13 Mei 2009

The true 'pemimpin berjiwa rakyat'

Ibnu mahmood al kalantani

Coretan seorang remaja Islam.

Helaian keenam belas buku Belajar Dari Dua Umar itu aku belek. Buku tulisan Hepi Andi Bastoni yang baru sahaja dibeli dari Nile Books, KL Sentral aku baca sambil menunggu bas aku ke Kota Bharu. Majlis graduasi baru sahaja selesai petang tersebut, diadakan di Putrajaya Internatioal Convention Centre. Gah sungguh tempat tu. Tapi, semua orang ke boleh merasai ke’GAH’an tempat itu. Soalan itu aku pendam ke dalam hati. Malaysia belum mampu berubah lagi.

Kalendar menunjukkan bulan Ogos 2008 semakin menghampiri hujungnya. sebulan lagi, aku akan meninggalkan Malaysia. Cuba menggapai cita-cita di bumi penjajah, UK. Moga segalanya dipermudahkan Ilahi, fikirku.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Suasana Hentian Putra terus hingar-bingar. Manusia pelbagai golongan semuanya sedang menunggu bas untuk menaiki bas ke negeri-negeri di Pantai Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Aku seperti berada di Kelantan dan bukan lagi di Kuala Lumpur. Hanya loghat Kelantan dan Terengganu yang aku dengar.

Sekali sekala, aku mengipas mukaku dengan buku tersebut. Panas. Pendingin hawa seakan tiada gunanya. Mungkin sudah terlalu lama digunakan. Tidak berganti baru. Aku hanya mampu mengeluh. Air menitik dengan lajunya di depan kerusi yang aku duduk. Turun dari siling. Sewaktu aku pergi ke Kem BTN baru-baru ini, keadaan siling itu juga sama. Tiris. Ketirisan itu seperti tiada siapa peduli. Hanya sebuah baldi disediakan untuk menadah air yang menerjah turun itu. Aku pelik, kan ni Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia? Takde pihak berkuasa yang patut menyelesaikan masalah pendingin hawa dan ketirisan tu ke? Adakah Menteri Pelancongan sibuk sangat membatalkan perjanjian persefahaman dengan negeri-ngeri yang dimenangi parti pembangkang, sehingga tidak ambil endah keadaan Hentian Putra yang menjadi antara pintu utama kemasukan pelancong-pelancong asing ke negeri-negeri pantai Timur?

Namun perkara ni tidak pelik pun, kalau isu ini timbul, jawapannya sama.. “Hentian Putra bukan di bawah tanggung jawab kementerian kami. Itu DBKL punya kerja”. Ini ‘habit’ pemimpin-pemimpin kita. Habis, pelancong-pelancong yang menggunakan Hentian Putra tu bawah tanggung jawab siapa? Malu rasanya aku kepada beberapa pelancong asing yang melalui tempat tiris itu. Baru sekejap tadi, aku melihat dua OKU cacat penglihatan yang berjalan bersama-sama hampir terlanggar baldi yang disediakan. Apabila melihat mereka terlalu hampir dengan baldi tersebut, aku bingkas bangun untuk membantu. Namun mereka sempat mengelak dengan bantuan tongkat yang dipegang. Mungkin dah biasa agaknya dengan suasana seperti itu.

Aku meneruskan bacaan. Tiba-tiba mata aku tertarik kepada seseorang yang sedang berjalan di hadapan aku. Dia berhenti sekejap di depan aku, mengangkat tangan sambil tersenyum kepada seseorang, mungkin orang yang dikenalinya. Dia kemudiannya meneruskan perjalanannya ke tempat bas menunggu. Basnya dah sampai mungkin. Aku seperti mengenali orang yang berhenti di depan aku tersebut. Mukanya pernah aku lihat beberapa kali sebelum ini. Tapi di mana ye? Bak kata Yasin ex-senario.

