26 Jun 2009

mamat JINDOT nak bawa 2,000 warga asing tinggal kat sini?

oleh RAHMAN ZAMRUD
bypass308.blogspot.com

Memang ramai masih dok garu kepala, si mamat Jean Todt ni dapat banyak manfaat dari kerajaan, termasuk kontrak sebagai duta pelancongan negara bernilai RM1juta.

Juga tertanya-tanya kenapalah dia ni dipilih sebagai agen kononnya bakal tarik 2,000 pelancong ke Malaysia. Mamat ni bukannya tahu sangat tentang industri pelancongan negara kita, yang dia tahu Pulau Duyung, Terengganu, khabarnya dia ada tanah dan bunglo kat sana.


Kalau bukan kerana dia tu tunang pelakon antarabangsa @ ipoh mali, Michelle Yeoh, siapalah kenal si Mat Jin Dot ni. Betullah dia tu tokey team Ferrari F1, tapi Fi ni masih ada banyak team lain, orang tak kenalpun siapa bapak team mereka.

Saya tak hairan kalau Michelle Yeoh, yang terkenal sebagai bintang filem aksi, termasuk pernah muncul sebagai gadis Bond dilantik duta pelancongan. Ini kita akan lebih bangga, dedahkan kepada dunia biar depa tau ini orang perempuan Cina gua Malaysia punya orang, lu datanglah tengok Malaysia, bukan datang sekali saja tengok F1.

Lu orang negeri China pun jangan hanya bangga sama Jet Lee, Jacky Chan, Bruce Lee sebab gua punya Michellle Yeoh juga sebahagian dari filem lu orang. datanglah tengok Malaysia, macam-macam ada, termasuk bakut teh.

Kita kat Malaysia ni memang murah hati dengan orang luar yang ada nama, bangga bukan main tapi anak berank sendiri hidup merana macam taik diapa peduli. Berlambak orang seni kita yang berjasa, mati baru dapat penghargaan, simpan sajalah lebih baik.

Kalau dipilih antara JinDot sekor ni, baik ambil saja siminah Yeoh tu, ada juga nama di peringkat antarabangsa, anak Malaysia pulak tu. salah ke?

Datuk Ng Yen Yen, tolong ambil perhatian sikit tentang duta pelancongan kita, pilih yang logik bukan yang ada pengaruh dengan si anu- si ani. Satu lagi, nampak sangat sejak jadi menteri pelancongan semula, dok asyik lawat luar negara je, berpadan-padanlah, kat luar pun ada pejabat pelancongan kita, depa buat apa, tido ka, makan gaji buta ke?

kalau diteruskan perabih duit rakyat macam tu, baik tutup semua pejabat pelancongan kita kata luar negara dan tukar nama kementerian pelancongan kepada kementerian melancongan, baru sesuai dengan Yen Yen yang suka merayau dan shoping over sea.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betulkah Yen Yen ini ada green card Australia? Kalau sesiapa yang tahu sila sahkan.

Jangan salahkan Todt, siapa pun jika di beri tugas seperti itu akan menerimanya. Yang bodoh ia lah Mamat dan Minah Malaysia yang mengambil Todt sebagai duta Malaysia.Dah lah salah pertimbagan, bila disoal mati mati nak menegak kan benang basah.

Bilakah agaknya Malaysia akan dapat menteri menteri yang berwibawa. Dulu kita heboh dengan kesah Azalina yang pergi ka kaki gunung Himalaya untuk menghantar bendera. Rupanya Yen Yen pun bila jadi menteri sebok kehulu kehilir.