KUALA LUMPUR, 25 Julai : - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, dilihat mengugut akan menimbulkan huru-hara jika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini.
Sebuah akhbar harian melaporkan beliau berkata, jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara.
Ketika Malaysiakini meminta beliau menjelaskan kenyataan itu, Ibrahim mengulangi ugutannya apabila berkata: ""Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) � dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA � mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara".
Beliau juga berkata, jika GMI meneruskan himpunan ke Istana Negara, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.
"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya.
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi � kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara � dengan berpakaian hitam dan merah.
Malaysiakini juga melaporkan, penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.
Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta himpunan anti-ISA itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Harakahdaily/-

9 ulasan:
Nampaknya Ibrahim Ali terlalu sayang pada ISA. Eloklah kalau beliau duduk saja dengan ISAnya di Kem Kamunting. Usah berpisah lagi. Peluklah ISA rapat-rapat di Kamunting.
Kita akan tunjukkan kepada Ibrahim Ali ini tinggi rendahnya langit itu. Jangan ingat Pemuda PAS ni penakut!
Salam, Ibrahim Ali juga mempunyai justifikasi sendiri atas perlakuan itu, serupa juga di pihak tuan-tuan. Negara ini kan demokrasi... boleh demonstrasi suka-suka hati
Berahim sangka dengan menggunakan nama Perkasa dia akan menjadi orang perkasa. Orang yang nak timbulkan huru hara ni namanya teroris. Polis patut tangkap dia dulu kerana telah membuat provokasi dan ancaman.
Kalau sayang sangat ISA buat apa nak buat demonstarasi lagi kerana ISA memang telah ada menjadi undang-undang dan diguna pakai. Orang selalu berdemonstrasi menuntut apa yang mereka belum dapat. Mungkin cuma dinegara Komunis saja yang selalu menganjurkan demonstrasi menunjukkan sokongan kepada pemerintah dan dianjurkan oleh pemerintah pula secara paksa hadir.
Biasalah SIKATAK BRAHIM cari publisiti.Dengar khabor di P.Mas Brahim nih dah tak laku bekas kakinya pun oraghe cakul buang.
Ada elemen-elemen yang dinyatakan oleh Sanusi Junid dalam Hujah dalam modus operandi Ops Lalang dahulu - pemimpin-pemimpin akan ditangkap atas ISA sebelum perhimpunan bermula, mereka kata atas alasan keselamatan, saya kata HANYA ALASAN. Bukan tak tahu puak ni jenis tak pandai buat strategi lain, melainkan ulang balik strategi lama.
cilaka betul si katak.. apasalah nye klau buat hari lain.. memang melayu mudah lupa betul sikatak celaka
salam perjuangan .....
tahniah kepada pejuang2 ISLAM semoga diberkati & diredhai ALLAH ...
jgn menang sorak kg tergadai ...
mgkn dorg akan guna suasana nie utk rampas kemenangan KITA nie
strategi penting dlm perang ...
wallahu alam
pakali pndai ckap pkai mlut pngung katak ckap tlong melayu tapi nak melayu lawan malayu.cilaka punya mulut pngung ketak......
Catat Ulasan