09 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Assalamu'alaikum wm. wb!

YB! Saya Hj. Abdul Samad Mohd Zaini dan ahli-ahli PAS dari Kg. Aji Bota, amat bimbang dengan pegangan Prisiden dan TP kita mengenai isu ini.

Sekarang pemuda umno dah buat tawaran. Ini semua akhirnya akan MENJERUT tengkok kita sendiri. Saya/kami sudah letih dengan peal umno. Takkan pemimpin kita lupa kes MEMALI, KERPAN dan terkini RAMPAS KERAJAAN PERAK. Itu yang besar-besar. Yang kecil2 berbakul2/berlori2 kalau kita nak baca silat dan terajang mereka kepada kita, khususnya kami golongan marhain ini.

Tolong bagi email pemimpin2 kita untuk kami merayu dan mengubungi mereka untuk mendapat penjelasan lanjut. Kami bimbang ahli-ahli pas akan lari dari kita khususnya yang atas pagar dan golongan2 yang berjinak-jinak dengan kita seperti Kelab Penyokong PAS. Adakah kita sudah selesa untuk berjaya dan menguasai PRaya ke 13?

Tolong tenangkan kerisauan ahli-ahli golongan marhain/akar umbi ini. Cukuplah penderitaan/kezaliman umno selama 52 tahun ini.

Sekian harap YB dapat berikan email pemimpin2 kita untuk kami mengadu masalah/rasa tidak senag ini.

Wassalam

42 ulasan:

kaiban berkata...

betul tu ana juga menyokong ,sebagai anak muda kami tidak setuju dgn TGHA dan ustaz nasa membesar2kan isu ini,sepatutnya mereka sebagai pemimpin berusaha utk memperbaiki kekuatan PAS,masalah ekonomi dan perancangan di mana PR menguasai negeri2,juga berusaha memperkukuhkan PR,sebaliknya isu perpaduan ini dibincangkan,ana rasa PAS akan menerima tempiasnya,ana rasa betul2 tidak menyukai isu ini,sepatutnya mereka haruslah berbincang dengan TGNA,
jika isu ini menjadi isu utama PAS,nah nantikanlah sesuatu yg pasti merugikan ,belum tiba masanya PAS membincangkan isu ini,jika pemimpin gagal menjelaskan isu ini pd penyokong2 di bawah,nantikanlah luahan kami.kamibelum rela utk duduk bersama UMNO,bukan tak nak,tapi belum tiba masanya,PAS pasti rugi dalam isu ini......ana sungguh2 terkilan krn isu ini di besar2kan,pasti menjadi senjata bagi puak umno,lihat sahaja hujah khairy di awani malam tadi...masih teringinkan PAS duduk semeja dengan mereka?ana rasa kecewa dan mulai rasa curiga,sdgkan ana amat menanti2kan PAS menjadi tunggak pemerintah,jika beginilah perjuangan PAS sekarang ana rasa tawar hati...
tugas YB IDHAM - cuabalah memberi sedaya mungkin menghuraikan masalah ini,berbincanglah dgn pemimipin yg penyokong di bawah benar2 keliru,jika masih tidak memberi kata putus,kite tunggulah menanti rebahnya kerajaan yg diidamkan..
ana menyokong idea YB HUSSAM..

LAWAN MANA YANG TAK BETUL berkata...

Ana lebih melihat cadangan ini datangnya dari UMNO..bak cara org munafiq dan org Yahudi. Ada udang disebalik batu. Kalau PAS tak sahut cadangan ini..tah mana kerat org akan berpaling dari PAS..tapi kalau PAS sahut caangan ini ramai yamg berpaling dari PAS..tak kiralah penjelasan diberi atau tidak. Ingat UMNO ni banyak helahnya umpama Yahudi umpama Manafiq. kalau nak perpaduanlama dulu dah buat dah..

Tanpa Nama berkata...

Jika benarlah UMNO bersatu dengan PAS, perpaduan kaum di Malaysia mungkin tidak akan dicapai.
Mengapa hanya perbincangan antara PAS dan UMNO? Mengapa tidak bawa sahaja semua komponen?

Pelbagai persoalan bermain difikiran.
Adakah PAS sudah terlampau kukuh untuk berhadapan Pru13? Adakah PAS sudah berasa selesa dengan apa yang dikecapi sekarang?

Janganlah kerana mahukan kuasa kita bergabung bersama mereka yang ZALIM!

Kami anak muda akan tolak PAS habisan-habisan hingga ke liang lahad!..jika mereka bergabung dengan UMNO iaitu parti korup, busuk, hina sepanjang zaman!!
Menolak PAS bukan bererti menolak ISLAM...

Jangan keranakan pangkat kuasa kita bergabung dengan Si Durjana.

Jika beginilah sikap PAS (jika ia berlaku), saya pasti kerusi-kerusi PAS DUN/PARLIMEN akan mengecut-mengecut dan PUPUS sama sekali.

PERHATIAN!

Tanpa Nama berkata...

saya menolak gabungan dgn umno bn laknatullah

Tanpa Nama berkata...

Kalau saudara Idham benar2 pejuang islam nasihatlah pemimpin anda supaya jangan sekali2 bersekongkol dengan anti islam. ISA, hudud, memali, kerajaan Perak, rasuah, judi,arak adakah anti islam ini akan bersetuju menghapuskannya? Fikirlah sedalam nya.........

Rasydi Yusoff berkata...

Kepada sahabat2 seperjuanganku.

Kita telah dipesongkan terlalu jauh oleh khabar yang tidak tepat dari dalam apalagi dari luar, isu kerajaan perpaduan (unity government) dah lama selesai, TIDAK PERNAH TIMBUL ISU PAS NAK BERSAMA UMNO, yg dimaksudkan TGHH ialah PAS menguasai UMNO..,dalam erti kata yg lain, karamkan bahtera UMNO dan selamatkan penumpang 'yg boleh diselamatkan' utk bersama dlm bahtera kita (sayang kita belum dpt fahami arahan tersirat).

Ana pun pelik, kenapa penafian dan jawapan berkali-kali dgn hujah & nas qur'an hadis dari Presiden & Timbalan Presiden tidak didengari malah diibaratkan macam mereka tak pernah beri penjelasan langsung..sedangkan mainan media dijulang tinggi dan digunapakai utk burukkan pimpinan sendiri.

Yang terjadi hanyalah KESALAHAN FAHAM, bagaimana kita boleh terjemahkan arahan Allah "pergilah kamu berdakwah kpd Firaun" (walaupun mmg Firaun tiada ruang hidayah Allah). Presiden telah cuba membuka ruang seluasnya kpd para pejuang utk menyelinap dlm golongan jahil dan menyerang mereka dari dalam..INGAT!! KERAJAAN PERPADUAN BUKAN KERAJAAN CAMPURAN JAUH SEKALI NAK JADI PARTI KOMPONEN BN, JAUH LANGIT DAN BUMI (KAJI DULU), jadi tak timbul hujah "mana buleh betulkan UMNO dari dalam".

Ada pulak yg kata "sebarang kerjasama dgn UMNO dlm apa jua bentuk adalah haram sbb UMNO sgt jahat"...kalu begitu, kita sedang mengiyakan fitnah "sembahyang berimamkan umno tidak sah", "sembelihan org umno haram dimakan", "umno kafir", "haram hantar anak ke sekolah kerajaan" dan lain-lain..

Bila disebut kerjasama dgn UMNO, bukanlah kerjasama dlm bentuk yg sedang kita fahami sekarang..(lepas ni kalau nak tumbangkan lembu utk raya qurban, pastikan semuanya ada no ahli pas, kalau ada umno yg dtg bantu..halau dia..gitu?!!). Kerjasama dlm hal2 yg menguntungkan dakwah dan islam sahaja (cth: memantapkan ekonomi negara, menangani masalah ancaman luar negara, memerangi gejala murtad dan menentang musuh islam...mcm kes hina nabi dulu)

Ada sesuatu yg akar umbi tidak tahu dan TGHH pula tak boleh sebut di khalayak....perkara ni bukan boleh sekadar dibincang dalam maya, ana sarankan kawan2 agar kumpul sahabat2 yg perlukan penjelasan then buat forum yg sesuai...

Jawapan konkrit, panjang lebar siap dgn hujah hadis, qur'an & qias dah disampaikan oleh TGHH, Ust Nasa, Ust Harun Taib dan Dr Haron Din dalam muktamar yg lalu...yg perlu kita lakukan hanya ulang dengar dan cuba fahami maksud2 tersurat dan tersirat.

Ana sarankan agar jgn lagi kita sebut ttg perkara ini krn sebelun muktamar lagi TGHH dah sebut (rujuk video tvpas.com..dlm harakah cetak pun ada), "saya TARIK BALIK cadangan unity government, krn rupa2nya ahli2 Pas pun tak tahu apa itu unity government, saya terlepas pandang, saya ingat ahli pas kuat membaca..lagipun saya sebut sewaktu Pak Lah jadi PM, bila dah bertukar PM cadangan tu dah tak sesuai"

Marilah kita bersatu kembali memacu perjuangan dan berdakwah kpd kawan dan lawan (BUKAN JOIN MEREKA) agar kita termasuk dalam golongan2 yg di'iktiraf Allah sbg pejuang agamaNYA, bukan termasuk dlm kelompok mengaku pejuang tp dlm masa yg sama menentang ayat Allah tanpa disedari.

Wallahu'aklam.

yes berkata...

Mungkin perwakilan memilih TGHH dan Nasharuddin

Tetapi TG Nik Aziz dan Hussam adalah pilihan hati ahli di akar umbi. Jangan sekali kali di lupakan perkara ini. Ahli boleh menyokong sepenuh hati, ahli juga boleh tidak memberi sokongan. Hidup sesuatu parti politik ada lah atas sokongan padu ahlinya.

Jika Pemimpin pemimpin tertinggi merasa merka berkeupayaan besar, selesaikan hal negeri Perak.

Satu perkara lagi, tepati lah janji jangan jadi buaya lidah bercabang, suatu ketika berkata begini, esok kata begitu. Pas telah berada dalam PR, kenapa pula pergi buat perbincangan dengan UMNO di belakang PR. Adakah ini budaya pemimpin tinggi Pas. Inikah yang di ajar oleh Islam.

Selama 50 tahun lebih UMNO memerentah, saudara bukan Islam tidak mahu rapat dengan Islam, ketika merea menyokong kita tiba tiba pemimpin Pas buat kerenah. Ini adalah kerja bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Drs,Apa kah penawar bagi hati yg terluka?Sebagai insan biasa,ahli PAS kan tersayat pilu bila terkenang Tragedi Lubuk Merbau,Memali dan Kerpan(sekadar beberapa nama).UMNO sampai sekarang ternyata angkuh dgn slogan nya"Dulu,kini dan Selama nya" tidak pernah memohon maaf diatas kezaliman yg dilakukan terhadap sdra seagama malah sebangsa.Oh..kita berbaik sangka.Yg dulu dilakukan oleh pimpinan UMNO yg lalu!Namun akan berjiwa besar kah Muhkriz bagi pihak ayahanda nya Tun Mahathir memohon kemaafan pd waris tragedi Memali sebagaimana Kerajaan Jepun memohon maaf diatas kezaliman yg dilakukan sewaktu Perang Dunia ke 2?Ketika melintasi perkampungan Memali,terkenang Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmood aimata kan mengalir hiba.(Al Fatihah utk Assyahid)Spt ramai ahli dan penyokong PAs,persolan nya YB.."How to mend a broken heart?" Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

YB..
Bagitau kat Presiden kat Manik Urai tak yah bertanding..kita berpaduan, berpeluk di Manik Urai dengan memberikan kemenangan percuma kepada UMNO..barulah betul dikatakan kerajaan perpaduan..jadila marilah ramai2 kita berpandu..apa kata sebagi tanda ikhlas kita julang keris tinggi ramai22!!lepas kita kata ya Hidup[ NAJIBB!!!HIDUP HADI!!HIDUP NASA!!!

Tanpa Nama berkata...

Mmg isu kerajaan perpaduan ni menggusarkan ahli parti kita. Melihat pd apa yg dah berlaku, patutnya pengajaran diambil. Tapi saya menaruh keyakinan penuh pd kepimpinan TGHA. Mungkin pd pandangan beliau inilah ruang dan peluang utk meningkatkan sokongan PAS. Sy teringat tindakan Arwah Ust Fadzil Nor. Ramai sangsi dan ada yg menentang dgn persetujuan bergabung dlm Barisan Alternatif.Ada ahli yg tak pergi mengundi dlm P/raya ke 10 krn protes. Kesannya kita lihat sekarang, keterbukaan tersebut menyebabkan pengaruh Pas telah meningkat.

Ingatlah saudara-saudaraku,
Perjuangan kita merupakan satu dakwah.Bukan pangkat yg dikejar, tapi keredhaan Allah yg dicari. Contohi Rasulullah, bagaimana baginda boleh menerima semula Kaum Quraisy walaupun satu ketika kerana tekanan baginda terpaksa hijrah ke Madinah. Kembalinya ke Mekah kerajaan perpaduan dibentuk. Lihat sejarah kepada siapa kunci pintu Kaabah diamanahkan selepas Rasulullah mentadbir semula Kota Mekah?

Saya menyokong kerajaan perpaduan yg diutarakan TGHA selagi mana prinsip perjuangan kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah tidak diabaikan dan pengalaman lalu dijadikan sempadan.Berbincanglah dgn sesiapa pun demi utk kebenaran Islam yg hakiki.

Kepada saudara-saudaraku,
Marilah kita bersatu, berilah kepercayaan penuh pd pucuk pimpinan yg kita pilih. Mungkin tindakan mereka dilihat tidak popular tapi memberi kesan yg baik terhadap perjuangan Islam. Fikir-fikirkan lah.

Tanpa Nama berkata...

Ana menyokong penuh kerajaan perpaduan dan menyokong penuh tghh dan ustaz nasa. pada pendapat ana mereka lebih mengetahui agenda kebaikan yang akan diperolehi daripada kerajaan perpaduan. Mungkin mereka merasakan ada yang tidak kena disebalik rakan pakatan yang buat masa ini tidak boleh dibagitahu secara umum. Adalah lebih baik kita patuh kepada apa2 keputusan mereka. Mereka lebih mengetahui perkara yang tersirat. berilah kepercayaan kepada mereka.Pendapat peribadi Ana, ana lebih percaya golongan ulama daripada profesional, lebih pecaya TGHH dan Ustaz Nasa daripada Saudara husam dan DSAI.

Ana berpendapat disebalik kekecohan dan pergeseran politik antara kita sesama islam,banyak perkara telah menguntungkan orang bukan islam. kekuatan islam telah sikit demi sedikit terhakis. adalah lebih baik islam bersatu. perlu kita sedar, parti bukan islam telah bersatu tak kira drpd MCA, DAP dan gerakan, mereka boleh duduk semeja bebincang hak kepentingan bangsa mereka. mengapa kita sesama islam tidak boleh berbincang untuk kepentingan bangsa kita.

pencinta Islam berkata...

betul tu YB saya dengar ucapan penutup TGHH yg mengatakan tentang kerajaan perpaduan.Kebanyakan ahli tidak setuju sebabnya UMno tidak pernah jujur dgn kita.Nanti kita seperti melepaskan anjing tersepit.TGNA lebih berpandangan jauh dari presiden sendiri.Jgn nanti penyokong lari kerana pemimpin yg belot!

Tanpa Nama berkata...

nak dengar komen hadi dengan nasa pasai komen lim kit siang pasai sis ni... berani ka sanggah kit siang?....ni meyentuh soal islam ni...takkan senyap je....dok bising pasai berkendak dengan umno....mmp patut sis di siasat majlis fatwa...tapi komen pkr dan dap pasai hak hak bersuara [ yang menyentuh senseviti agama kita ] apa hal???

Tanpa Nama berkata...

salam yb. tahniah kerana dipilih sebagai yb mewakili pas. mengenai isi kerajaan perpaduan yang mengelirukan ahli...harap yb sebagai pimpinan pas perak dapat rujuk pimpinan pas pusat dan jelaskan dalam blog yb

t kasih

AGS804 berkata...

ahli-ahli pas kena sedar bahawa perjuangan pas bukan satu gerakan politik tetapi jauh lebih itu sebagai gerakan Islam yg berpaksikan kepada tuntutan dakwah. Oleh itu jgn cepat melatah.Berserahlah kpd pimpinan untuk mengatur pencaturan.Sikap cepat melatah sebenarnya menggangu-gugat pencaturan yg telah dibuat.

Pemburu Syahid berkata...

Salam......

Aku menyokong penuh KEPIMPINAN ULAMA. Aku akan pertahankan KEPIMPINAN ULAMA selagi mana Allah swt memilih aku untuk mempertahankannya.

Tapi AKU MEMANG PANTANG BILA KADUK NAIK JUNJUNG. PAS kalah sampai tersembam pada PRU Ke 11 dulu pun kerana KADUK KADUK ini. Dan sekarang KADUK KADUK ini buat hal lagi.

Ingat !! Yang masuk syurga adalah golongan MUTTAQEEN. Bukannya golongan bertitle ULAMA ataupun PROFESIONAL.

Ayuh !! Saudara saudara ku sekalian !! Bangunlah !! Pertahankan jemaah ini daripada KADUK KADUK ini !!

Yang menghancurkan PAS bukan ERDOGAN !! Yang menghancurkan PAS bukan ULAMA !! Tetapi yang menghancurkan PAS adalah KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG !!

Siapakan KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG itu?! H1N1 !!

www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

dulu sebelum alkutty terajang nuar dari ammeno, mp pas ada dua tiga kerat aja dalam parlimen, muka macam nasa, hatta, hassan ali, salahuddin mahfoz (sekadar menyebut beberapa nama) dok menyalak kat luar dewan ajele,
la ni mungkin yb presiden dan kuncu2nya rasa pas dah cukup mantap, almakumlah dah menguasai beberapa buah negeri dengan pertolongan nuar dan rakan2 pr, tapi yb presiden lupa negeri tempat tumpah darah pun, yg dulunya beliau kuasai tapi la ni dapat balik kat ammeno, pada hal puak2 acong, muthu ramai kat kt aje, lain kawasan puak ali abu aje, tapi kenapa yb presiden gagal memenangkan pas di negerinya sendiri, perwakilan pas yg hadir ke muktamar adalah golongan yg bijak bestari, yg mempunyai alasan kenapa mereka memilih yb presiden dan memenangkan naib yb,
alahai....kita sering berkata "belajar daripada sejarah", nak kata pas tak belajar dari sejarah, tak logik pula, sebab pas lebihkurang sama usia dengan ammeno, pemimpin pas pun bukan calang-calang orang, cakap berapi2, kelulusan berjela-jela...
pada saya yg jahil tentang sepak terajang politik berpandangan,
adalah lebih baik, mengukuhkan silaturrahim sesama pr, menggembling tenaga utk menghadapi pru akan datang, mp2 pas yg telah dipilih oleh pengundi, berusaha keras menangani masalah pengundi dikawasan mereka serta berusaha menarik lebih ramai penyokong, ada banyak tugasan di luar sana yg sedang menunggu terutamanya mencari jalanan memenangi pengundi yg dulu menyokong ammeno,
tak kan yb presiden tak sedar, rata2 mp pas yg menang didokongi oleh siapa, jika hal seperti ini pun nak tutup sebelah mata...
saya tak tau apa yg pas cari setelah berusia lebih separuh abab

kangkalikong berkata...

lepas PRU12,saya menyokong Gagasan PKR-PAS-DAP dibentuk,tetapi bukan disebabkan kerana gagasan ini kuat tapi kekecewaan kepada BN yang amat dalam dan sukar untuk di 'ubat'apatahlagi keangkuhan dan kebongkakan pemimpin BN dlm membuat kenyataan.Gagasan PR masih muda dan banyak yang perlu diperbetulkan,masih ada banyak ruang,peluang dan kelemahan yang perlu diperbaiki.PR memenuhi idealisme rakyat marhein.BN = bangsawan.NAMUN jgn Sesekali musnahkan perpaduan dlm gagasan ini.KAlo betul la PAS menerima muzakarah yang bermatlamatkan kearah pembentukan gabungan kerajaan UMNo-PAS,idealisme PAS akan lari dan berubah,tertegaklah kerajaan perpaduan sekularism umno.Umno tidak pernah mahu berniat untk memberi apa2 yang menguntungkan kawan dlm gabungan melain keuntungan mereka sendiri.Kalo lah TGHH dan Usz.Nasa mahu juga kerajaan perpaduan Umno-Pas,PAS akan terima pada PRU13 nanti.jgn sesekali bersama rakan yang mahu tikam belakang,bila senang,kawan jadi lawan,bila susah,lawan jadi kawan semula.itula umno parti elitis bangsawan koprat..

kangkalikong berkata...

kalau lah wujud kerajaan perpaduan,Pas-Umno dan muzakarah berlaku,saya sendiri bersama kawan2 yang lain akan berpaling tadah kepada PR.padahnya masa PRU13 nanti.Umno terlalu licik dan takan PAS tak masak ngan kelicikan mereka selama 60 tahun..ada udang disebalik batu.buruk padahnya nanti...

kangkalikong berkata...

Kami merayu semahunya,JGN dan Tolonglah jgn Ada kerjasama Umno-Pas.tolonglah....

Tanpa Nama berkata...

saya dh mula naik meluat dgn pemimpin atas pas.cakap tak serupa bikin.

theking berkata...

Pas tidak perlu berdakwah pada UMNO sebab idealogi nuya asobiyyah. tapi ahli PAS mesti berdakwah pada ahli UMNO utk masuk PAS. tolong bezakan 2 perkara ni

Abu Abbas berkata...

Wasalam,
Kerja kita adalah berdahwah seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah sendiri. Tidak jemu-jemu untuk melaksanakan walaupun terdapat tentangan hebat dari mereka-mereka yang ingin dia dakwah. Adakah kita mudah berputus asa? Sudah jemu untuk berdakwah? Sudah selesa dengan iman kita yang ada ni? Cukup untuk berdakwah dikalangan ahli kita sahaja? Apakah Rasulullah terus menolak musuh-musuhnya? Sekali-kali tidak malah lebih ramai musuh-musuhnya memeluk Islam kerana akhlak kita yang ingin mengajak manusia mentauhidkan Allah. Rasulullah ada strategi kerana tidak semua hal musuh tahu apa yang dirancang. Bab dakwah ini tiada halangan. Dekati mereka selagi hayat dikandung badan. Jangan terlalu cepat membuat conclusion.

kabuspagi berkata...

Saudara sekalian
saya bukan ahli pas dan juga bukan ahli UMNO tetapi Ahli Negara Malaysia..ANM..

Saya akan menyokong dan berpihak kepada mana-mana organisasi yang akan membawa kepada kemajuan dan keamanan Negara selari dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.. bukan berdasarkan tuntutan Emosi dan Dendam.. Kerana antara kedua dasar tersebut akan menjamin kita daripada laluan syurga atau neraka dan diharap kita akan dapant mengunakan akal yang dianugerahkanNYA sebaik mungkin.. Yang pasti keikhlasan dan kejujuran itu sebenarnya telah dicontohi oleh Nabi Mumhammad.. dalam memerintah negara madinah..

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara Rasydi Yusoff.. sama-sama lah kita mengambil iktibar..daripada persoalan berikut :-

1. Cadangan kerajaan perpaduan bukan mengajak antara 2 parti PAS dan UMNO untuk membubarkan parti..

2. Jika tidak dek kerana cadangan kerajaan perpaduan ini pun.. maysrakat kita sememangnya telah memang ada semangat tersebut terutama dalam urusan menunaikan tanggungjawab fardu kifaya, fardu ain, walimatul urus dan bermuamalah.. malah perpaduan ini lebih dekat.. antara pas da UMNO jika dibandingkan dengan parti lain seperti DAP, PKR, MIC, MCA dan lain-lain parti.. seperti yang saudara Rasydi Yusoff terangkan tadi berkenaan dengan Imam dan sembelihan orang UMNO..

3. Banyak faedah jika kita melaksanakan kerajaan perpaduan ini demi menjaga marua bangsa dan agama.

4. Mana-mana mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan ini adalah mereka yang sangat emosi dengan memikirkan perkara-perkara lampau.. yang mana di zaman nabi muhamad perkara ini tidak berlaku kerana kita sentiasa digalakkan memaafkan antara satu sama lain dan menerima dengan hati terbuka.. sifat dendam dan emosi itu adalah sahabat syaitan..

sekian dulu..

Tanpa Nama berkata...

hadi,nash&geng patut jawab

Tanpa Nama berkata...

bagi yg nak unity govt pi join umno ikut nakhie ok hadi&nash&the geng

fikrah islamiah berkata...

