09 Jun 2009

Kisah Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudiandigoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya diaberkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'

' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...

'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.

'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'

Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

'Kamu tahu berenang?'

Professor itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya.. hanya Allah yang berhak menilai seseorang.. analogi yang menarik..

yes berkata...

Terima kasih, suatu iktibar yang hebat.

Saya teringat suatu quotation Inggris yang pernah saya baca " THE YOUNG THINKS THAT THE OLD ARE FOOL, THE OLD KNOWS THAT THE YOUNG ARE FOOL. "

sahaniza berkata...

Saya tertarik dengan tulisan ini. minta izin untuk paparkan dalam blog saya di http://sahaniza.blogspot.com

sahaniza@oum.edu.my

Tanpa Nama berkata...

Ilmu yg kita perolehi adalah sedikit , bagai setitis air di lautan. jadi tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat . dan kalau baru keluar u ka, keluar kolehj ka, atau dah jadi pensyarah ka, jangan perasan la...saya oernah berjumpa seorang pensayarah IT dari sebuah u di utara. kami dari sebuah bank (lulusan u jugalah dan bekerja lebih 15 tahun ) , pensyarah tu perbodoh kami apabila dgn angkuh buat kami macam budak budak sekolah!Dia dgn ego kat hei..bank kamu macam bank yahudi...lalu membuat kiraaan di white board...konon nak terang aspek matematik lah...tiba tiba dia lost control...silap kira , silap kira, maka saya selaku ketua pegawai saya pun kata...ok tuan ensyarah...bagi pegawai i pulak explain kat tuan,, pegawai saya ni lulusan MBA dari US...maka ...besarlah kemaluan dia . so so so ...jangan perasan lah kita ni pandai..hattta anda seorang PTD (AD0, dll)ka, ...sebab...hanya tuham maha mengetahui