Rusuhan Ganas "5 Julai" telah berlalu seminggu. Situasi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang telah terkawal. Penduduk di merata tempat di wilayah itu mula hidup seperti biasa. Setelah rusuhan itu berlaku, kerajaan segera mengambil pelbagai langkah untuk mengawal situasi dan menjamin kehidupan rakyat. Badan-badan yang berkenaan telah menghantar sekian banyak beras, tepung gandum dan sayur-sayuran ke pasar. Beberapa hari kebelakangan ini, harga sayur-sayuran di pasar Urumqi telah turun kembali ke tahap yang biasa. Kedai-kedai di kawasan Erdaoqiao telah dibuka semula. Usmetijan yang berumur 25 tahun mempunyai sebuah kedai pakaian di kawasan tersebut. Apabila rusuhan itu berlaku, beliau amat takut dan terus menutup kedainya. Namun, setelah menyaksikan keamanan telah terjamin, beliau membuka semula kedainya. Katanya, "Pada 10 Julai, kedai saya dibuka selama 2 jam sahaja. Sehari kemudian, saya membuka kedai pada pukul 8.00 pagi."
Beberapa hari kebelakangan ini, cuaca di Urumqi , ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang agak panas. Gerai tairu Memeti amat laku. Beliau sibuk menyediakan tairu untuk melayani pelanggannya.
Gerai Memeti terletak di kawasan Erdaoqiao, iaitu kawasan membeli-belah bercirikan etnik minoriti yang paling meriah di bandar Urumqi. Manakala, rusuhan ganas "5 Julai" yang mengakibatkan kematian dan kecederaan yang besar jumlah itu berlaku di kawasan tersebut juga.
Encik Liu telah biasa membeli sayur-sayuran yang segar di pasar pagi setiap hari. Katanya, "Harga barang telah pulih seperti biasa di pasar pagi, pasar raya dan pusat membeli-belah beberapa hari kebelakangan ini. Saya yakin, kerajaan berdaya mengawal situasi dan menjamin kehidupan rakyat."
Encik Zhou yang berusia 65 tahun telah tinggal di bandar Urumqi selama kira-kira 50 tahun. Katanya, "Pasar di kawasan Erdaoqiao kian meriah kembali. Saya selalu membeli barang-barang antik di kawasan itu."
Setelah rusuhan berlaku di Urumqi, keamanan di pelbagai tempat yang lain di Xinjiang turut menjadi perhatian ramai. Di bandar Kashi, bahagian selatan Xinjiang, situasi amat stabil dan tidak terjejas langsung dengan rusuhan tersebut.
Zhu Xiaolin membuka sebuah kedai runcit di depan pintu Pusat Budaya Kashi. Katanya, "Ramai pelanggan saya penduduk etnik Uygur. Kami hidup bersama dengan aman."
Situasi di bandar Hetian juga aman tenteram. Pegawai kerajaan bandar itu, Juait Yiming berkata, "Kerajaan berusaha mengawal keamanan di bandar kami. Penduduk di sini hidup tenang dan aman."
Sektor pelancongan di Xinjiang yang terjejas akibat rusuhan ganas tersebut kian pulih. Pelancong yang melawat wilayah itu kian bertambah. Encik Wang dari provinsi Jiangsu bersama-sama dengan anggota keluarganya melawat beberapa destinasi pelancongan yang menarik di Xinjiang seperti Tianchi, Kanas dan Turpan. Katanya, "Xinjiang memang merupakan destinasti pelancongan yang sungguh menarik."
16 Julai 2009
Penduduk Xinjiang Hidup Aman Semula 2009-07-13 16:33:49 dari berita agensi Xinhua
Email Oleh : Alif H'ng
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
akhir zaman,umat menjadi makanan dan ratahan kafir laknat.mereka gerun melihat kebangkitan islam yang akan menjadi ancaman kepada mereka.Begitulah lagaknya umno yang terlalu takut melihat kebangkitan islam di m'sia.umno akan meperlgunakan apa jua cara untuk mengekang kebangkitan PR.Pelabagai media digunakan temasuk fitnah mulut yang menyebarkan fitnah terhadap PR.SPRMpun kalut menyiasat ADUN s'gor.Tapi buta mata sebelah terhadappemimpin umno.Woi umno haram jadah kamu ingat kamu kebal dr undang-undangke.Penyokong dan ahli umno memang (lu sambungle sendiri).............
Catat Ulasan