Dari Blog Laman Nurani
Benarkah Manek Urai Kubu PAS?
Manek Urai...Seribu pengalaman suka dan duka, susah dan senang, rilek dan sibuk. Pelbagai lagilah istilah-itilah yang boleh disebut. Namun Manek Urai tetap bersinar pada pagi ini, harapan esok terus bersinar lagi. Jangan hujan di tengahari. Pengalaman Manek Urai cukup bermakna bagi sesiapa yang sedar akan hakikat sebenar sebuah perjuangan.
Biarlah dengan keputusan yang memeihak kepada PAS. Syukur alhamdulillah, kita diajar bersyukur kepada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Disebalik keputusan itu, jadikanlah ia pedoman yang sungguh bermakna kepada kita semua. Saya ingin mengajak pembaca semua supaya bermuhasabah dimanakah silapnya kita. Mengapa PAS hanya mendapat 65 undi majoriti sedangkan ia mendakwa, Manek Urai adalah kubunya. Jika benar kubunya, kenapa majoriti PAS telah hilang?
Sebenarnya, Manek Urai bukan kubu PAS seperti yang didakwa, tetapi ia menjadi kubu Allahyarham Hj. Ismail Yaakob (Adun Manek Urai). Berkebetulan allahyarham bertanding atas tiket PAS, maka ianya secara automatik menjadi ikon PAS di situ.
Pernyataan saya tadi berbalik kepada keputusan PRU ke-11 dimana PAS meletakkan Ustaz Zamzuri sebagai calonnya di Manek Urai, tetapi ia telah mengalami kekalahan. Kemuadian pada PRU Ke-12, PAS kemudiannya mencalonkan Allahyarham Pak Su Mail sebagai calon, majoriti kemenagan telah melonjak ke angka ribu. Adakah fenomena ini membuktikan Manek Urai kubu PAS atau kubu Pok Su Mail?
Dalam pilihanraya kecil ini, kita dapat menilai sejauh mana kebenaran pernyataan itu. PAS sememangnya terlalu yakin dengan kemenangan ekoran dakwaan Manek Urai itu menjadi kubunya dan bukan kubu Pok Su Mail. Tetapi keputusan semalam tidak memihak seperti yang didakwa. Dengan 65 undi majoriti itulah sebenarnya kekuatan PAS di Manek Urai.
Tahniah Abe Uji di atas kemenangannya di Manek Urai. Abe Uji mestilah membina satu legasi baru di Dun Manek Urai. Perhebatkan tarbiyyah dalam diri masayarakat Dun Manek Urai supaya semuanya dapat menahan diri dari godaan 'wang rasuah pilihanraya'.

5 ulasan:
Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
PAS salah perhitongan dan tidak peka di 4 kawasan itu penduduk nya terdiri dari masyarakat orang Asli atau yg.seangkatan dgn nya.
Mereka ini mudah di pengarohi,apa tah lagi jika di longgokkan dgn wang harta benda.
Hidup susah mudah di perhamba.
Kemenagan PAS di MU lebe kepada Pertolongan Allah dgn menghantar malaikat memenangkan nya.
Wallahuaklam.
Salam, bumi ini milik Allah. Matlamat kita memperjuangkan kalimahNya. Jgn kita cuba mendabik dada seperti musuh Allah yg selalu mendabik dada. Penting kita tawakkal dan ikhlas serta rapatkan lagi silaturrahim sesama kita. Jgnlah kerana isu tertentu kita langsung bersikap keras dan sindir-menyindir sesama jemaah. Kita hanya perlu berkeras dengan musuh. Kisah perang Hunain jadikan pedoman. Semua ini kerana Allah sayang pada pejuangNya dan tidak mahu kita lalai dan terpesong. Sekian.
manik urai hampir 100% penduduknya bernaung di bawah KESEDAR...be end lak pandai letak calon dari kalangan KESEDAR...orang2 jenis peneroka ni tak kiralah felda ke, felcra ke, kesedar ke, ketengah ke, apa ke...semuanya jenis menunggu peluang..sape bleh kasi aku duit, itu lah yang disokong...
jadi memang betullah, pengaruh almarhum pak su wel berjaya mematahkan pengaruh wang be end...abe uji sekarang perlu kerja keras untuk menang hati orang2 manik urai...mohon kerajaan negeri bantu abe uji...
bukan orang tak yakin abe uji, tapi abe uji baru lagi...insya Allah dengan ketekunan, kesabaran abe uji...PRU13 abe uji bakal menang besar disitu...perhebat tekad,dan iltizam...
Sebagaimana saya pernah komen.Kalau Pas kalah pun saya tak heran.Ini kan PRK dan bukan PRU.Jumlah pengundi pun tak ramai sangat.Kan senang untuk dikempen.Kenapa undi MU baru dan MU lama PAS kalah banyak undi? Bukan kah kerana pengundi dua kampung ini akan dapat jambatan baru yang lebih besar jika PAS kalah? Manusia adalah manusia. Faham2 la.Nak hidup senang je!
PAS bina la je jambatan tu... susah apa... ini politik... x payahla ckp malaikat turun tolong abg uji.... sedih btul. tumpukan pada isu remaja murtad yang makin banyak..
Catat Ulasan