29 Julai 2009

UMNO Sudah Gila Talak

Beberapa hari lepas heboh seantero dunia kononnya Tok Guru Nik Aziz dah setuju nak berpadu dengan Umno. Kononnya Tok Guru yang banyak menentang sebelum ini sudah mengubah fikirannya.

Sehingga Umno buat kenyataan untuk masukkan agenda itu dalam mesyuaratnya jumaat ini. Itulah senario yang menghiasi pemberitaan akhbar Perdana yang dimiliki oleh BN.

Sekali baca saya hampir ragu-ragu dengan kononnya perubahan sikap Tok Guru itu, namun saya sejak awal buat keputusan itu semua adalah putar belit pemimpin UMNO dan akhbarnya.

Bahtera UMNO sudah hampir karam malah sudah benar-benar gila talak. Berita yang tidak ada di ada-adakan sebagaimana kata Tok Guru macam cerita Laila dan Majnun.

Jawapan awal dari beberapa pemimpin PAS seperti Hj. Mahfoz dan Hj. Salahuddin mula menghilangkan keresahan dan memberi petunjuk kepada penyokong PAS bahawa benarlah kenyataan Tok Guru telah diputar belit.

Kelmarin Tok Guru mengeluarkan kenyataan rasminya tentang pembohongan UMNO itu dan Tok Guru mengatakan UMNO macam orang yang tergilakan Laila.

Nampaknya UMNO sudah hilang modal dan cuba mempermainkan lagi benda yang tidak ada. Apa lagi kenyataan pemimpin UMNO sesudah ini, kita tunggu saja. Yang penting buatlah keputusan bahawa semuanya adalah putar belit dalam keadaan UMNO hampir sampai dipenghujung hayatnya.


Tiada ulasan: