26 Jun 2009

soal jawab jakim - status halal -updates

anuarani

http://e-halal. hdcglobal. com/

Logo Halal selain dikeluarkan oleh Jakim/HDC atau Halal negeri sahaja diiktiraf dan sah, yang lain tidak diiktiraf sah akan kehalalannya. . ianya samada dibuat untuk keuntungan,menipu dsbnya.

Takrifan Halal: http://e-halal. hdcglobal. com/corporate. php?ID=109&parent_id=91



Pork Free = Tak Halal
Majoriti pemilik premis makanan, bukan Islam. Syarat Restoran/Premis Makan Halal buka kerna pekerja Islam bekerja di restoran/ food court itu, pekerja bertudung(ada yg masa berkerja sahaja bertudung). elok sebelum kita membeli tanya, siapa pemiliknya, ada sijil halal ke tak?
(Dave's Deli, Dome, Johnny's Restaurant, Uncle Lim's dan banyak lagi tidak pernah memohon untuk disemak barang makan/minum, sembelihan ayam/daging, bahan mereka halal.. mengapa kita masih menyokong mereka yang tidak prihatin terhadap kita?)


Senarai terkini syarikat yang telah mendapat pengesahan sijil halal daripada HDC.
http://e-halal. hdcglobal. com/maklumat_ persijilan. php

Manhattan Fish Market (pemilik bukan Islam)
http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=9452&a=U

Aduan :
Assalamualaikum, adakah premis restoran The Manhattan Fish Market. Contohnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.
Tarikh Aduan : 14/04/2009 - 01:28:47

Jawapan :
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih
(Bagaimana dgn London Fish Tale yg juga dimiliki oleh tuanpunya Manhattan?hmm. ..)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -

Halal Islamic Council South East Asia (kalau tak sah, mengapa Jakim tidak mengambil tindakan, membiarkan sahaja Islamic Council dan lain-lain bermaharajalela sesuka hati menjual sijil Halal?)

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=9333&a=U

Aduan : Asalamu'alaykum,

Saya ingin bertanya samada logo halal tu hanya di keluarkan oleh pihak HDC sahaja atau sebaliknya. Ini adalah kerana kebanyakkan premis restoran di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya mempamirkan logo halal "South east asia Islamic Council" yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail, KL.
Ini mendatangkan banyak kemusykilan tentang kesahihan sijil halal yang dipamerkan.
Wasalam.
Tarikh Aduan : 23/03/2009 - 06:18:30

Jawapan :
Waalaikumsalam. . Terima Kasih kerana bertanya. Logo halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali.

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=5865&a=U

Aduan : Adakah sah halal - kedai2/produk2 yang mempunya logo halal south east asia.
Tarikh Aduan : 20/07/2007 - 13:12:21

Jawapan : Salam, Badan Islam tersebut tidak diiktiraf JAKIM. Terima kasih.


http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=6066&a=U

Aduan : Tuan,

Saya ada sedikit kemusykilan yang ingin diajukan kepada pihak tuan. Minggu lepas saya ke sebuah shopping kompleks (The Summit, Subang Jaya). Saya lihat ada beberapa kedai makan yang mempamerkan Logo HALAL daripada South East Asia Council...kedai makan seperti Mr. Teppanyaki, Station Kopitiam dan beberapa kedai lagi. Soalan saya, adakah Logo Halal dari SEA ini diiktirafkan di Malaysia?

Seperkara lagi, saya melihat ada 2 kedai makan yang mempamerkan Logo Halal tetapi tiada pengesahan kod & juga tanda JAKIM. Yang tertera di antara logo tersebut adalah Makanan Halal! Tanda tersebut begitu mengelirukan umat Islam.

Saya berharap pihak Jakim dapat membuat pemantauan ke atas kedai2 makan yang meletakkan tanda halal sewenang2nya untuk keuntungan pihak2 yang tertentu.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar
Hanis Abdul Halim