Saya rasa pemimpin PAS kena buat taklimat secara tertutup dengan ahli hingga ke akar umbi tentang mesej yang hendak disampaikan melalui kerajaan perpaduan itu. Ramai ahli tidak faham main politik. kerajaan perpaduan bukan kerajaan campuran dan bukan nak masuk bn. Tetapi satu usaha untuk memberi keyakinan rakyat Malaysia bahawa PAS ada wibawa. Kehendaknya akhirnya dipatuhi oleh umno dan bn. Kalau benar-benar terjadi, maka peristiwa perjanjian hudaibiah akan berulang lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua penyokong kerajaan islam, kita harus sedar bahawa sebuah gerakan islam bukanlah hanya sebuah parti politik dan badan dakwah tapi juga merupakan satu angkatan tentera, saya faham ramai diantara ahli2 pas adalah dar golongan agama namun golongan agama ini juga terkenal dgn sikap sombong kerana merasakan diri berilmu. Saya tahu anda semua dah belajar macam2 cabang ilmu dalam agama tapi sudahkah anda mempelajari ilmu rahsia militari/ketenteraan. Tidakkah anda semua terfikir yg idea presiden itu juga satu helah militari(sebenarnya tulisan saya ni pun dah membongkarkan rahsia kepada umum di sebabkan runsing dgn sikap ahli yg jahil ilmu peperangan saraf tapi bersikap konon pandai dalam semua hal)Kita rangcang mcmanapun yg memberi kemenangan tu ALLAH, keputusan jemaah tu wajib kita patuhi, ingat dgn berpecah belah tu ALLAH akan kurniakan kita kejayaan ke. Ingat dalam perjuangan bukan macam dakwah yg mesti dibuat secara terang2 tetapi penuh dgn strategi dan rahsia, jadi saya harap ahli2 semua diam dan jgn membebel, kalau tak setuju dgn presiden keluar je dari PAS, ingat gerakan islam tidak memerlukan anda tetapi anda yg memerlukan gerakan islam. Maaf jika kata2 saya ini kasar. Wallahualam,

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya kebanyakan bukan Islam mereka sokong pakatan rakyat tetapi bukan semestinya sokong PAS.
ini adalah kebenaran PAS jangan terlalu "Siok Sendiri" sangat dgn keyakinan & gila kuasa.keputusan 308 bukan muthamat utk PAS boleh cakap apa saja tanpa hilau perasaan Parti kawan dan juga Pengundi Pakatan Rakyat....

Tanpa Nama berkata...

UMNO adalah parti........... Mcmana kita nak berdakhwah ngan parti....... dakhwahlah ngan ahli UMNO bukan parti UMNO. Dasar UMNO takkan berubah yg berubah hati orang UMNO. Tanpa perpaduan pun boleh berdahwah. Jagalah kelakuan mu sebagai pemimpin..... jgnlah kamu datangkan persaan was was kepada pengikutmu....

Tanpa Nama berkata...

Tuan2 & Puan2 yang mudah2an kita diampuni Allah, saya waqli, jb.

Tahniah kepada saudara rasydi yusoff dan juga beberapa sahabat "tanpa nama"(letak la nama skit geng, senang nak rujuk) yang telah berhujah dengan baik dan penuh ilmu.

Semuga Tuan Puan terus diberi kekuatan oleh Allah untuk berjihad dalam medan cyber ini.

Cuma kalau boleh, semasa isu kain rentang "kami mau idris jusoh...natang", persoalan besar dari kita (PAS) ialah, siapa yg ko kata natang ni,Tuanku ke?
Wakil DPPP pada hari akhir muktamar yg saya kira meletakkan gelaran "munafik", "pengkhianat" ketika membahaskan isu ini. Maka gelaran biadap ini telah "dipanjangkan" lagi di dalam alam cyber ini di pelbagai blog tanpa berselindung(kain rentang umno pun malu2 nak sebut siapa,yang mengaku PAS tak) sepertimana DPPP ketika muktamar.

Saya dengan ini berharap Ustaz rasydi yusoff dan Tuan Puan yang lain tanpa nama yang berdiri teguh di belakang TGHH & UNMI dpt "membidas" / "memberi nasihat" kepada mereka2 yang biadap ini,(maaf saya tak mampu)kerana yang mereka maki dengan kata2 kesat ni Presiden & Timb. Presisen.

Sekian, salam perjuangan dari saya.

Salam perjuangan

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas perlu berbincang terlebih dahulu dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sebelum membuat kenyataan yang boleh memecah belahkan pakatan yang dibentuk. Ingatlah rakyat akan menjadi lebih bosan jika pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak sehaluan dan mereka pasti kembali kepada UMNO/BN..siapa yang rugi...

Tanpa Nama berkata...

Macam mana pandangan Tok Guru Nik Aziz dgn pak Hadi tu bercabang dlm satu parti....
cam mana nak kongsi kuasa pula dgn Umnoo tu....

