09 Jun 2009

PAS - PINTU TERBUKA ATAU KETUK PINTU

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA amat tertarik dengan ucapan penggulungan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Pada saya intipati ucapan Tuan Guru amat bertepatan dengan ajaran Islam terutamanya di dalam perkara mengajak umat kepada perdamaian.

Cinta kepada perdamaian sememangnya ajaran Islam begitu juga mencintai kepada insan atau golongan yang juga mahukan perdamaian. Tuan Guru juga menyebut bahawa Pas sentiasa mengamalkan dasar `pintu terbuka' kepada semua samada dari mana-mana pertubuhan atau parti siasah. Itu juga amat bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Cuma, yang menjadi kemusykilan kepada saya adalah kerana pada waktu dan ketika ini saya melihat Pas seperti tidak melaksanakan dasar `pintu terbuka' seperti yang diucapkan oleh Tuan Guru sebaliknya Pas dilihat lebih `mengetuk pintu rumah' orang lain. Seharusnya dasar pintu terbuka adalah mengajak mereka ke `rumah' kita dan bersama berjuang dengan kita, bukannya kita yang bersungguh-sungguh `mengetuk pintu rumah' nya. Isu Kerajaan Perpaduan sebagai contoh, secara terang-terangan menyebut Pas sedia berunding dengan Umno walaupun Pas tidak menyebut bahawa Pas akan menyertai Umno/Bn. Inilah yang menjadi keraguan kepada rakyat yang selama ini menyokong perjuangan Pas dan PR. Mereka mungkin tidak secerdik pimpinan Pas untuk mentafsir apakah tujuan sebenar Pas, tetapi `pengalaman' telah banyak mengajar mereka untuk menjadi lebih cerdik sedikit. Saya tidak mahu mengungkit peristiwa yang menjadi kontroversi yang berlaku di Selangor sejurus PR berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Pengalaman seperti ini amat menakutkan apatah lagi mereka yang terbabit masih berkuasa di dalam Pas. Bahkan, mereka ini lah yang lebih lantang menyokong Kerajaan Perpaduan ini meskipun Mursyidul Am Pas secara berterus terang menentang pendekatan tersebut.

Pada hemat saya, Pas tidak perlu melibatkan Umno untuk memperkasakan perjuangannya, tetapi Pas harus menarik seramai mana mungkin ahli-ahli Umno sahaja. untuk bersama Pas. Lupakan sahaja jasad parti Umno atau kulitnya itu, tetapi ambillah isinya iaitu ahli-ahli Umno yang bukan kesemuanya kaki rasuah. Jika ini dapat dilakukan oleh Pas, nescaya tiada keraguan atau syak wasangka dari rakan-rakan di dalam PR bahkan juga ahli-ahli Pas sendiri. Pas, PKR dan DAP mesti berlumba-lumba untuk `memancing' mendapatkan ahli-ahli Umno demi memperkuatkan PR, bukannya `terpancing' oleh Umno dan media-medianya. Jangan dikaitkan samasekali nama tubuh Umno atas apa jua alasan, tetapi kerja dakwah Pas hendaklah ditumpukan kepada ahli-ahli Umno sahaja. Inilah juga strategi yang dilakukan oleh DS Anwar untuk memperkuatkan PKR, dan tidak salah jika Pas menuruti strategi ini kerana ia terbukti berkesan. Strategi berpakat atas nama parti Umno tidak akan berjaya dan sejarah telah membuktikannya. Maka, benarlah apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas bahawa parti Umno tidak boleh diajak berpakat untuk kebaikan, tetapi ahli Umno tidak mustahil boleh dibimbing dan dibentuk. Sudah berapa ramai ahli-ahli Umno bahkan tokoh-tokoh mereka yang menyertai Pas hasil daripada strategi ini.

Paling penting perkuatkan dahulu PR yang terbukti telah banyak berjasa di antara satu sama lain. Kemudian usaha lebih giat perlu dilakukan untuk menarik ahli-ahli Umno bersama Pas. Percayalah, jika ini mampu dilaksanakan secara agresif oleh semua parti di dalam PR, maka di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti Umno sudah boleh kita `talkin'kan. Pimpinan Pas diharap akan dapat menyelesaikan isu Kerajaan Perpaduan ini dengan penerangan yang lebih tepat dan terperinci tanpa putar-belit yang menambahkan lagi keraguan rakyat. Barang harus diingat bahawa Pas kini telah mendapat sokongan rakyat Non Muslim melalui Kelab Penyokong Pas yang semakin berkembang sekarang. Jangan kerana silap percaturan dan strategi, Pas mendapat kerugian yang amat besar dan menjejaskan cita-cita Pas untuk menegakkan Islam di bumi tercinta ini.