Tarikh Aduan : 27/08/2007 - 16:45:07

Jawapan :
Assalamualaikum. .. Berkenaan dengan pertanyaan saudari itu tentang premis yang menggunakan logo halal dari SEA itu, adalah perlu difahami oleh semua pengguna di Malaysia ini bahawa hanya JAKIM dan JAIN yang boleh mengeluarkan pengesahan halal ke atas premis-premis atau kilang yang berada di Malaysia. Logo halal selain dari JAKIM dan JAIN memang tidak diterima pakai dalam pengesahan halal. Bagaimanapun permohonan pengesahan halal adalah sesuatu yang sukarela dan bukan diwajibkan ke atas premis. Mereka berhak untuk menggunakan perbahasaan halal seperti 'di tanggung halal', 'no pork serve', 'tulisan halal jawi dalam bulatan' dan sebagainya di premis mereka selagi mana produk mereka tidak mengandungi bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak. Dari segi perundangan, memang tidak menjadi kesalahan untuk mereka mengguna pakai perbahasaan halal itu, tetapi jika mereka menggunakan bahan-bahan yang haram sedangkan dalam masa yang sama mereka mempamerkan perbahasaan halal, tindakan boleh di ambil ke atas premis tersebut. Sebagai pengguna islam, kita mempunyai pilihan dan pilihlah produk, premis dan sebagainya yang diyakini suci. Dan langkah yang paling bijak ialah dengan memilih produk atau premis yang ada logo halal Malaysia(JAKIM) . Sekian, harap maklum.

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=3459&a=U

Aduan : Salaam,

1. senarai aduan yang disediakan dlm website jakim tiada jawapan dr pihak jakim sendiri. patutkah kami percaya?

2. apa beza status halal yang di keluarkan jakim dan logo halal yang di keluarkan oleh 'islamic comitte of south east asia' yang berpusat di ttdi, kl di bawah bahtera lagenda?

sekian
Tarikh Aduan : 16/07/2006 - 15:18:10

Jawapan :
Saudara, 1. Kami akan menjawab semua soalan yang dikemukakan, namun tidak semestinya setiap jawapan akan disiarkan di laman web. 2. Pengesahan halal daripada badan pensijilan tersebut adalah tidak diiktiraf di Malaysia, kerana di negara ini pensijilan halal hanya dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN sahaja. s.a


Old Town White Coffee (pemilik bukan Islam,ayam/dagin & bahan dipersoalkan)

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=8741&a=U

Aduan : Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet?
Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 17:32:23

Jawapan :
Assalamualaikum. . Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.


http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=7433&a=U

Aduan : Diminta pihak Jakim dapat mengesahkan status kehalalan produk Old Town White Coffee 3 in 1 Classic (no. kod bar # 9555076303001) dan Old Town White Milk Tea 3 in 1 (no. kod bar # 9555076303018) yang dikilangkan oleh White Cafe Sdn. Bhd. dan beralamat di No. 1, Persiaran Tasek Timur 6, Taman Medan Bercham, 31400, Ipoh, Perak. Saya inginkan kepastian. Sekian dan terima kasih.
Tarikh Aduan : 27/04/2008 - 13:44:51

Jawapan : Salam, Syarikat tersebut bukanlah pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh menggunakan logo halal JAKIM. Namun tidak dapat dipastikan sekiranya syarikat tersebut ada mendaftar halal dengan Jabatan Agama Negeri dan menggunakan logo halal Jabatan Agama Negeri. Terima kasih


http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=7427&a=U

Aduan : Assalam... ini kali ke2 saya membuat aduan berkenaa product Old Town white coffee yg di kilangkan oleh White Cafe Sdn Bhd. Saya telah menyemak di Halal Jakim untuk produk ini tp tidak terdapat pengesahan halal sedangkan di bungkusan minuman tersebut ada terdapat logo halal.
sila pihak jakim sahkan. sekian wassalam.
Tarikh Aduan : 25/04/2008 - 17:37:11

Jawapan : Salam, Syarikat tersebut merupakan pemegang sijil pengesahan halal Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Harap maklum


Chicken Rice Shop (pemilik bukan Islam)

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=8731&a=U

Aduan : Assalammualaikum. ..saya ingin tanya kepada pihak jakim...kedai CHICKEN RICE SHOP adakah halal untuk umat islam makan makanan di kedai itu?
Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 01:28:11

Jawapan : Assalamualaikum. . The Chicken Rice Shop (TCRS) mendapat pengesahan halal Malaysia.Kesemua outlet dan dapur utama telah mendapat pengesahan halal. Syarikat ini dedikasi di dalam mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia. Sekian, terima kasih


JC Donut & Big Apple Donut (pemilik bukan Islam, bahan dipersoalkan)

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=9519&a=U

Aduan : adakah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Tarikh Aduan : 27/04/2009 - 00:53:42

Jawapan : Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih


http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=7025&a=U

Aduan : Assalamualaikum. Saya ingin bertanya status HALAL pruduk J.CO Donuts yang terdapat di PAVILLION K.Lumpur

Tiada logo HALAL atau status NON-HALAL. Ramai orang Islam pergi beli.
Tarikh Aduan : 19/02/2008 - 14:22:00

Jawapan : Wassalam, JAKIM tidak dapat memastikan statusnya kerana premis tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah dan tiada rekod di dalam sistem JAKIM. Pengguna digalakkan menggunakan produk yang mempunyai pengesahan halal JAKIM kerana JAKIM sentiasa memantau dan memeriksa syarikat pengeluar tersebut dari masa ke semasa. Terima kasih.


