Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Dalam permohonannya juga, Nizar turut menyertakan permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.
Mahkamah menetapkan permohonannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan pada 9 dan 10 Julai depan.
Nizar tiba di mahkamah di Putrajaya pada jam 3.05 petang kelmarin dan diikuti oleh peguamnya, Leong Cheok Keng 10 minit kemudiannya.
Beliau memfailkan rayuannya walaupun tidak memperolehi penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan.
Menurutnya, rayuan tersebut berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan dalam penghakiman lisan oleh panel tiga hakim hampir sebulan lalu, pada 22 Mei. malaysiakini.

2 ulasan:
Tahniah Dato'sri kerana melawan lawan tetap lawan,Allah huakbarrr.
Macam nak ajak main bola sepak saja. Kena ada 11 orang baru boleh bermain. Mesti yang kena buang padang nanti kerana main kasar.
Catat Ulasan