18 Julai 2009

Abdullah minta kerajaan mansuhkan ISA

Harakahdaily
Fri Jul 17, 09 2:26:31 pm MYT


KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini. - azm -HarakahDaily.Net-

18 ulasan:

Baba Siam berkata...

Aiyoyo!
Paklah ni nak ikut jejak langkah Tun Mathir kah?
Pencen saja lah!jgn campur tgn lagi hal kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

wahai pokloh.,baru sedor ke? dulu mase pegang kuase taknak beringat...arap2 mase tua ni gunakan sebaiknye utk rakyat marhaein.

Unknown berkata...

pelik!

Tanpa Nama berkata...

join sama lah pak lah 1 ogos ni demo hapuskan isa

Tanpa Nama berkata...

pak lah saja je cari publisiti murahan, dulu tak pk.., piiiiirah

Aku Harubiru berkata...

inilah perangai UMNO bila dah tak kuasa buru nak bercakap yang baik-baik. Nak buat apa cakap macam tu bukab boleh buat apa-apa pun. Kita nak ubah sesuatu itu bila ada kuasa.

Pak lah... Pak Lah...

Aku Harubiru berkata...

inilah perangai UMNO bila dah tak kuasa baru nak bercakap yang baik-baik. Nak buat apa cakap macam tu bukan boleh buat apa-apa pun. Kita nak ubah sesuatu itu bila ada kuasa.

Pak lah... Pak Lah...

Aku Harubiru berkata...

inilah perangai UMNO bila dah tak kuasa baru nak bercakap yang baik-baik. Nak buat apa cakap macam tu bukan boleh buat apa-apa pun. Kita nak ubah sesuatu itu bila ada kuasa.

Pak lah... Pak Lah...

Aku Harubiru berkata...

inilah perangai UMNO bila dah tak kuasa baru nak bercakap yang baik-baik. Nak buat apa cakap macam tu bukan boleh buat apa-apa pun. Kita nak ubah sesuatu itu bila ada kuasa.

Pak lah... Pak Lah...

Aku Harubiru berkata...

inilah perangai UMNO bila dah tak kuasa baru nak bercakap yang baik-baik. Nak buat apa cakap macam tu bukan boleh buat apa-apa pun. Kita nak ubah sesuatu itu bila ada kuasa.

Pak lah... Pak Lah...

Aku Harubiru berkata...

inilah perangai UMNO bila dah tak kuasa baru nak bercakap yang baik-baik. Nak buat apa cakap macam tu bukan boleh buat apa-apa pun. Kita nak ubah sesuatu itu bila ada kuasa.

Pak lah... Pak Lah...

geng kairi berkata...

masih ingat katakata nii? "Polis Kata Jangan"..mana menantunya yg hebat sgt tuh yg dok kata "beruk jalanan"...

masuksuku berkata...

salam .kononnya dah taubat le tu..mentang mentang dah kebal dengan *tun* sekarang..orang politik ni memang macam artis betul..berlakun diluar dan di dalam,,,tapi kesian dia ,terus tenggelam dikerjakan oleh kerabat penguin bantut

Tanpa Nama berkata...

Rileks. Sebenarnya ini perkembangan positif. Bila Pak Lah mula kata begitu, menjadi tamparan buat UMNO dan kerajaan.

Kalau dia dah sedar, baguslah. Inilah tarbiyyah. Kadang-kadang lambat sedar. Dan sekarang, andai dia mula sedar, carilah platform untuk hapuskan ISA. Join Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

dah tak ada kuasa baru nak sibok,dulu masa ada kuasa tak nak buat,nampak sangat kuasa yg ada tu orang lain yg kontrol...

Tanpa Nama berkata...

betul tu .ana sokong..perangai org umno/bn dah tak da kuasa baru cakap isa perlu dihapuskan..piraaah.. nak publisiti je tu... baik pak lah cakap islam hadhari tu sesat sebenonya....

alamalikut berkata...

Jika Pak Lah syor ISA dihapuskan atas alasan BARU SEDAR...takper,.. tapi kalau Pak Lah dah lama tau ISA itu akta zalim dan masa ada kuasa dulu dia tak mahu menghapuskannya,... maka dosa Pak Lah, taubat Pak Lah dah tak terpakai.... apsal tetiba suruh hapus ISA??...Khairy nak kena ker??

Tanpa Nama berkata...

bergitulah orang melayu.sorang mengata sorang.tak nk sokong bangsa sendiri.tu salah ni salah.ingat diaorg perfect sgt.malu tau,dgn bangsa lain.ingat JIKA KITA TIDAK TAHU PASAL POLITIK,BAIK JANGAN BERSUARA.AKHIRNYA nanti melayu akan hilang kerana orang melayu sendiri tidak bersatu kerana semua perkara dipolitikkan