Lot100 gummy, Cocopie, London Choco Roll

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=7432&a=U

Aduan : Harap dapat periksa kembali sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat cocoaland yang mengeluarkan lot100 gummy yang dijual berleluasa dengan harga yang murah. kandungannya meragukan kerana mengandungi GELATIN yang ditulis HALAL. harap dapat perhatian.
Tarikh Aduan : 27/04/2008 - 11:48:48

Jawapan : Salam, Hasil pemeriksaan kami, kami dapati gelatine yang digunakan adalah dari Halagel yang mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Namun jika terdapat aduan lengkap yang menyatakan syarikat tersebut ada menggunakan sumber gelatine selain yang diisytiharkan, pihak JAKIM akan mengambil tindakan.Terima kasih.

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=7380&a=U

Aduan : Asalamualaikum,
Saya telah terbeli Coklat MUM's BAKE - COCOPIE

Kandungannya tercatit Gelatine Bovine Source. Maknanya punca dari lembu. Macamana JAKIM boleh berikan sijil halal? Tertera di pembalut dan kotak loga halal Malaysia

Barcode: 9 556296 300993
Dibuat oleh:
CCOCOALAND INDUSTRY SDN BHD (203954-X), LOT 5, RAWANG, SELANGOR,MALAYSIA, 480000,RAWANG SELANGOR MALAYSIA
TEL 0360913131 FAX 03 60915131

Harap dapat siasat dan ambil tindakan segera. Terima kasih.
Tarikh Aduan : 19/04/2008 - 15:51:34

Jawapan : Salam, Gelatine yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah halal kerana ia diperolehi dari Halagel yang sememangnya disahkan halal. Sumber gelatine tidak semestinya haram kerana dari sumber bovine yang telah disahkan sembelihannya mengikut syarak adalah halal dimakan.Syarikat tersebut juga menjalani pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan syarikat tersebut mematuhi prosedur pensijilan halal.Terima kasih.

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=8822&a=U

Aduan : Snek kanak-kanak kek cokelat London Choco Roll di bawah syarikat LONBISCO pembungkus berwarna ungu mengandungi Emulsifier kod E471 yg saya difahamkan mengandungi lemak babi.

Namun, produk ini mengandungi logo halal & sedang rancak diiklankan di televisyen.

Mohon pihak anda untuk menyiasat tentang perkara ini & sekiranya tidak halal untuk dimakan oleh umat Islam, tolong wartakan segera agar kandungan haram tersebut tidak menjadi darah daging Muslim.

Sekiranya pemahaman saya tentang E471 tersebut salah, usah diperbesarkan hal ini & maklumkan saya melalui emel di atas.

Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda.
Tarikh Aduan : 19/12/2008 - 15:55:47

Jawapan : Assalamualaikum LONDON BISCUITS BERHAD adalah pemegang sijil halal HDC, tempoh sah sijil sehinggga 15/07/2009 E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) . Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Terima kasih.


Produk Ayam AA

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=8998&a=U

Aduan : Saya ada mendapat email menyatakan produk Ayam AA ditarik balik status halal. Adakah dakwaan itu benar dan saya minta kekeliruan ini dihebahkan kerana satakat ini saya tidak dapat mencari laporan yang official mengenainya. Saya cuba cari di direktori tetapi tiada yang berkaitan produk Ayam AA.
Tarikh Aduan : 14/01/2009 - 00:43:53

Jawapan : Produk Ayam AA telah ditarik sijil halal oleh Jab Agama Islam Negeri Perak. Pihak Jakim/HDC tidak mengeluarkan sijil halal untuk syarikat tersebut.Jab Agama Islam yang mengeluarkan sijil halal untuk syarikat Ayam AA. Terima kasih


Keju Chesdale

http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=7090&a=U

Aduan : Assalamu'alaykum. ......... .boleh saya pastikan chesdale da keluaran new zealand yang menggunakan bahan rennet adalah halal atau tidak kerana sudah tersebar mengatakan bahan ini yang digunakan untuk membekukan cheese adalah menggunakan bahan dari bahagian khinzir..... .......
Tarikh Aduan : 03/03/2008 - 14:54:47

Jawapan : Wassalam, Jenama keju yang tuan nyatakan telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM. Malaysia tiada pengeluar keju.JAKIM hanya memberi pengesahan halal terhadap produk tempatan bagi melancarkan proses pemeriksaan dan pemantauan. Namun bagi produk luar negara, terdapat beberapa Badan Islam luar negara yang diiktiraf. Untuk mengetahui senarai Badan Islam tersebut, sila lawati laman web halal JAKIM. Terima kasih.

