28 Jun 2009

Kematian Michael satu peringatan Allah

oleh Ahmad Baei Jaafar

Saya berpuas hati dengan kenyataan abang Michael Jackson, Jermaine bahawa jenazah Michael akan dikebumikan secara Islam. Semoga Allah menerima jasad dan rohnya sebagai orang Islam yang bertaubat dan beriman.


Cuma dengan kematiannya saya ingin mengingatkan umat Islam terutama wanita di negara ini yang suka sangat membuat pembedahan muka atau juga yang serupa dengannya supaya berhenti segera. Ingatlah selain mengubah ciptaan Allah, perbuatan itu mambawa kesan negatif kepada tubuh manusia. Lihatlah barah yang dihidapi Michael, lihatlah penderitaannya sebelum meninggal dunia.

Hari ini wanita kita mudah terpengaruh dengan usaha merosakkan tubuh mereka. Apabila ulama menentang, mereka dakwah apa yang mereka buat itu halal, bukan botok dan bukan itu. Ingatlah apa namapun yang kita lakukan terhadap wajah kita dalam keadaan wajah kita sudah sempurna ciptaanya adalah merubah ciptaan Allah.

Hal ini tentu tidak sama dengan mereka yang cacat sebab kemalangan. Mereka boleh buat pembedahan untuk memulihkan kecerderaan itu.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

8 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Kecantikan itu letaknya di hati...

Bersih hati..bersihlah iman lalu terpancarlah kecantikan semula jadi insan...kecantikan yang di ubahsuai hanya sementara amat menggerunkan bila di mamah usia..

Alif H'ng berkata...

Kira Alhamdulillah kerana dia seorang saudara baru sebelum tu dialah amat berdosa.

Al Fatihah kepadanya supaya bersama dengan orang yang beriman....

hamid,klang berkata...

Mari kita sedekahkan fatehah kpd rohnya
apa saja amalan beliau semasa hidup biarlah Allah yang menghakiminya,bukan kita...

Tanpa Nama berkata...

Syaitan berkata:"Sungguh aku akan menyuruh mereka sampai mengubah ciptaan Allah" (an Nisa 119)

Sathes Kumar berkata...

Bukan ajer Agama Islam, bahkan agama lain pun menghalang perbuatan mengubah ciptaan tuhan....
May MJ rest in peace.. (RIP MJ)

Tanpa Nama berkata...

ya betul tu,,Allah telah menjadikan sebaik-baik manusia,,,bersyukurlah dga apa yg ada..aminn

Tanpa Nama berkata...

Allah telah menjadikan sebaik-baik manusia,,bersyukurlah dgn apa yg ada..Aminn

dfario berkata...

Pemergian MJ adalah satu bukti yg Allah S.W.T. boleh memberikan hidayah kpd sesiapa shj yg dikehendakiNya. Sepanjang hidup Arwah, beliau adalah seorang yg baik hati cuma tidak mendapat Hidayah & petunjuk yg benar shj.

Alhamdulillah, diakhir-akhir hayat beliau, Allah S.W.T. telah membuka hati beliau utk memeluk Agama suci kita. Walaupun dahulunya beliau banyak menghasilkan karya2 yg melalaikan manusia, tetapi ada juga diantara karyanya yg mempunyai mesej2 yg baik yg bertepatan dgn kehendak Islam.

Mungkin Allah S.W.T. tidak mengizinkan beliau mengulangi kesilapan beliau utk meneruskan 50 buah konsert spt yg dijadualkan. Pd pandangan saya, beliau mungkin terpaksa berbuat begitu bagi melangsaikan hutang2 yg ditanggungnya. Maklumlah, 40 tahun hidup sbg penghibur, itu sahajalah yg mampu dia lakukan.

Saya harap dgn apa yg berlaku ini, kita tidak akan memandang sinis terhadap org2 berjiwa seni spt Arwah. Mereka mungkin tidak mengetahui jalan kebenaran. Adalah menjadi tanggungjawab org2 yg beriman utk membantu mereka mencari kebenaran. Sesungguhnya Syurga dan Neraka itu adalah urusan mutlak Allah S.W.T. Nabi Musa A.S. pernah ditegur oleh Allah S.W.T. ketika Baginda enggan mendoakan seorang nenek yahudi yg meminta agar dia akan menemani Baginda di Syurga Allah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Mikhael dan semoga beliau ditempatkan bersama mereka2 yg beriman.

Al-Fatihah...

Mikhael @ Michael Jackson
29.08.1958 - 25.06.2009