BERMINAT UNTUK MELANCONG KE CHINA?
JOM BERSAMA YB KE CHINA
JOM BERSAMA YB KE CHINA
PAKEJ SHOPING DAN PENGENALAN PERNIAGAAN DI CHINA
( 29 Jun - 03 July 2009)
( 29 Jun - 03 July 2009)
*** Berhubung dgn PRK Manek Urai tarikh diubah kepada 29 Jun - 03 July 2009- Harap maaf)
5 Hari 4 Malam Shenzhen/Guangzhou, China.
29/06 /09(ISNIN) ( D)
4.15 ptg Berlepas dengan AirAsia dari LCCT ke Shenzhen
8.45 mlm Tiba di Shenzhen bertolak dengan bas ke Guangzhou. Makan malam /Check-inn hotel / solat / istirehat.
30/06/09(SELASA) ( B / L / D).
8.00 pagi Sarapan pagi di Hui Min Fan Dian.
10.00 pg. Lawatan bermula ke Mesjid Tertua di China ( Masjid Hui Sheng).Seterusnya lawatan ke Makam Saad Abi Waqas ( Sahabat Rasulullah)
1.00 tgh. Makan tengahari ( Qing Hai Fan Dian/ Restoran Abdullah)
2.30 ptg. Lawatan ke Pusat jualan Jam / Baju Berjenama ( Zhan Xi Lu)
6.00 ptg. Balik hotel / istirehat / solat.
8.00 mlm. Makan malam di Restoran Abdullah
01/07/09(RABU) ( B / L / D)
9.00 pagi Sarapan pagi di Hui Min Fan Dian.
10.00 pg. Lawatan ke Pusat jualan kristal (Liwan Guangchang)
1.00 tgh. Makan tengahari ( Restoran Abdullah – Qing Hai Fan).
2.30 ptg. Pusat jualan Cenderamata ( Haiju Guangchang)
6.00 ptg. Balik hotel / istirehat / solat.
6.30 mlm. Makan malam di Restoran Abdullah.
7.45 malam Menaiki Feri Menyusur Sungai Guangzhou
02/07/09(KHAMIS) ( B / L / D)
9.00 pagi Sarapan pagi di Hui Min Fan Dian.
10.00 pg. Pusat Jualan Sutera / Elektronik. ( Hai Yin Pu / Da Sha Tou Se Ma Lu)
1.00 tgh. Makan tengahari ( Restoran Abdullah – Qing Hai Fan Dian).
2.30 ptg. Pusat Jualan Beg ( San Yuan Li)
6.00 ptg. Balik hotel / istirehat / solat.
8.00 mlm. Makan malam di Restoran Abdulah.
03/07/09(JUMAAT) ( B / L/D )
8.00 pagi Sarapan pagi di Hui Min Fan Dian.
12.00 tgh solat jumaat/makan tengahhari
4.00 ptg. Check-out hotel / bertolak ke Shenzhen dengan bas.
8.45 mlm. Berlepas dengan AirAsia ke LCCT Kuala Lumpur.
12.40 mlm. Tiba di LCCT Kuala Lumpur. ( Pakej Tamat).
Harga Pakej:
Dewasa ( Bilik berdua) RM 2200 seorang.
Hotel : (3 Stars) :
Harga lawatan termasuk:
- Tiket penerbangan pergi dan balik (Air Asia)
- Visa single entry
- Pengangkutan sepanjang lawatan di Guangzhou, China .
- Penginapan hotel 3*
- 3 kali makan setiap hari: Muslim’s food, lunch and dinner di restoren muslim tempatan..
- Pengangkutan dengan bas berhawa dingin and dan 2 pemandu pelancong yang boleh bertutur dalam Melayu atau Inggeris..
Harga lawatan tidak termasuk:
- Perbelanjaan peribadi dan bayaran tambahan untuk bagasi.
- Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu bas: RMB 10/CLIENT/DAY
Syarat Lain :
- Pembayaran deposit 50 % sebelum atau pada 15 Jun 2009
- Bayaran penuh pada atau sebelum 19 Jun 2009
- Penyerahan pasport untuk urusan visa pada atau sebelum 19 Jun 2009
- Gambar ukuran pasport 2 keping
kepada yang berminat, bolehlah menghubungi:
No tel: 019-4759697
email:idhamlim@yahoo.com.my
Tarikh tutup pendaftaran: 19 Jun 2009
PERHATIAN : Terhad kepada 35 orang pertama.
