Tindakan pihak Polis yang menceroboh dan menyeret keluar dengan kekerasan setelah melakukan kekerasan yang sama kepada hampir 10 orang ADUN merupakan satu pencabulan undang-undang yang ada di Dewan Perak dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak kerana perlu saya nyatakan Sivakumar berhak berada di dalam dewan atas kapasitinya sebagai ADUN Perak Kawasan Tronoh termasuklah dia Speaker yang masih sah..
Oleh itu saya dengan ini menyatkan bantahan dan pendirian bahawa membantah tindakan polis yang menyeret dan menculik Sivakumar selama sekitar sejam dan menafikan haknya sebagai seorang ADUN Perak yang masih sah disegi undang-undang.
Disamping itu tindakan itu terlebih awal saya telah nyatakan adalah salah dari segi undang-undang kerana menafikan hak Sivakumar sebagai Speaker yang masih sah.
Oleh itu saya dengan ini menyatkan bantahan dan pendirian bahawa membantah tindakan polis yang menyeret dan menculik Sivakumar selama sekitar sejam dan menafikan haknya sebagai seorang ADUN Perak yang masih sah disegi undang-undang.
Disamping itu tindakan itu terlebih awal saya telah nyatakan adalah salah dari segi undang-undang kerana menafikan hak Sivakumar sebagai Speaker yang masih sah.
7 ulasan:
Polis pun nak cari makan juga. Kalau tak jalankan tugas, silap-silap kena cari kerja lain.
Mungkin PDRM kena tukar nama lain. Anda semua fikirlah apa nama yang sesuai ganti PDRM
Tindakan ke atas Sivakumar adalah perlakuan diktator walahal polisi pemerintahan malaysia mengamalkan Demokrasi dan Raja Berpelembagaan. Atas perilaku polis tersebut maka disyurkan tindakan terhadap polis seperti berikut:
1. YB Sivakumar ambil tindakan menyaman KP Negeri, KPN dan Menteri Dalam Negeri sebagai teladan dan jumlahnya tidak kurang dari jumlah gaji setahun KPN termasuk segala elaun yang diterimanya + Gaji setahun KP Negeri termasuk Elaunnya + Gaji setahun dan Elaun Menteri dalam Negeri .
2. Gugur perkataan 'Diraja kerana mereka tidak tahu menghormati raja pada masa itu sedang berada di Bilek penantian untuk merasmikan dewan sedangkan perlakuan mereka seperti tidak berkerajaan serta melanggar hak kebebasan Speaker DUN. Sedang pada masa yang sama tiada apa yang diisytihar darurat oleh mana-mana penguasa samada YDP Agung atau Raja dan Sultan Yang Berdaulat Negeri Perak.
Kepada YB Sivakumar jangan patah semangat, teruskan mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Selama ini mereka (BN) yang melaung-laungkan yang mereka adalah benteng pertahanan undang-undang adalah retorik semata-mata dan kini terserlah dimata rakyat siapa petualang bangsa. Bangsa melayu selalunya terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan tetapi Zamri wajahpun kita tahu melayu celup telah mencipta sejarah dunia ingin berkuasa secara diktator.
Renunglah pengundi-pengundi Negeri Perak..!...
itulah sebab aku tak mau kawin ngan polis. tak tau duit halal ke haram bagi makan anak bini.Alhamdulillah laki aku keja lecturer, kira mulia gak le banding ngan polis kurap nie.
Sebenarnya insiden yang berlaku pada 7 Mei lalu adalah modal yang sangat berharga dan bernilai kepada Pakatan Rakyat. Ambilah peluang dan kesempatan semaksima mungkin dengan memanipulasikan insiden kekasaran pihak polis khususnya kepada YB Sivakumar untuk menjatuhkan imej dan reputasi BN di mata rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Seandainya insiden ini dapat dimanipulasikan oleh Pakatan pastinya BN akan menghadapi situasi yang "menghimpit" apatah lagi BN sendiri sedang bergelut untuk keluar daripada pelbagai masalah dalaman antara komponen, masalah ekonomi yang tidak menentu dan penolakan golongan muda terhadap BN. Sejarah telah membuktikan apabila sesuatu kerajaan menggunakan polis, mahkamah dan jentera kerajaan untuk mempertahankan kepentingannya secara sewenang-wenangnya dengan membungkam mulut rakyat bermakna itu tanda-tanda hayat sesuatu kerajaan itu sudah menghampiri penghujungnya. Salah satu contoh kejatuhan kerajaan Shah Iran pada tahun 1979. Bentuklah kumpulan task force untuk mempromosikan insiden tersebut yang boleh menjejaskan lagi imej BN secara lebih efisyen teratur dan terancang. Sesekali sebarkan melalui cabang seni seperti nyanyian atau teater.
kejam dan tak bertemadun, itulah kata2 yang mesti diucapkan kepada mereka yang mengheret YB Sivakumar keluar dari dewan, tidak beradap bagai dirasuk syaitan, perbuatan yang amat menjijikan. Perihal YB sivakumar diheret keluar dewan media perdana tidak pun menyiarkanya untuk totonan awam.....mengapa? mana rais yatim simpan gambar itu?. sedih saya melihatnya YB sivakumar diperlakukan begitu. memang betul kata menteri besar haram perak undang2 rimba telah ada yang dicipta olih beliau sendiri. Syabas YB idhamlim, YB telah membogkar apa yang terjadi di dalam sidang DUN perak dan ternyata tipu helah BN terbongkar dan akan menguburkan BN diperak....syabas
saya nak tanya ckit,siapa yang mulakan dulu perbalahan/kekecohan dalam DUN Perak 7 mei o9?
saya rasa Adun Pembangkang yang mulakan dulu.
jika kita perhatikan...ADUN PKR yang menyerbu dekat kawasan AUDN BN..betul tak
saya pun rasa ini sudah dirancang terlebih dahulu oleh PKR..jika arahan bekas speaker supaya semua adun Bn dan 3 bebas keluar dewan tidak dipatuhi,..mereka (ADUN PKR) akan menyerbu untuk membuat kecoh,kemudian akan keluarkan kata2 kesat dan provokasi terhdp ADUN BN..supaya ADUN BN marah..dan mengharapkan akan berlaku pergaduahn fizikal oleh ADUN BN kepada ADUN PKR...kemudiannya mereka akan sabotaj dan tunjukkan kpd masyarakat malaysia dan dunia bahawa kerajaan BN perak adalah KEJAM...Harap2lah bersabar wahai YB2 ADUN PKR..janganlah jadi macam budak2 / mat rempit...masyaallah...
siapa mula dulu? satu pertanyaan yang bagus..!
Sepatutnya tiada sidang DUN yan g perlu di adakian kerana kes pengesahan menteri besar belum diputuskan oleh mahkamah. Jadi siapa yang sibuk nak bersidang dan tak tahu adat; kalau orang suruh keluar keluarlah dewan ni tak keras kepala kerana dia BN dan DS Najib PM dari kumpulan dia. Dia (Zamri) ingat negeri dan DUN tak ada peraturan dan kedaulatan boleh redah. Dahlah dulu redah istanan suruh lantik. Orang tak letak jawatan mana boleh lantik baru. Kalau wanita dalam edahpun bila nak kahwin kena tunggu habis edah; apa lagi kalau masih isteri orang mana boleh kahwin. Jadi DS Nizar belum letak jawatan.. jadi jadi kalau wanita tu suami yang mula dikahwin adalah yang sah, yang dikahwin semasa masih isteri orang adalah haram jaddah. Kalau kene pelekoh (lanyak) dik suami wanita tu apa pula nak tanya sia mula dulu!...
Kalau faham kaedah ini apa perlu tanya siapa mula dulu!...
Catat Ulasan