Sushi King
http://e-halal. hdcglobal. com/aduan_ siar_c.php? id=6616&a=U

Aduan : saya adalah pelanggan tetap di restoren jepun Sushi King sdn bhd. saya kerap bertandang ke tempat tersebut hampir setiap hujung minggu. baru-baru ini saya mendapat kejutan dari pekerja premis tersebut yang beragama islam memaklumkan kepada saya yang terdapat makanan di premis tersebut adalah tidak halal kerana mengandungi sejenis arak iaitu mirin. selain itu, status bahan mentah seperti ayam dan daging juga diragui kehalalannya kerana paket membungkus dari pengilang tidak tertera logo halal dari jakim. dan juga produk beasaskan ikan , ikan sebelah dan belut juga idkhuatiri tidak halal kerana produk tersebut ialah produk siap dari kilang. mendengarkan berita ini saya merasa sungguh terkejut, dan bila diperhatikan tiada sebarang logo halal ditampal di tempat tersebut. terdetik dalam hati saya bagaimanakah sekiranya makanan ini tidak halal. bagaimana dengan beribu orang islam yang menjadi pelanggan seperti saya ini. kebetulan pada masa itu terdapat satu keluarga yang berpakaian berserban berjubah dan berpurdah turut menjadi pelanggan. saya mohon agar perkara ini dapat disiasat oleh pihak tuan bagi membebaskan umat islam dari perkara haram ini.
Tarikh Aduan : 01/11/2007 - 11:17:51

Jawapan : Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov. my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain. Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum.

7 ulasan:

sitopimerah@android:~$ berkata...

Portal halal kini lebih berfaedah berbanding ketika dizaman JAKIM saya cadangkan Pakatan Rakyat cadangkan didalam Parlimen HDC ini diserap sebagai badan perbadanan sepenuhnya seperti LHDN mempunyai akta sendiri agar lebih kukuh menjadikan Malaysia sebagai pusat penghasilan, pengesahan dan ilmu berkenaan Halal. Sekarang ini mereka adalah syarikat kerajaan milik kementerian kewangan sepenuhnya (tak berapa kena).

Nak harapkan UBN memang lembab. Kuat berpolitik kerja malas, asalkan ada faedah politik / wang untuk mereka barulah cepat. Saya tgk Pulau Pinang adalah negeri yang pantas dalam hal ni. Saya akui sebab saya adalah pemain industri.

Silap-silap UBN yang flip flop ni tunggang langgang dibuatnya.

Alif H'ng berkata...

Saya sendiri pun meragu-ragu dan was-was sesetengah barang bercop logo halal yang diluluskan oleh jakim.

serupasekala berkata...

Rakyat Malaysia makan Asid Borik
Masih banyak makanan guna asid borik

KERATAN Kosmo! 24 Februari 2006.
GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.
Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.
Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.
Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.
"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.
"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.
Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

MACAMANA DENGAN YANG NI

Abdullah Ngah berkata...

Saya sangat sedeh dengan pihak kerajaan terutama sekali pihak jakim dan agensi yang diberi tanggungjawab mengeluarkan sijil halal kepada orang bukan Islam.

Yang peliknya sijil haram tidak dikeluarkan. Kalau ada sijil halal pasti ada sijil haram. Lebih lebih lagi betapa banyaknya dipasaran benda yang haram tapi tidak ditanda haram.

Mana ada orang bukan mematuh proseduk halal haram yang dikehendak oleh Allah. Bagi mereka bersih itu dianggap halal dan kotor itu haram, sedangkan dalam islam dua fakta saling kait mengait sepertimana perintah Allah.

Kalau binatang seeprti ayam lembu kambing dan seangkatan dengannya mesti disembelih maka ia halal. Tapi sembelihan atas sebab lain adalah haram. Manakala bersih bukan faktanya, kerana ketika hendak memasak pihak yang dipertanggungjawab mestilah membasuh darah darah yang masih terlekat pada daging, kerana darah itu haram.

