21 Jun 2009

Fakta Mengenai Kencing Manis

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?

Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan

Pil

Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untukpesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikkut keadaan penyakit seseorang.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

heheheh YB ada kencing manis ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam YB, saya memang ada kencing manis dan sekarang mengawalnya dengan ubat doktor dan diet yang disyorkan oleh doktor. apakah YB ada penawar untuk penyakit ini. Terima Kasih

Alif H'ng berkata...

nabi Muhammad SAW sudah kata setiap penyakit ada penawar kecuali maut...kencing manis setiap pagi bancuh teh sehingga kelat pahit tanpa gula dan minum...sebab kelat memotong gula dalam badan...sesiapa yang baru kena penyakit kencing manis ni hanya minum minuman kelat dan jaga dari segi pemakanan minuman dan sentiasa bersenam.

badan kita penuh dengan tiga jenis rasa seperti manis,masam dan masin tiga jenis rasa inilah berpunca penyakit sebab terlebih rasa dalam badan jadi kita lihat manis ia berpunca kencing manis, masam kandungan asid seperti gout dalam badan dan masin menyebabkan kita bertekanan darah tinggi, dan dalam badan kita kekurangan empat jenis rasa iaitu kelat,pahit,payau dan tawar...

sebab zaman nabi adam kalau sakit hanya cari sumber dalam hutan bukannya bergantung kepada bahan kimia.

abdullahngah berkata...

Ambil terung pipit sejumlah 21 biji dan 7 ulas bawang putih rebus minum 3 kali sahari pagi, tengah hari dan petang selama 3 bulan Insya Allah di izinkan Allah sembuh.

david ahmad muniandy berkata...

pergi warung kopi pesan teh oh pembancuh kopi siap bancuh teh oh bagi pelanggan, pelanggan minum tak manis nak komplen kata tak manis teh oh itu banyak kelat dan pahit sangat, sebenarnya badan kita sudah sebati dengan air gula betul-betul teh mengandungi kelat kalau nak manis bancuhlah air gula dan minum, sebenarnya tokei warung kopi nak jaga kesihatan pelanggan supaya barulah laris perniagaan dia tetapi sesetengah pelanggan tak faham nak kena ajar walaupun sudah dewasa.

Lagi satu waktu kenduri kita makan gulai daging gulai ayam semuanya manis tiada yang pedas sepatutnya gulai adalah pedas disebabkan rempah?! betul tak...

jadi fikir-fikirkanlah...sepatutnya ayat saya hendak mengguriskan hati hangpa barulah hangpa betul-betul faham.

Tanpa Nama berkata...

salam, saya nak perkenalkan produk hebat utk penyakit kencing manis, sila klik produk BIO FACKTOR 9 DI WEB SAYA WWW.RHM4U.BIZ/WIRASYS produk ini boleh mnyembuhkan penyakit kencing manis walaupun pada peringkat kronik, InsyaAllah... Testimoni memang banyak

Faridah Bte Yusof berkata...

ASALAMUALAKUM KEPADA PESAKIT KENCING MANIS JIKA ANDA ADA MASALAH KENCING MANIS SILA LAYARI .HTTP HYPONIDD KUALALUMPUR BLOGSPOT.COM.

Faridah Bte Yusof berkata...

ASALAMUALAIKUM,KEPADA PESAKIT KENCING MANIS YANG INGIN MENCUBA PRODUK HYPONIDD TABLET,SILA LAYARI LAMAN BLOG SAYA.HTTP HYPONIDD KUALALUMPUR BLOGSPOT.COM. INSYAALLAH..IAMEMBANTU MASAALAH KENCING MANIS.