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

apa yg membuatkan kita bersangka buruk sedemikian rupa pada pejuang islam ini?Kalau kita marah sekalipun,menghina atau merendahkan maruah pimpinan bukan sesuatu yg baik...apatah lagi dlm dunia siber ni...inilah salah satu kelemahan dunia siber...luas samapai tidak ada ruang utk berlindung(kadang2 kita menipu juga atas sebab2 yg mudharat).
marah jangan samapai hina...tolonglah jaga sikit pekerti islam kalau betul anta semua pejuang2 yg duduk dlm cawangan/kawasan/negeri/pusat.yg tak duduk atau takmau lgsung kerah wang dan tenaga utk islam silalah jangan memecahbelah pimpinan ngan bahasa kutuk...wassalam

Tanpa Nama berkata...

salam...saya setuju ngan saudara rasydi yusof..memang malang dgn kewujudan ahli pas yg x pndai berfikir..hanya pandai mengikut emosi...tp yg komen bebanyak ni pun ntah sesape orangnya..saje je nak mecahbelahkan orang pas...mentang2 le kita dah tambah kuat,deme makin riso le tu..yg xpandai mikior tu ikut le rentak deme..

AHLI PAS YG IKUT USRAH berkata...

SIAPA TAHU APA ITU KERAJAAN PERPADUAN SEBIJIK MACAM TGHH MAKSUDKAN?...(YG PASTINYA RAMAI TUKANG KOMEN KAT ATAS NI TAK TAHU LANGSUNG ATAU JUST HALF TRUTH - TERPENGARUH DGN MAINAN MEDIA MUSUH).SBB KALAU TAHU BETUL, MEMANG TAK BISING DAH.

BERAPA KALI TGHH SEBUT TTG KERAJAAN PERPADUAN? DALAM BENTUK ARAHAN ATAU LONTARAN IDEA UTK DIBINCANGKAN? (KALAU INI PUN AHLI PAS TAK TAHU..JGN MENGAKU PENDAKWAH LA, BUAT MALU NABI JE..)

NABI PERNAH TAK BUAT KERAJAAN PERPADUAN?..(RUJUK SIKAP NABI KPD PEMBESAR QURAISY (UMNO MEKAH) DLM PERISTIWA FATHUL MEKAH), JGN KUTUK KETERLALUAN, TAKUT YG KITA KUTUK TU YG NABI BUAT DAN "AL ULAMA' WARASATUL ANBIYA'" (KANG TAK PASAL2 BATAL AQIDAH, MATI JAHILIYYAH).

CUKUPLAH SAHABAT2!!! CUBA JENGUK HARAKAHDAILY KEJAP...BERKALI-KALI PIMPINAN KELUAR ARAHAN "CUKUP! HENTIKAN POLEMIK KERAJAAN PERPADUAN, DAH DIJAWAB DAN DAH LAMA SELESAI"..KETETAPAN DAH DIAMBIL DALAM MUKTAMAR (ATAU ADA AHLI PAS YG PANDANG REMEH PD MUKTAMAR..TAK IKUTI PERBAHASAN DAN PENGGULUNGAN...INGAT!!! MUKTAMAR IALAH SALAH SATU SYARAT GERAKAN ISLAM.

BILA SUATU KEPUTUSAN DAH DICAPAI DALAM MUKTAMAR, BARANGSIAPA YG INGKAR ADALAH MUNAFIK. ATAU MMG ADA AHLI PAS YG SELALU LANGGAR ARAHAN PRESIDEN?!...ISTIGHFARLAH!! PI MENGAJI BALIK BAB SYURA.

KALAU LEPAS NI ADA LAGI YG KUTUK TGHH @ TIMBALAN PRESIDEN @ PIMPINAN LAIN MENGENAI ISU NI..SAH BUKAN AHLI PAS DAN TAK PERLU DILAYAN (SETIAP PERBINCANGAN ADA PENUTUP, MUKTAMAR DAH HABIS BANG...SKRG DAH TOPIK LAIN, JGN KETINGGALAN..UPDATED SOKMO NEH!!!...MUSUH RAMAI DIKIRI KANAN..RAPATKAN SAF!!).

ANA TINGGALKAN 1 PERSOALAN : KENAPA PERTEMUAN DSAI, LKS, LGE DAN PIMPINAN TERTINGGI DAP/PKR LAIN (YG SENTIASA BERJALAN)DGN PIMPINAN TERTINGGI UMNO TAK DIKIRA SBG 'RUNDINGAN DGN UMNO'????!!!...LU PK LA SENDIRI...

rasydi yusoff berkata...

WAQLI, JB...

ana tak pandai ngat nak nasihatkan depa ni, tp kalau boleh ana sebutkan ginilah...

Sebelum setiap dari kita ni nak bahas atau keluarkan sesuatu 'hukuman bahasa' kpd sesiapa pun apalagi kpd pimpinan sendiri, study dulu kesnye, jgn memkhinzir buta (ayat lembut dah ni), sbb akan menampakkan kebodohan sendiri je.

