Rozmal bin Malakan
Saya telah berkesempatan menghadiri Muktamar PAS Pusat di Stadium Melawati , Shah Alam pada 5 ke 7 Jun 2009 yang lalu.
Satu perkara yang menarik di luar muktamar ini ialah kehadiran begitu ramai peniaga , yang majoriti besarnya usahawan Islam dan bumiputera dengan kepelbagaian produk yang bermutu.
Dikatakan terdapat lebih kurang 500 gerai ditempatkan di sekitar Stadium Melawati dan Stadium Shah Alam. Pengunjung begitu ramai sekali bukan sahaja mereka yang menghadiri muktamar malah mereka yang datang hanya untuk mencari produk usahawan Islam yang sukar didapati dalam variasi yang begini banyak dalam expo-expo yang lain.
Dari kepelbagaian produk kecantikan, produk kesihatan, produk percetakan dan multimedia, pakaian dan pelbagai citarasa makanan. Pertama kali merasa Nasi Ayam Roket yang diusahakan oleh Unit Amal Johor. Setakat ini belum jumpa lagi Nasi Ayam Roket di Negeri Sembilan, nasi yang dimasak dalam dulang dan disusun dalam rak dan ditutup dengan bekas seperti roket. Agaknya kalau buka restoran Nasi Ayam Roket di Negeri Sembilan boleh laris.
Anak gadis saya sempat membeli stokin 3 pasang RM 10. Katanya tak pernah jumpa stokin macam tu sebelum ni. Gadis penjual tersebut rasanya orang Terengganu dari loghat percakapannya.
Isteri pula beli produk kesihatan yang dikeluarkan oleh syarikat dari Kelantan. Tanya taukeh gerai ada tak cawangan di Senawang. Dia kata akan buka. Tanya punya tanya rupanya taukeh orang Rembau , kakak ipar dia duduk satu taman.
Dalam fikiran saya , kalaulah Muktamar PAS Pusat pada masa akan datang dibuat di Negeri Sembilan , sudah pasti akan merancakkan ekonomi para peniaga di Negeri Sembilan. Tak payah lah perlu setiap kali cuti sekolah orang Negeri Sembilan pergi Melaka, pergi Kelantan, pergi Langkawi untuk membeli belah. Kadang-kadang rasa malu pada orang luar apa nak dipromosikan di Negeri Sembilan ini.
Bukan para peniaga sahaja akan untuk. Malah para pengusaha hotel di Seremban, di Nilai, di Rembau juga akan untuk kerana ramai perwakilan dan pemerhati akan mencari tempat untuk menginap sempena muktamar. Para pemandu teksi pun akan untung. Penjual aiskrim, ramai lagilah.
Sebab itulah dalam kegawatan ekonomi sekarang ini , kita kena yakin, yang beri rezeki ialah Allah. Untuk merancakkan ekonomi, mereka yang berduit perlulah berbelanja , berbelanja secara berhemah.
Agak-agaknya mahu tak kerajaan negeri , pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan ini membenarkan diadakan Muktamar PAS di negeri ini ? Bukankah yang akan untung nanti orang Negeri Sembilan juga, para peniaga Negeri Sembilan juga , hotel-hotel di Negeri Sembilan juga ?

6 ulasan:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Dari Puchong ke Stadium Malawati.
Menghadiri muktamar serta jamuan.
Bahtera Sejahtera sudah dimiliki.
Pastikan nakhoda menjaga haluan.
Menghadiri muktamar serta jamuan.
Banyak keputusan telah dipersetujui.
Haluan dituju jangan keruan.
Istiqamah ikrar hendaklah dipatuhi.
Banyak keputusan telah dipersetujui.
Agar Islam memimpin ummah.
Pemimpin mengajak bersatu hati.
Supaya sanggup memikul amanah.
Agar Islam memimpin ummah.
Negara sejahtera terus maju.
Pemimpin hendaklah menjaga hemah.