20 ulasan:
YB Ustaz,
Saya berminat untuk menyertai lawatan bersama YB. Saya inginkan maklumat seperti berikut:
1. Dimanakah saya perlu mendaftar
2. cara bagaimanakah untuk saya membuat pembayaran
terus berhubung dengan no talipon atau email yang disediakan..insyaAllah keterangan lanjut akan diberikan. terima kasih dengan minat anda .WM
salam...kenape nak bersama YB? tidak bersama ustaz atau pun saya? maaf ustaz sekadar teguran yg dapat membezakan dengan BN. istilah merendah diri dapat mendekatkan rakyat pada ustaz.
tak pernah buat dek YB UMNO-BN program lawatan mcm ni. UMNO-BN biasenye bw kroni2 je melancong luar negara sambil perabih duit rakyat. TAHNIAH YB, satu pendekatan menarik.
Saya pun berminat, tapi poket tengah kering, mungkin lain waktu, ada rezeki boleh la nak ikut YB melancong sambil cari peluang perniagaan.
Kepada yang punya kelapangan dari segi kewangan dan masa, segeralah hubungi YB untuk bersama-sama ke CHINA!!! ;-)
lawatlah ke masjid lama terbesar di Guangzhoua nanti kalau ada masa.saya pernah juga ke sana. pasti luar biasa dpt temui muslim cina sana nanti.
great wall tak sempat lawat ka?
rgds
tak sempat pi great wall ka?
rgds
haa'a kurang2nya gi china dapatlah tegok great wall
Inilah dipanggilkan tidak sombong sebab YB suka bersama rakyat kerana YB tahu hati rakyat dan rakyat tahu orang PR macamana salah seorang ialah dato ir Nizar.
Perrgh best ni YB malangnya belum ada kesempatan & sumber kewangan, maybe future boleh joint...
YB gi China nak bawa Chin Peng balik ke?? he melawak je jgn mare....maklum ler sekarang isu Chin Peng tgh hangat dimainkan..saya rasa kan ape saje je tu nakkan sokongan org melayu balik ke UBN...ala taktik lama tu...
Bosan ler UBN ni bila org melayu tak sokong mula ler cari isu cam...mungkin sekali imbas tak nampak...tapi kerana dah bertahun follow UBN punya cara politik saya rasa memang saja je bangkitkan isu Chin Peng ni...ape komen rakan-rakan lain????
Asalamualaikum, YB.
Saya mahu ikut kumpulan yang pergi semasa musim daun luruh - lewat Oktober 2009.
Saya tempah 2 kerusi.
anggaran kasar kos berapa?
Saya berminat sgt2.. cuma buat masa ni duit tak berapa cukup...so, pls dont stop, arrange plak next trip.. mmg nak join,, cuma kalo pi musim panas atau bunga kan best..
Botakchun dan lain-lain, macamana nak melawat Great Wall sedangkan tempat yang dilawat tu Guangzhou, iaitu di selatan China dan Great Wall tu di utara dan beribu batu jauhnya.
Mungkin kena ada kesempatan lain kalau nak ke Great Wall.
pada 2007 saya berkesempatan keshenzhen menaiki komuter dari hong kong.
shenzhen sabuah bandaraya yg mengasyikkan
paling menarik dikota ini motorsikal tidak dibenarkan,public transport sangat efficient spt bas dan keretapi bawah tanah
kota yg bersih dan tiada rasuah
malaysia perlu belajar dari shenzhen...
kpd yg belum kesana sila join yb kita ni
cuma saya cadangkan ditambah satu destinasi melawat kewindow of the world...
yb ade kne mengena dgn lim guan eng x?hehe
KALAU DIA ADA KENA MENGENA DENGAN LIM GUAN ENG PUN,,KAU APE PEDULI,,MEREKA ADIK BERADIK SEKALIPUN,,MANA CACAT CELANYA,,KALU DIORANG SATU KETURUNAN LIM IANYA AKAN MENGGANGGU RUMAH TANGGA KAU KE,,AKU LAK NAK TANYA KAU,,KAU ADA KENA MENGENA DENGAN NAJIB KE???JAWAB BRO
yb, kita jumpa di sana ,kami adalah sekumpulan pemborong melayu yang aktif mengambil barang di Shenzen ,Guangzhou dan Dongguan
Salam, setelah beberapa kali mengunjungi masjid Saad Waqas sehinggalah bertemu dengan ust dalam majlis di Boston Hotel saya bertemu juga dengan brot arab yang dah 20 th tinggal dan kawin dengan orang sana,dlm perbualan dengan mereka,mereka mengesahkan makam Saad Waqas itu bukan lah sahabat nabi,tetapi bawah tabien.. harap ust Khalil dapat pastikan.
Rombongan sebegini akan mengeratkan sesama kita,Canton Fair adalah salah satu target kita ust agar perbanyakkan usahawan kita ust. jzkk
SAYA NAK PERGI TIGA ORANG.2DEWASA DAN SATU BUDAK.NANTI SAYA CALL YB
Catat Ulasan