26 Julai 2009

Bekas naib presiden MIC serta PKR

Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 65, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 12cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai. Demikian se3perti di lapor oleh Malaysiakini.

Beliau mendakwa pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 2,500 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

"Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi baru sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh 350 hadirin.

Subramaniam telah menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.

3 ulasan:

Baba siam berkata...

Ha!Ha!satu lagi Bahan kitaran BN ke PKR.....

member pencen keramat berkata...

Harap-harap ramai lagi ahli-ahli komponan BN menyertai mana-mana parti didalam PR,kami mengalu-ngalukan kemasukan mereka kedalam PKR, Insya kita akan tawan kerajaan Malaysia.Insya Allah.
Terima kaseh kepada semua ahli-ahli MIC.

Tanpa Nama berkata...

HARAP UBAH LA PERANGAI BARUA NAFSU (BN) DARI MENULAR DALAM PKR.BARU PR SELAMAT.