Harakahdaily
Fri Jul 17, 09 10:08:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Peguam Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ambiga Srenevasan memberitahu bahawa Dato' Zambry Kadir telah bertindak menarik balik beberapa keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini yang membela kebajikan rakyat.
Ini katanya termasuklah memansuhkan bantuan kewangan untuk warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, pesakit dan yang miskin tegar.
"Mereka(Kerajaan BN) juga mengabaikan peniaga kecil dan memecat 817 ketua kampong," kata Ambiga yang dipetik daripada blog Speaker Perak.
Mahkamah Persekutuan bagaimanapun katanya bersetuju dengan peguam Zambry bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam keputusan-keputusan yang diambil oleh Zambry .
Justeru mahkamah membenarkan beliau untuk terus menjalankan kerja-kerja Menteri Besar sementara menunggu keputusan muktamad berhubung rayuan Nizar.
Pada perbicaraan akan datang, Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Ketiga-tiga persoalan itu berkisar kepada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.
Panel hakim Mahkamah Persekutuan merangkumi Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria dan Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Seorang lagi peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata tidak ada penjelasan diberi mengapa permohonan Nizar didengar oleh hanya tiga hakim dan bukan lima sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan terus menggesa supaya perbicaraan Nizar didengar oleh panel sembilan hakim. - azm-HarakahDaily.Net-

14 ulasan:
mbharam ni muka tak malu...bila nak pilihanraya baru nak tunjuk baik,sanggup guna pejabat mb utk talipon pengundi masa kempen prk dulu-2 kali sehari...hampeh sunggoh,meluat aku!
Ceh si kudeta ni. bikin malu rakyat perak aje.
anak haram ni mati lagi baek...
Lawan BN sehingga hari kiamat. wassalam.
Jangan salahkan Zambery ini seorang sahaja, puak puak haprak yang menyokong juga sama bertanggongjawab. Tanya mereka, bila bantuan di berhentikan mereka nak tengok ramai lagi Melayu yang akan minta tolong pada Gerejakah? Dasar pemimpin Melayu bodoh, hukum dunia tak tahu, hukum akhirat lebih lagitak tahu nya.
Si kudeta mbharam ambik tindakan mcm tu bukannya apa...dia nak ikut jejak khir toyol ler tu! Nak kumpul harta untuk diri sendiri dan kroni-kroni..sementara kuasa di tangan. Mmg hampeh dia ni...hari tu cakap dia pun boleh baca khutbah, tapi minggu lepas masa khatib sedang baca khutbah dia dgn kuncu2nya sedap makan kat nasi vangge(nasi ganja) kat jalan yang kalsom dalam pukul 1.30pm sampai jamm kat area situ. Maklumat ni diperolehi dari teman yang bukan islam sebab masa tu aku kat masjid....memang hampeh si kudeta ni!
Jangan harap pru13 depan aku nak bagi undi kat UMNO.... anak beranak akupun tak kan aku benarkan pangkah parti zalim nih.
dah benci tu benci laa.. bnd baik pon jd buruk..
Zambri ni, dah mabuk kuasa, rampas sana, rampas sini. Ya pun tunggu apa kata mahkamah psekutuan.
bilalah puak umno nak sedar diri...
zambri ni 3kali jumaat je lg..
pastu padam lah dia...
Jgn buat fitnah..berdosa!!!
ei tambi.....piirah..............
orang macam ni layak ke jd mb???
Catat Ulasan