Yang malangnya apabila sijil halal dikeluarkan pihak yang berwajib kelihatan macam lepas tangan, sehingga terjadi yang haram dapat sijil halal juga. pengguna tidak merasa ragu ragu lagi, sedangkan barangan yang dipasarkan haram, termasuk daging babi dalam tin pernah dipasarkan bertandakan halal.

Saya sangat kesal kerana orang bukan islam diserah dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan makanan dan minuman halal. Percaya kepada bukan Islam suatu yang sangat tidak wajar, kerana mereka tidak ada kena mengena dengan halal haram dari segi Islam.

Macam mana boleh jadi begitu,sehingga menyebabkan hampir semua orang islam di negara kita mahu tidak mahu terpaksa memakan dan meminum yang haram atas sebab ada terlekat sijil halal yang dikeluarkan pihak kerajaan sendiri. Kajilah wahai pihak yang berwajib.

sitopimerah@android:~$ berkata...

Saya berpendapat terletak kepada kita sebagai pengguna sama ada ingin beli atau tidak, sijil haram? siapa nak apply sijil haram? sebagai pembayar cukai saya tidak rela menggunakan wang tersebut untuk membenarkan jabatan agama masuk setiap kilang dan bagi cop haram. Kita sebagai orang Islam mesti ada inisiatif dalam gerak kerja seperti TG Nik Aziz menggunakan kaedah dalam berdakwah. Jangan lebih mewujudkan Islamfobia seperti UBN.

Kita perlu berfikir secara waras dan tidak emosi. Sekarang ni saya tidak menghadapi masalah dalam memilih makanan yang halal di Malaysia. Jika saya ragu walau ada logo Halal saya tak masuk, tak ragu2 saya masuk. Kemudian belik check dlm portal senang sangat kerjanya sedangkan komen dalam blog Drs Idham pon kita boleh inikan setakat cari dlm portal tak boleh.

Sebenarnya kita perlu lebih hikmah. Saya dah lalui permohonan sijil halal dah hampir 7 tahun. Saya tahu sukarnya nak lalui dan merasai gagal dan lulus. Selain itu pernah diserang juga oleh mereka kerana menerima complaint. Masalah kita dalam isu halal ini adalah kelemahan UBN dalam menyegerakan akta penting untuk umat Islam. Kerana UBN memikirkan soal Melayu Kroni bukannya memikirkan Islam.

Bila kata macam komunis dan menyerupai ayah pin marah, tapi itulah dia tak suka orang tu tangkap tukar atau pecat, bila dia suka kroni bela macam toyol. Padahal toyol tu menyusahkan orang.

Apabila kita lihat dunia luar kita akan sedar betapa pentingnya logo halal. Ketika saya di Perancis masyarakat Islam disana amat menitik beratkan Halal, logo halal negara kita amat dipercayai di eropah. Tapi barangnya ntah berapa kerat. Barang yg ada logo Halal thailand berlambak, walaupun kurang dipercayai tapi itu adalah alternatif. Kejayaan kita membesarkan pasaran ekonomi Halal ini akan membantu negara kita menjadi pusat Halal sedunia. Kenapa tiada kurang barang kita di eropah? (panjang lagi nak ulas)

Itupun jika pemikiran kita menjurus kearah itu. Klu kita masih nak duduk di takuk lama, kita hanya jadi penonton macam biasa.

Jangan kita lupa industri perbankan Islam dipromosi oleh Malaysia, dan kini kita jauh ketinggalan kebelakang. Dulu kita menjadi pembentang kertas kerja serata dunia dan sekarang Industri Perbankan islam telah dimonolopi oleh negara lain. Kerana mengutamakan kroni Melayu kita lupa menjadi pemain sebenar, dan akhir sekali jauh tertinggal.

david ahmad muniandy berkata...

apa-apa masalah boleh selesai dengan orang atasan hanya menggunakan duit, RM50,000 tak cukup alasannya nanti orang bawah kata aku makan sorang2...RM100,000 masih tak cukup alasannya pegawai tingga hingga pegawai rendah nanti anak buah tahu buat komplen menjadi susah...RM300,000 masih tak cukup lagi alasannya boleh lepas tetapi semakan sistem dalam komputer perlu ambil masa yang lama untuk proses takut jabatan siasatan tahu kami buat tipu helah nanti kena buang kerja...RM5,000,000 ok lulus tanpa sebarang alasan.

Tanpa Nama berkata...

salam...ramai masyarakat Islam kurang mempunyai kesedaran dalam isu berkenaan halal haram ini. Mohon pihak berkenaan mainkan peranan yang lebih baik lagi.waallahualam.

p/s: maaf jika tersalah bicara.