3 ulasan:

Fiezi H Adn berkata...

Salam Drs!setuju teramat sangat dengan Drs atas komentar diatas,jika dilihat ketika ini terlalu cepat sungguh pimpinan atasan kita melatah,sehinggakan melanggar apa yang telah diputus oleh Muktamar di Ipoh terdahulu,Perkataannya mudah "CANNOT" atau "TAK BOLEH" untuk apa-apa perbincangan dengan UMNO/BN sebab mudah sahaja ia dijadikan peluru oleh media Perdana yang akan menunjukkan Perjuangan PAS Lemah bukan UMNO/BN lemah jawapan mudah Pimpinan Pi Jumpa PM or pimpinan UMNO/BN buka Pimpinan UMNO/BN jumpa Mursidul Am/Presiden or Pimpinan PAS Pusat,tak reti-reti lagi ker,kita diambang era peralihan iaitu era selangkah lagi era pemerintahan negara,awat tak yakin ke kemampuan kita yang insyaAllah akan direstui Pemilih Pada PRU 13,lepas ni tak mau degar dah apa cerita pimpinan pi jumpa Pimpinan Bn untuk crita apa sekalipun kesannya,bukan pimpinan yang rasai but kami dibawah,bila orang yang baru mai nak bejinak ngan kita duk habaq apalah ketua hangpa orang pecaya kat dia dia pi duk bingcang dengan depa yang duk tipu ketua hangpa,kalo mcm ni tak yah duk kasi kat hangpa la lepaih ni,xyah kuar ngundi lagi baik...ni apa cerita ni sampai timbul isu Ulama' Vs Profesional,kalo ikut pendapat saya tempat pertama ulama' dan kedua profesional,Ulama:Teori Profesional:Teknikal/Amali.kedua-dua perlu bersatu untuk runtuhkan tembok doktrin Ketuanan Melayu yang ditanam dalam kepada orang-orang kampung,negara malaysia,agama rasmi Islam,raja berpelembagaan,tak perlu duk laung ketuanan,abih Pm la ngan kebanyakan Menteri Kabinet la yang Melayu duk wat apa,apa kejadahnya ketuanan melayu,tengok slogan Pm pun tak tentu keruan dah one malaysia,people first...xdengar pun one melayu,melayu first sebabnya mudah untuk dapat pemerintahan kedepan semua kaum diperlukan undi mereka,so mana p nya ketuanan melayu p rah...pembohong cakap tak serupa bikin duk ngencing orang kampung dari dulu lagi,tak sampai setahun 3 buah kereta mewah duk parking kat rumah,ketuanan melayu konon,tu ketuanan perut ngan aku sendiri.so pimpinan PAS yang kitaorang kasi duk atas jangan duk lupa tempat tu kita orang yang kasi,lupakan sebarang usaha perbingcangan or mukhabalah yang penting angkat Parti tak perlu UMNO sebab parti tu dah mampoih yang ada la hantu jer ketua dia...kalo UMNO brani ngan kuat dah lama depa bubar DUN Perak...sambung lain kali DRs panaih hati bila tau gelangat pimpinan time langkah ke Putrajaya selangkah lagi dah,ape2 pun Drs saya mintak maap dari ujung uban sampai unujug cekam,bahasa mungkin xsedap dengaq,nak buat cam na YB kita susahpayah dibawah angkat depa naik tuk2 p duk bingcang nak tubuh kerajaan dengan org yang duk bantai kita dari dulu dah,salam YB sekali lagi saya mohon jutaan kemaafan dari Yb atas posting ni,abaikan kalo xberi manafaat.

ubatkuat berkata...

ASSALAMULAIKUM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT..ADA BENDA YG PERLU KITA BUAT RENUNGAN AKAN POSTING YB KALI INI,,SAYA BERSETUJU DENGAN ULASAN BRO DIATAS...TAK RUGI JIKA KITA BERBINCANG BERSAMA UTK MENGUKUHKAN UKHWAH PERJUANGAN ISLAM

WALLAH HU ALAM

TAKBIR,TAKBIR,TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

hadi &nash patut jawab.