Mmg dlm situasi tertentu dibolehkan bersuara keras dan lantang (mcm wakil dppp dlm muktamar), cuma biarlah komfom dulu kita memahami apa yg kita ucapkan dan kpd siapa kita ucapkan. (dlm kes wakil dppp kat muktamar tu bkn ditujukan kpd presiden, ia adalah suatu ancaman umum agar tidak lagi kutuk presiden dan tiada yg bwk agenda peribadi dlm perjuangan).

Marilah sama2 kita jaga adab berjemaah, boleh tegur pimpinan tp jgn kutuk, apalagi ttg sesuatu yg kita sendiri pun tak tahu...

mdpppandan@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

keluar pas jika ada hubungan pas dan umno lakhatulah

Tanpa Nama berkata...

jadi ahli pas pun tak, ugut nak keluar pas lak...kihkih

Tanpa Nama berkata...

1)Jemaah yg baik mestilah ada Satu Fikir, Satu Cakap dan Satu Hati..
2)Bukankah org. Islam patut berpegang pd janji kita kpd rakan2 dlm PR.
3)Nasa idea kerajaan perpaduan nie dtg dari ilham kau setelah solat istikharah / mesyuarat sura atau nafsu ko semata2..

An'am ayat 68:
Dan apabila engkau melihat org2 yg. mengatakan dgn cara mencaci atau mengejek2 ayat2 kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yg. lain, dan jika kau dilupakan oleh Syaitan (lalu kau duduk bersama mereka, maka janganlah kau duduk lagi bersama2 lagi dgn kaum yg. zalim itu setelah kau mengingati (akan larangan itu)

wslm

rasydi yusoff berkata...

Ni sorang lagi...mengaku ahli pas, mcm serba tau.. tp arahan pimpinan tetap dilanggar setiap hari (ataupun tak update perkembangan ucapan pimpinan?!)

PRESIDEN DAH ARAHKAN AGAR HENTIKAN POLEMIK 'KERAJAAN PERPADUAN'!!! 'henti' tu maksud dia JGN SEBUT DAH, JGN KUTUK DAH, TUTUP BUKU!!!...'arahkan' tu adalah ARAHAN!! (WAJIB TAAT, "SAMEKNA WA'ATO'NA"..

Adooiii nak pakai bahase ape lagi agaknye kwn2 kite ni??!! (ATAU MMG DEPA NI BKN AHLI PAS KOT?!)

Kate jemaah yg baik misti ade 'wehdatul fikri, wehdatul amal...manenye?!! (fikrah & amal presiden dah jelas 'tutup buku', ahli tak ikut pun).

Habaq mai ape janji kite pd rakan2 PR??? (ade 4 ikatan tahalluf siasi kite dgn PR, habaq mai kalau tahu??!!)
yg mane yg dilanggar??!! bukti??!! (atau main dgr2 utusan meloya cakap, berita hairan cakap, rtm (Radio tv Tunggu Mati)cakap...

Siap guna ayat qur'an lagi demi mengiyakan fitnah..(ayat tu tak tepat dgn kes ni).

Ambik Hadis ni : "hendaklah kamu DENGAR & TAAT walaupun kamu diperintah oleh seorang habsyi yg berambut kerinting spt buah anggur kering selagi mana mereka berpegang (mentadbir) dgn Al-Qur'an"

maaf jika terkasar (kdg2 kalu kejutkan org utk bgn solat subuh pun kene jerkah gak...sowri =)..Luv u Bro!!

Wallahu 'aklam

Tanpa Nama berkata...

Maha Mendengar,

Ibnu Abbas r.a menerangkan, bahawasanya Nabi SAW bersabda:”Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah.”

(Bukhari dan Muslim)

Huraian

Rasulullah SAW melarang kita daripada bertindak menentang penguasa dan melakukan pemberontakan terhadapnya. Ini disebabkan perkara tersebut akan menjadikan kita dilabel sebagai pendurhaka dan kematian kita disamakan seperti matinya orang-orang jahiliyah iaitu mati dalam keadaan bercerai berai dan tidak mempunyai kesatuan. Lagi pula penentangan kita itu akan menimbulkan fitnah dan kekacauan, merosakkan kerukunan masyarakat dan boleh mengakibatkan pertumpahan darah (pergaduhan dan perkelahian). Jumhur ulama’ berpendapat bahawa sekalipun seseorang pemerintah atau ketua itu berlaku fasik, namun kita tidak boleh mengambil jalan mudah terus memecatnya dari kedudukannya. Wajib ke atas kita melakukan apa yang diperintahkannya asal saja ia bukan perkara yang berbentuk maksiat dan melanggar syarak. Dalam konteks sebuah negara Islam, kita umat Islam hendaklah mempamerkan sikap yang baik terutamanya kepada yang mereka yang bukan Islam kerana Islam menyuruh kita supaya hidup bersatu padu, bertoleransi, musyawarah dan bekerjasama dengan pemerintah. Sekiranya ada tindakannya yang kurang wajar maka kita harus bersabar dan memilih jalan penyelesaian yang paling selamat demi keamanan negara dan kesejahteraan umat sejagat.

Mutiara Al Quran (Ali 'Imran 26-28)

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)."
Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kamu kembali .