26 Julai 2009

H1N1: Politeknik Sultan Mizan Dungun ditutup

KUALA TERENGGANU: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun ditutup selama lapan hari berkuatkuasa hari ini berikutan empat pelajarnya disyaki menghidap selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajarnya Khairul Azhar Mohamed berkata penutupan kampus tersebut berikutan kebimbangan penularan wabak tersebut di kalangan pelajarnya.

Beliau berkata empat pelajar berkenaan, yang merupakan pelajar semester pertama dan mula mendaftar di kampus berkenaan pada 6 Julai lepas, kini dikuarantin di asrama kampus tersebut.

"Selepas mendapat nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah Dungun, kita mengambil tindakan menutup kampus ini sertamerta sehingga 1 Ogos depan.

"Sehubungan itu, pihak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah mengarahkan semua pelajar, pengajar dan kakitangan supaya tidak berada di kawasan kampus untuk tempoh tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berharap dalam tempoh penutupan kampus itu, kerjasama daripada pelajar, kakitangan dan tenaga pengajar diperlukan untuk mematuhi peraturanperaturan bagi mengawal penularan wabak itu.

Khairul Azhar berkata pendaftaran pelajar lepasan industri yang sepatutnya pada Isnin ini (27 Julai) ditangguhkan sehingga 2 Ogos manakala pelajar lama akan mendaftar pada 3 Ogos depan.

Dua hari lepas, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun ditutup selama 10 hari bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajarnya. BERNAMA

mStarOnline/-

2 ulasan:

al amin ahmad berkata...

Salam YB, saya ni tak la pandai sangat..sebab SPM pun pangkat 3 ja...tapi saya nak memberi cadangan yang heharap dapat di kaji semua mengenai H1N1 ni..mana tau...YB kan doktor jugak..boleh bagitau saya apa yang saya nak explore ni betui ka berkaitan dengan H1N1 ni.

Saya ada di beri penerangan ringkas oleh seorang doktor pakar kanak-kanak mengenai HEPATITIS A. Kanak-kanak yang memasuki umur 2 tahun secara optional nya perlu di beri vaksin HEPATITIS A. punca penyakit ni banyak berkaitan bila kita dok pi bawak anak2 kita pi makan kat luar seperti KFC, MCDONALD atau jugak kedai2 makan biasa di luar sana.pinggan,sudu,garpu,cawan atau gelas berkemungkinan dapat memberi penyakit HEPATITIS A dekat anak2 kita ni. Salah satu punca maybe pihak yang mencuci bekas2 ni tidak bersih sepenuhnya.

Hampir 10% kanak2 kena jangkitan ni yang bila di rawat, terpaksa manghabis ribuan ringgit untuk melakukan pembedahan. Dan mengikut penerangan doktor pakar tersebut, vaksin HEPATITIS A ni tak mampu di subsidikan kerajaan MALAYSIA kerana kos nya yang mahal. Alangkah baiknya jika kerajaan MALAYSIA dapat mengsubsidikan vaksin ini...

mengikut pengamatan saya dengan semua kes2 yang berkaitan H1N1 ni banyak terkena dekat orang/pelajar/mahasiswa dan mahasiswi yang makan dekat kedai2 di luar sana..macam keracunan makanan plak jadinya...bila kena ja..satu kampus kena tutup..kalau pi makan kat kantin sekolah ja..satu sekolah kena tutup...

Sepatutnya kebersihan perlu di jadikan satu misi utama jabatan yang berkenaan untuk menyiasat punca bebudak ni kena H1N1 ni..pi serbu kantin/kedai2 makan yang telah di kunjungi mereka yang terkena kuman merbahaya ni.

Soalan saya untuk YB :
1. adakah vaksin HEPATITIS A mampu mengubat penyakit H1N1 yang kian menular di dalam negara kita ni?

2. Kenapa kerajaan MALAYSIA tak mampu subsidikan vaksin HEPATITIS A ni dekat rakyatnya? Sedangkan habis duit dekat pilihanraya boleh plak?

itu sahaja pandangan dan soalan saya untuk YB..mana tau YB dapat membetulkan keadaan ni dan dapat mencipta sejarah pasai H1N1 ni..saya ni mungkin tak layak (cam ADUN MANIK URAI yang baru-tak mengaji tinggi), tetiba nak pi sebut pasai vaksin..bueknya kena gelak dek orang2 gomen...

wassalamu alaikum...
terima kasih

zackeye berkata...

Eloklah dianjurkan supaya menunaikan solat hajat secara beramai-ramai memohon pertolongan Allah untuk menjauhi kita dari wabak ini. Wabak ini dijangka akan merebak lebih pesat lagi terutama dinegeri hemisphere utara bila musim sejuk tiba dan negara kita juga tidak terkecuali kerana musim hujan juga akan tiba dan ramai orang akan mendapat demam selsema.