29 Julai 2009

Ini permainan Umno bukan saya, kata Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Julai: "Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.

"Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.

Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.

Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.

"Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan," kata beliau.

SiasahDaily/-

4 ulasan:

zackeye berkata...

Alhamdulillah. Tuan Guru memang tahu jerat yang cuba dipasang oleh UMNO. Mereka nak beria-ia nampak berbaik dengan PAS kerana mereka nak memecah belahkan PAS. Buat masa ini lebih baik jauhi mereka dulu.

Tanpa Nama berkata...

KETIKA TUAN GURU MEMBERIKAN KOMEN DAN KENYATAAN AKHBAR SAYA ADA DI SITU...KEMUDIAN ESOKNYA APABILA SURAT KHABAR MENGELUARKAN KENYATAAN YANG DIPUTAR BELITKAN MENAMBAHKAN KEYAKINAN SAYA YANG UMNO SEMAKIN TERDESAK...SEBELUM ITU DIDALAM UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGONG KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH ITU TUAN GURU CUMA MENGATAKAN ANTARA LAINNYA DATO' MUSTAPHA MOHAMAD DAN BELIAU SAMA-SAMA MENGENEPIKAN FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA DEMI UNTUK SAMA-SAMA MEMAJUKAN NEGERI KELANTAN DI DALAM SATU MAJLIS DI KUALA LUMPUR...BEGITULAH KEADAAN SEBENARNYA...

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUT PUN TUAN GURU MB KATA BEGITU,TUAN GURU BERI BERI SEDIKIT AJE, TAPI UMNO DAH TADAH SEBESAR PADANG BOLA. APA CERITA NI...

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUT TUAN GURU KATA BEGITU, ORG BERI SIKIT JER, DEPA TADAH SEBESAR PADANG BOLA SEPAK.MEMANG BARUAA.