29 Julai 2009

Demokrasi sudah mati - JalanRaya bukan PilihanRaya

Oleh : Salmah Ahmad

PPSMI dan BERSIH hanya berkesan menggunakan demonstrasi JalanRaya.
PilihanRaya di Malaysia penuh dengan penipuan dan korupsi UMNO BN.
ISA dan Korupsi UMNO BN hanya boleh masuh melalui JalanRaya.
Sabtu 1 Ogos 2009 ini Rakyat 1Malaysia bersama !!!

Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos, jangan timbulkan provokasi!

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Semua pihak diminta tidak menimbulkan provokasi dan melakukan pertembungan pada himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos kelak.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, pihaknya mengalu-alukan tindakan Pewaris dan beberapa NGO lain yang berhasrat mengadakan himpunan menyokong ISA, 1 Ogos akan datang dengan prinsip hak kebebasan mana-mana pihak untuk berhimpun.

Katanya, hasrat kumpulan pro-ISA itu untuk berhimpun merupakan hak mereka, yang tidak boleh ditahan oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, pihaknya berharap tidak berlaku 'pertembungan' atau apa-apa perkara yang boleh menimbulkan provokasi kepada kumpulannya (GMI) dan penyokong anti-ISA yang turut berhimpun pada hari yang sama.

"Kita tidak halang niat mereka, kerana berpegang dengan prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun. Mereka juga ada hak seperti kita, cuma yang jelasnya program kita ini telah diuar-uarkan lebih awal lagi dengan pelbagai kempen dan penerangan mengenainya, " kata beliau dalam sidang akhbar Sekretariat MANSUH, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Syed Ibrahim turut menyeru para peserta anti-ISA supaya datang lebih awal di ketiga-tiga lokasi yang ditetapkan supaya himpunan dapat bermula seperti dirancang dan lancar.

Tiga lokasi itu - Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dikekalkan mengikut perancangan asal, sebelum kumpulan dari ketiga-tiga lokasi tersebut akan ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat'.

Beliau turut mengingatkan para peserta supaya mengenakan pakaian bertemakan merah hitam, dan bukannya berwarna putih seperti penyokong ISA.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dilantik sebagai Komander himpunan tersebut mengharapkan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak bersedia memansuhkan ISA bagi membuktikan komitmen beliau terhadap konsep 'Satu Malaysia-Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang diperkenalkan beliau.

Beliau turut mengharapkan Najib mengambil peluang ketika menjadi PM untuk memansuhkan akta ini, dan bukannya hanya berani bersuara selepas meletakkan jawatan seperti Tun Abdullah Badawi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata himpunan 1 Ogos ini bukan melibatkan kepentingan politik, tetapi kepentingan semua yang tidak mahu melihat akta ini terus berkuasa dan berharap akan dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong kelak.

Ditanya tentang hasrat Pewaris untuk berhimpun pada hari yang sama, Salahuddin berkata pihaknya mengalu-alukan badan bukan kerajaan itu untuk 'belajar' cara berhimpun serta memahami Akta Polis.

"Bagi mengelakkan sebarang pertembungan, kita akan memberi taklimat kepada para peserta supaya tidak termakan dengan sebarang provokasi dan berharap himpunan ini berjalan dengan baik," kata beliau.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Tian Chua, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan; Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan; Timbalannya, Azman Shafawi; exco Pemuda PAS, wakil Hindraf, mahasiswa dan wakil Suaram. - mks


Tiada ulasan: