13 Mei 2009

Terkini : Perkembangan pagi ini .

BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.

9.50 pagi: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.

9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.

9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.

8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.

7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.

7.28 pagi: Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.

7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.

7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.

7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.

7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak. Mstar.

6 ulasan:

bukit teluk sera berkata...

"7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK."

??? depa tunggu nak baca paper dulu ka? baru nak percaya. tak lain, ada orang suruh. possibly si SUK.

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan tahap tinggi. Mereka tak tahukah yang ditahan itu adalah EXCO belaka?

NIK HAFREEZ AFFIQ BIN MOHD GHAZALI berkata...

Where is their profesionalisme in do the official job. Pleasela jangan jadi bokena ye orang-orang kerajaan di Bangunan Kerajaan Negeri Perak ye. Ni harapan dari anak bangsa anda.Hormat mereka selaku wakil yamg dipilih rakyat secara sah.

Tanpa Nama berkata...

tu bukan kebodohan tahap tinggi...tapi kebodohan tahap rendah...lebih tinggi sedikit dari haiwan - ayam dan itik...

Tanpa Nama berkata...

Camna la ...rakyat nk percaya ngan tindak tanduk polis..kalau jadi alat mainan ahli politik..sampai bila..malaysia dh ada pemimpin tiada pendirian..takan nk ada polis yang tak berpendirian..

Tanpa Nama berkata...

KALAU HATI DAH KERAS MACAM BATU SIAPA KAU TAKKAN PERCAYA