Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT.
Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.
Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.
Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.
Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.
Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.
Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.
Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.
Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.
Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.
HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR.-MB Perak
http://kamparinn.blogspot.com/

9 ulasan:
Gunakan Web ini utk download Video Youtube
http://www.youtube2u.net/
cara nak mengembalikan suasana yang jerneh
1. buang mufti yg tak berilmu dulu
2. mane-mane ustaz yg kaki ampu kerajaan (BN)
harus d keluarkan secepat mungkin
3. kerana mereka2 ini yg menyebabkan kerosakan
islam d dunia..
4. imam yang gila duit, bkn nak mengimarahkan
masjid, harus d tendang saja keluar..
5. JANGAN ROSAKAN NAMA ISLAM!!!!!!!!!!!!
Alhamdulillah... semoga Raja Muda Perak Perkenankan pembubaran DUN... apa Perkembangan Terbaru sekrang di istana?
Semoga segala usaha Ds untuk membela nasib rakyat dan menjaga akidah umat Islam akan dipermudahkan oleh-NYA Yg Esa.
Pemimpin beginilah yang diperlukan, yg berusaha utk memperjuangkan nasib rakyat. Bukan yg berusaha memenuh temboloknya dan kroni2 shj. Semoga Ds terus akan menjadi pemimpin yg disayangi dan disanjungi rakyat.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini akan mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguh perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 11.45 pagi ini. Berita Harian Online
InsyAllah...semoga Allah membuka pintu hati sultan utk membubarkan Dun...sama2 kite berdoa semoga Dun perak dibubarkan...sesungguhnya Allah bersama2 org yg bersabar..kepada org2 Perak diperantauan jgn lupe balik mengundi.. InsyAllah...TAKBIR.......ALLAHUAKBAR........
Alhamdulillah. Tahniah di atas kemenangan Dato' Seri Nizar, dan kemenangan rakyat amnya.
BN boleh terus membuat rayuan, tetapi pada hemat saya, kalo buku perlembagaan perak itu diberikan kepada budak darjah enam pun untuk membacanyer, dia pun akan tahu bahawa belok ikut mana pun rayuan BN tak akan memang. Kecuali lah kalau Hakim Mahkamah Rayuan pulak yg belok....
Sekali lagi..tahniah.
Mengikut prosedur undang-undangnya, memanglah permohonan untuk merayu keputusan menolak stay of execution secara logiknya kena dicepatkan. Mahkamah Rayuan hari ni mendengar rayuan Zambry kurang 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi. Tapi ini kira satu kecekapan yang jarang-jarang sekali dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Jangan kata rakyat Malaysia yang biasa tiada kedudukan dan kepentingan awam. Ingat tak masa kes Tun Salleh, pendengaran untuk stay of execution pun dilambatkan Mahkamah seolah-olah kes itu tak melibatkan kepentingan awam sedangkan pada masa itu, krisis kehakiman (sehinggalah hari ini sebenarnya). Pada masa itu, tentu lebih jelas lagi ketakadilan pada Tun Saleh dan hakim-hakim lain di mana Pemangku Ketua Hakim merangkap Ketua Tribunal Tun Hamid yang mendakwa Tun Salleh telah memerintahkan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada masa itu Tan Sri Haidar (yg tribunal VK Lingam hari tu) untuk menyembunyikan seal mahkamah dan mengunci pintu supaya Tun Salleh dan hakim-hakim lain tak boleh masuk. Serupa DUN Perak Mei 7 jugalah lebih kurang.
Hakim-hakim lama dan atasan di Malaysia sekarang adalah dari zaman tersebut dan dari zaman Dr Mahathir, seperti Augustine Paul (hakim Hacks). Jadi, bila kes naik ke atas, mungkin bermasalah sedikit. Harap-harap keadilan masih memihak pihak yang benar. Berdoalah supaya penganiayaan tidak berpanjangan ke atas rakyat Malaysia.
Bagi anak-anak muda hari ini, kenalah ambil tahu kisah-kisah seperti kes Tun Salleh dan Dato' Seri Anwar dulu dengan detail supaya kita tak lupa ketakadilan yang dilakukan. Kalau tak sokong Anwar Ibrahim tidak mengapa, cuma kes PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim itu penuh dengan kejadian yang melawan undang-undang keterangan di mana Augustine Paul melawan prinsip-prinsip yang ditulisnya sendiri dalam buku Law of Evidence in Malaysia yang ditulisnya (edisi kedua dan bawah, sebab edisi kemudiannya diedit untuk menyesuaikan dengan keputusannya) dan juga undang-undang keterangan seperti yang diketahui pengamal undang-undang seluruh Komanwel.
Beberapa bulan lepas seolah2 rakyat Perak dibelenggu oleh pemerintahan kuku besi. Rakyat kata taknak, UBN paksa terima jugak. Skrg PR sedang usaha mohon bubarkan DUN supaya rantai yg membelit leher rakyat terungkai....Takbir!
Catat Ulasan