Email Oleh : Zamri Keciks
Kedah dapat pelaburan RM35.7 bilion
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kedah bakal pesat membangun selepas ini apabila menerima projek hub penapisan minyak terbesar di negara ini yang bernilai RM35.7 bilion.Kedah dapat pelaburan RM35.7 bilion
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyaksikan pelancaran projek itu melalui majlis menandatangani perjanjian antara Merapoh Resources Corporation dengan para pelabur mereka.
Merapoh oil refinery di Yan, Kedah yang bernilai US$10 billion (RM35.7 billion) akan mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 350,000 tong minyak sehari, sekali ganda kemampuan kilang yang kedua terbesar di Malaysia iaitu di Melaka.
Kilang ini akan dibangunkan oleh Merapoh Resources Corporation dan dananya akan disokong oleh pelabur antarabangsa.
Kilang ini akan menapis minyak mentah dari Timur Tengah untuk diekspot kemudiannya ke China.
Azizan berkata, kerajaan negeri menjangka, pelaburan untuk industri minyak dan gas akan bernilai RM80 bilion di masa depan dengan terbinanya hub ini.
Khir Toyo gemparkan Dun Selangor?
SHAH ALAM, 15 Julai: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo membuat kegemparan besar dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pagi tadi apabila dia bersama 19 Adun BN lagi keluar meninggalkan dewan.
Gempar ke? Tetapi itulah yang dijanjikan oleh beliau semalam iaitu akan membuat satu kegemparan hari ini.
Dun Selangor, melalui Selcat, telah membentangkan usul untuk mengantung Khir selama setahun dan empat lagi Adun BN enam bulan.
100 hari Najib bawa bala kepada dua karyawan NTV 7
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Nampaknya tidak semua mendapat hadiah sempena 100 hari Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Dua karwayan NTV 7 misalnya mendapat bala sempena 100 hari Najib.
Ketua Pengarang Meja Berita NTV7, Mohd Mohsin Abdullah, selepas 100 hari Najib kehilangan pekerjaannya.
Beliau ditamatkan perkhidmatan di situ mulai 1 Julai lalu. Sebabnya, dia dikira penyokong Datuk Seri Abdullah Badawi kerana beliau memasuki NTV 7 atas cadangan Datuk Kamaruzaman Zainal, bekas Pengarah Hal Ehwal Semasa TV3, orang Abdullah.
Selain Mohsin, turut mendapat bala sempena 100 hari Najib adalah Penolong Editor Tugasan NTV 7, Florence Looi, yang juga rakan Mohsin.
1 ulasan:
Inilah akibat naik pangkat atas orang politik ... sokong UMNO pun kena kick out jugak .... Lepas ni bolehlah bukak blog dan jadi editor blog sendiri..mcm kadir jasin dan lain-lain editor suratkhabar yg lalu.... lepas tu kritik habis2an pentadbiran Najib dan UMNO/BN
Catat Ulasan