh tahun akan datang dia akan boleh hafal Quran dan hadits katanya sambil berseloroh.

Kita kena berjaga-jaga dengan tohmahan DAP sebagao komunis, jangan termakan tohmahan ini., Kita ada prinsip dalam pakatan ini.

Mudah-mudahan untuk menuntut pembubaran DUN Perak merebak ke seluruh dunia sehingga kepada pelajar-pelajat kita di timur tengah menghantar memorendum supaya dibubarkan dun.

Semua pihak bersetuju, yang tidak cuma UMNO kerana kereka tahu dia akan kalah teruk.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hakim Munafik tak berani tulis keputasan sebab satu dunia akan ketawakan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Zambry MB Mahkamah, malam ini juga mengadakan bacaan Yassin dan Solat hajat di kediaman rasmi Menteri Besar. Ramailah orang UMNO hadir memohon supaya kerja 'buruk' mereka itu akan mendapat petunjuk dan hidayah tetapi secara dimurkai dan dibenci Allah.
Macam mana tu YB Drs Idham Lim..?

Tanpa Nama berkata...

eleh,umno kata DAP cam komunis...mereka(umno)x sedar yg mereka ni lagi teruk dari komunis...da la agama tolak,rasuah bnyak,zalim kat rakyat...haiii,x tau la parti pengecut ni...keris x bersarung...

ismail,bp

Tanpa Nama berkata...

Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata...
Suka untuk saya tegaskan di sini bahawasanya antara saya dengan Dato' Seri Nizar, kedua-dua kami adalah Menteri Besar Mahkamah. Dato' Seri Nizar menang di Mahkamah Tinggi, jadi beliau adalah Menteri Besar Tinggi (MBT).

Sementara saya pula menang di Mahkamah Rayuan, jadinya saya Menteri Besar Rayuan (MBR). Sekarang Dato' Seri Nizar sudah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Kita lihat apa hasilnya nanti. Sesiapa di antara kami yang akan menang nanti tetap akan menjadi Menteri Besar Mahkamah juga. Menteri Besar Persekutuan (MBP).

Saya berharap saudara berhenti memfitnah ketiga-tiga katak ini daripada Changkat Jering, Behrang, dan Jelapang. Betul mereka sudah tidak turun ke kawasan masing-masing. Tapi itu bukanlah kerana mereka tidak berani berdepan dengan rakyat di kawasan mereka.

Sebenarnya sebelum Coup d'etat tempoh hari pun mereka sudah tidak turun ke kawasan masing-masing. Kalau semasa menjadi EXCO pun mereka sudah malas hendak turun, apatah lagi selepas menjadi ADUN bebas tanpa jawatan.

http://www.zambry.com/

musafirlalu berkata...

Tahniah kepada Pakatan Rakyat yang melakukan puasa sunat dan mogok lapar dengan jayanya.Itulah simbol perpaduan yang kita tunjukkan kepada UBn.Walaupun polis melakukan tangkapan tetapi semangat juang yang ada pada PR terlalu sukar untuk dipatahkan.Sebagaimana UBn mengunakan bermacam cara untuk menghalang PR dengan mengunakan Mahkamah,Istana,Polis dan SPR.Semakin kuat PR dihimpit semakin ramai rakyat memberi sokongan.Seperti mana komen saya tempoh hari tentang SPR tentang calon,tiba-tiba keluar kenyataan daripada pengerusi SPR agar bakal calon mestilah orang yang sihat.Bukan saja UBn yang takutkan pilihanraya,rupa-rupanya SPR pun takut bila berlaku kekosongan kerusi.Bagi saya SPR patut tukar nama kepada BSPR (Budak Suruhan Pukul Rakyat) dan memohon keanggotaan UBn.Sebagaimana PDRM kepada PRDM pun mohon Keanggotaan UBn.Yang pastinya dimana-mana pun didunia,kalau sipencacai ni memang lebih kuah daripada nasi.

Seperti kata Lim Guan Eng kalau diadakan pilihanraya di Perak pasti PR akan dapat majoriti 2/3.Satu kajian yang saya lakukan andainya Dun Perak dibubarkan,PAS pasti akan menambah kerusi paling kurang 8 kerusi.Itu tidak termasuk daripada DAP dan PKR lagi.Maka betullah kata-kata Lim Guan Eng.Kerana itulah UBn akan gunakan segala kekuatan yang dia ada untuk mengelakkan Dun Perak dari dibubarkan.

Tetapi kuasa Allah tidak dapat dihalang walau apapun kekuatan yang digunakan.Lagi takut UBn kepada pilihanraya selagi itulah akan ada Pilihan Raya Kecil.Ketentuan Allah tidak ada siapa yang tahu.Maha Besar Allah lagi Maha Mengetahui.

Good Lady berkata...

ada ke ulasan tu

http://budu2u2.blogspot.com/

JAMILKUCING berkata...

Melayu mudah lupa atau bodoh atau memang bodoh..



Sebaik sahaja chin peng minta nak balik ke malaysia jamil tengok rioh rendah orang melalak. tv-tv ,media-media yg sudah kekeringan berita menyalak macam anjing gila. orang-orang tua yg bodoh di temuramah,ya jamil tak nafikan jamil tiada waktu komunis dulu. dan tapi jamil dapat banyak info bagaimana kekejaman komunis. antinya orang melayu dekat chin peng lebih teruk dari anti terhadap yahudi. persoalannya adakah orang melayu mudah lupa atau bodoh.

Di antara komunis dan tentera jepun siapa paling kejam, antara komunis dan tentera jepun siapa potong kepala orang, antara komunis dan jepun siapa waktu itu lebih tersiksa , jamil rasa jepun lagi teruk,lagi jahat lagi kejam,sampai salah sikit potong kepala orang. tapi tak dengar lak komunis potong kepala orang. tapi komunis di halau sampai tak boleh balik ke negara mereka sendiri.walaupun mereka komunis.

Sebaliknya jepun di sambut bagaikan raja, jepun di jemput buka perniagaan di sini, jepun di beri bermacam-macam ke istimewaan, sedangkan bangsa melayu dan rakyat malaysia banyak menderita , merana kehilangan saudara mara tanpa kepala kerana jepun.mereka pernah membunuh sdr/mara kita,tetapi sekarang bangsa jepun di sanjung,di sambut,di hormati. apa ni? double standard ke.

Jamil bukan suka komunis atau menerima mereka tapi benci dengan manusia yang hipokrit, manusia yang double standard, manusia yang pentingkan diri sendiri.penting kan wang.mungkin gak jepun dulu mereka tidak kacau orang-orang berada di malaysia,tak kacau orang bangsawan di malaysia sebab itu mereka tidak di hina di kutuk atau di caci.tapi komunis kacau tak kira kaya atau miskin,biasa atau bangsawan.tu yg di kutuk dan di hina tu.

Ko orang pembaca fikirlah sendiri.
cukuplah kita 50 tahun tertipu dengan agenda melayu barua dari umno. sekarang apa pun susah nak percaya permainan mereka ini.

anonymous berkata...

Berita tergempar-klick sini-anonymous