21 Jun 2009

Rais Yatim yang pandai bercakap !

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS Yatim bekas tokoh Parti Melayu Semangat 46 yang telah `membakar jambatan' dengan Umno kemudiannya `melutut' kembali kepada Umno bersuara berkenaan isu Kerajaan Perpaduan. Di dalam berita TV hari ini, Rais MP Jelebu yang merupakan satu-satunya daerah yang paling sukar untuk mendapatkan bas, bercakap tentang isu tersebut dengan menyatakan bahawa sesiapa yang bercakap menentang kepada perpaduan tidak lagi boleh dipercayai dan dipilih sebagai pemimpin. Begitulah hebatnya Rais Yatim bermadah pujangga tentang perpaduan. Jika prinsip beliau itu dipegang teguh oleh anaknya sendiri, saya percaya krisis rumahtangga anaknya baru-baru ini tidaklah sampai ke mahkamah.

Mungkin pada Rais Yatim, seseorang yang layak dijadikan pemimpin adalah mereka yang tiada prinsip, keluar parti tubuhkan parti baru, bakar jambatan dan kemudiannya melutut balik ke parti asal dan dapat jawatan. Atau, seseorang itu layak dipanggil pemimpin apabila kalah entah beberapa kali merebut jawatan dalam parti seperti Naib Presiden, tetapi tetap menerima jawatan menteri. Ahli Umno di Jelebu tidak lupa kisah sewaktu mula-mula Rais Yatim melutut kembali kepada Umno setelah puas mengkritik Umno diberikan secara percuma jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu oleh Yunus Rahmat pemegang jawatan ketika itu. Ini dilakukan kerana untuk membolehkan Rais meneruskan kerjaya politiknya, yakni atas ikhsan Yunus Rahmat. Akhirnya, dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu yang lalu ramai menjangkakan tibalah peluang Rais pula untuk memberi laluan kepada Yunus Rahmat, tetapi siapa tidak kenal Rais? Inilah pemimpin namanya.

Rais hanya menumpukan kepada aspek perpaduan semata-mata untuk menilai seseorang pemimpin. Sekiranya perpaduan semata-mata boleh menjadikan seseorang itu layak digelar sebagai pemimpin, maka ramai yang layak termasuk perompak, penyamun dan perogol kerana mereka juga `bersatupadu' sesama mereka. Di mana letaknya prinsip, ketelusan, bersih, jujur, bermoral dan bersikap adil? Dan, yang paling penting pemimpin itu mesti dilihat berakhlak dan berpegang kuat kepada agama termasuk ahli keluarga pemimpin itu sendiri. Mengapa tidak dikaji oleh Rais sebagai seorang politikus yang dikatakan mempunyai Phd ini tentang mengapa dan apakah maksud Tuan Guru Nik Aziz bersungguh-sungguh menentang Kerajaan Perpaduan ini? Jika benar dakwaan Rais bahawa Tuan Guru Nik Aziz anti-perpaduan, mustahil kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbirannya mampu bertahan sekian lama? Mengapa majoriti Melayu, Cina, India dan temasuk orang-orang Siam dan Asli di Kelantan amat menyenangi MB Kelantan itu?

Rais Yatim ini sebenarnya sudah terlalu `usang' untuk disimpan oleh Umno. Cara dan kaedah berpolitik beliau sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Sampai bila beliau mengharapkan belas ikhsan orang lain untuk terus berada di lapangan politik? Saya masih ingat sewaktu hampir Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Rais benar-benar berharap dia dapat dicalonkan sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Jelebu. Ini menunjukkan seolah-olah di Jelebu jika tiada Rais, orang Jelebu tidak boleh hidup. Kini, ada Rais pun orang Jelebu hendak menaiki bas pun susah. Itulah pemimpin yang dikatakan lebih baik dari Tuan Guru Nik Aziz. / wfauzdin.blogspot.com .

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum drs..
mungkin dr. rais seorg pemimpin yg jauh lebih berwawasan drpd t.g. nik aziz..
datin maznah pun pandai menyesuaikan keadaan.. masa dr. rais dlm APU pandai pula belit tudung.. lani ikut datin seri imelda marcos..
sepasang pemimpin berjiwa rakyat.

zackeye berkata...

Memang lawak bila dengar Rice Yatim ni nak komen tentang TGNA dalam akhbar dan mempertikaikan hak TGNA mengkritik ustaz Nasharuddin kerana dikatakan Ustaz Nasharuddin dilantik oleh perwakilan dan TGNA cuma seorang pemimpin saja. Kalau kita tak tahu siapa siRice Yatim ni tentu kita sangka dia ini pemimpin PAS bercakap seolah-olah dia tahu demokrasi dan perlembagaan PAS. Tahu kah dia apa itu Murshidul Am?
Murshidul Am ni ialah guru yang benar dan dirujuk untuk mendapat pendapat yang benar. Tidak boleh kah seorang guru manasihati muridnya? Nasihat diberi pun bukan nasihat ikut suka hati. Malah dia jemput pula murid dan pemimpin lain untuk bermuzakarah. Rasanya dalam UMNO tak ada pemimpin yang setaraf dengan murshidul Am. Jadi Rice ni mamang tak dapat menghayati politik Islam.
Jambatan telah dibakar dan bersumpah tak nak jemberang lagi. Tapi jawatan menteri punya pasal kawan-kawan lain ditinggalkannya dia berenang kut untuk menyeberangi sungai.
Dia buat PhD pun macam tu juga. Dalam thesis ISA itu zalim dan perlu dihapuskan. Tapi bila dapat jawatan menteri dia kata ISA itu diperlukan dan thesisnya hanya untuk dapat PhD.

Hamba berkata...

Rais Yatim bukan saja pandai bercakap tp dia juga pandai menulis thesis yg dia sendiri tak percaya dgn isinya, pandai membaiki jambatan yg dah hangus terbakar dan lagi pandai meneropong ke seberang lautan mencari kuman. Memang pandai orang UMNO ni..ehh..orang S46...ehh..UMNO lahhh!

Tanpa Nama berkata...

dia ni lar yang paling bahaya..muka bertalam.. ade 3 stooges dlm umno...

rais yatim
rahim thamby chik
sorang lagi cuba teka!

3 stooges ni lar yang menjatuh kan musa hitam.

udah-udah lar geng gon ni... mcm mana orang muda nak respek! cakap dok melalut tak sadar diri!

member pencen keramat berkata...

Menteri ini cakap tak serupa bikin jambatan dah dibakar dia berenang hampir lemas baru dapat ketebing semula, cakap berbelit-belit banyak yang tidak boleh dipakai.

kangkalikong berkata...

bukan rice yatim si pandai cakap tapi rajis jatin si pemutar konar2..

Tanpa Nama berkata...

Rais,kau ni dah lupo yang kau dah baka jambatan. Nasib baik Dr. Mahathir ambik kau balik. Agak eselah kau ni elok boronti dalam politik. Dudok Jolobu hari-hari poei mosojid lai banyak faedah.
Baru ni kau syorkan Hari mengonang Tengku Abdul
Rahman. Pada eselah ni buang maso dan tak ado datang faedah. Buek habih bores yoo. The problem with you is you talk too much.