Aku memerah fikiran beberapa ketika, cuba mengingat kembali di mana aku pernah melihat wajah tersbut. Subhanallah! Jawapannya, mengejutkan aku. Orang yang aku lihat sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan aku, Kemuning. Ustaz WAN AHMAD LUTFI WAN SULAIMAN namanya (gambar). Dia bekas Imam Masjid kampung bersebelahan kampungku sebelum diminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi calon PAS untuk PRU-12 baru-baru ini. Ya Allah, aku tak sangka, seorang Yang Berhormat sanggup bersama-sama kami rakyat kebanyakan menaiki bas ekspres balik ke kampung. Pakaiannya terlalu simple, hanya mengenakan kain pelikat, baju melayu dan berkopiah. Tiada bezanya dengan jiran-jiranku yang kerja mereka hanya menanam padi dan menoreh getah. Langsung tiada ciri yang menunjukkan beliau seorang Yang Berhormat. Aku tidak pasti sama ada dia hanya berseorangan atau dengan keluarganya sebentar tadi, tapi yang pasti, tiada segerombolan orang yang mengiringinya. Tidak seperti kebiasaan YB-Yb lain yang kalau berjalan tanpa pengiring-pengiring, semacam tak sah. Dan anda hanya akan dapat berjumpa mereka apabila ada lawatan atau majlis rasmi, yang mana mereka dijemput sebagai VIP(very important person) hanya untuk tengok-tengok, berucap dan merasmikan majlis. Itu nenek aku pun boleh buat.

Anda semua bayangkan, betapa rendah dirinya beliau. Sanggup bersesak-sesak di stesen Putra, bersama-sama rakyat menaiki bas ekspres yang mengambil masa 6 jam, yang semestinya tidak seselesa menaiki kapal terbang untuk balik ke kampung halaman. Ditambah pula risiko kemalangan yang terlalu tinggi seperti kita biasa baca di dada-dada akhbar. Aku tahu, bukannya dia tak mampu untuk naik kenderaan yang lebih selesa. Gaji ADUN campur elaun-elaun yang diterima, lebih daripada sepuluh ribu. Boleh je kalau dia nak naik kapal terbang. Lagipun, kalau travel atas urusan rasmi, boleh claim mileage atau tiket. Tapi dia tetap memilih bas. Aku yakin, kalau YB-YB lain, paling lekeh pun akan naik flight, dan semestinya MAS. Air Asia jauh sekali. Kalau tak pun, mungkin akan menaiki kereta yang dipandu driver untuk ke KL. Kereta pula bukan sebarang kereta. Mercedes itu biasa. Itu aku yakin. Satu lagi perkara yang aku pasti, aku tidak akan jumpa Annuar Musa di Hentian Putra untuk menaiki bas. Tidak juga Awang Adek. Mustapa Mohamad tak mungkin. Tengku Razaleigh juga mustahil.

Kepada Ustaz Wan Lutfi, “Kullu ‘aam wa antum bi khairin ya Abi” (Setiap tahun anda sentiasa dalam kebaikan, wahai ayahanda)

Is this experience shows the new Malaysia which we all wait for? Let’s all work hard for this new Malaysia, with God’s willing. With more people like Ustaz Wan Lutfi in the forefront, I am sure we’ll achieve it. Soon.

dari: ibnu mahmood al kalantani
newcastle upon tyne
UK

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syukur kepada Allah SWT - kita masih ada pemimpin begini di bumi Malaysia ini!

Ummu afif berkata...

Terima kasih kerana masih ada anak muda yang mahu melihat, berfikir, merenung.. Tapi masih ramai nak muda yang sengaja tidak mahu berfikir, hanya suka berpoya2.

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja orang muda yang ramai tak suka berfikir, yang tua bangka pun tak mahu!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, diucapkan kerana masih mengekalkan kehidupan sederhana dan rendah diri sejak dari dulu hinngalah sekarang, biarpun YB berasal dari keluarga berada dan ternama di Kg Baka. YB didoakan bakal mewarisi barisan ulama dan umara yg ternama di masa mendatang.

Tanpa Nama berkata...

takbirr!!!

Tanpa Nama berkata...

YB kampung kawan tu