Jangan alih arah dituju.
Negara sejahtera terus maju.
Kehidupan bersih bukan batil.
Semua bangsa hidup bersatu.
Rezeki diagih samalah adil.
Kehidupan bersih bukan batil.
Indah dilihat, indah dinilai.
Musuh menyerang secara batil.
Hikmah bijaksana perlulah dipakai.
Indah dilihat, indah dinilai.
Memimpin umamah bukanlah dangkal.
Penipuan demokrasi perlu diintai.
Menanganinya memerlukan bijak akal.
Memimpin ummah bukanlah dangkal.
Di zaman maju alatnya canggih.
Silap langkah hilanglah pangkal.
Langkah pahlawan hendaklah dilatih.
Di zaman maju alatnya canggih.
Di alam maya manusia bersidang.
Jika pahlawan memang terlatih.
Mentadbir negara menjadi senang.
Sekian. Wassalam.
Drs,Apa kalau utk Muktamar akan dtg YB promote produk dr Titi Serong.Homestay,keindahan alam sekitar.... Nona Ratana Chulaborn.
Salam,
Tanya lah kepada peniaga yang terlibat secara langsung dalam pernigaaan bagaimana pengurusan urus setia gerai? tunggang langgang berapa banyak untung? kelam kabut, terlalu banyak gerai yang kat belakang paling kasihan. tanyalah pada yang terlibat secara langsung bukan yang datang tengok dah syok sendiri. Tak boleh nak komen punya teruknya pengurusan urusetia gerai. Komen dari saya yang terlibat secara langsung dalam perniagaan di muktamar.
Salam,
Saya bersetuju dengan pendapat saudara 'tanpa nama' berkaitan kekeliruan dan pengurusan urusetia gerai yang kelam kabut, gerai2 ditambah tanpa had atau mengikut pelan asal???. Sewajarnya diadakan post mortem khusus kepada perkara ini supaya tidak menjejaskan kepercayaan peniaga-peniaga terhadap keupayaan pengurusan orang2 PAS di masa hadapan... Amat perlu bagi mendapatkan cadangan & maklum balas dari setiap peniaga yang terlibat. Sebarang bentuk ganti rugi @ tanda mohon kemaafan perlu difikirkan oleh urusetia gerai. Wassalam
Salam,
Terdapat ketidakpuasan peniaga2 yang sudah berpengalaman di mana2 karnival kerana pelan asal berubah dan gerai bertambah2 tanpa mengambilkira bilangan gerai yang berpatutan. Saya mencadangkan Urusetia Gerai membuat postmosterm & maklum balas dari setiap peniaga. Sekiranya perlu, ganti rugi @ permohonan kemaafan diberi kepada peniaga-peniaga terbabit supaya tidak menjejaskan kepercayaan orang ramai di masa hadapan.
saya adalah salah seorang peniaga yg menyewa gerai pd mukmtamar 4-7jun lalu.sungguh sedih keadaannya.datang dr kedah dgn niat untuk mencari rezeki disamping merasai suasana muktamar buat kali pertama.tiada kemudahan yg mencukupi seprti tandas surau sementara utk peniaga.gerai pula terletak di hujung2,bukan tempat laluan utama.tak berbaloi lgsung.konsert dan crmh tok guru buat dlm stadium,kami di luar ni mcm pdg jarak pdg tekukur,lengang selengangnya...at least pasang la speaker kt luar supaya peniaga pun blh dgr crmh tok guru dll.ingatkan program cancel sebab senyap sunyi area gerai kami,rupanya buat di dlm stadium,sungguh x patut.org pun x lalu,gerai2 diblkg.parking kreta,masuk stadium..bila hbis concert or crmah kluar stadium,msuk kreta and balik...kalau nk meronda pun mgkin gerai yg depan2 ja.apa yg jd dgn gerai di blkg ni??tmpat gerai x strategik,mcm mana org nak lalu????
Catat Ulasan