16 Julai 2009

Manek Urai : Satu peringatan dari Allah Taala.

Email Oleh : Mohd dasuki Mohd Lebar
oleh : tokpepijat.blogspot.



Sirah Rasulullah bagaikan sebutir mutiara perjalanan Mukmin. Amat penting bagi Gerakan Islam seperti PAS menghayati dan mengambil pengajaran dari Sirah ini.

Ghazwah Hunain adalah salah satu perjalanan Sirah Rasulullah. Peristiwa Hunain berlaku pada Syawal 8 Hijrah selepas Pembukaan Kota Mekah.

Dalam perjalanan menuju Hunain timbul 2 perkara yang amat tidak disenangi Rasulullah iaitu :

a) Seruan tentera Islam (warga Mekah yang baru masuk Islam) agar Rasulullah buat sepohon pokok Zatul Anwat buat mereka kerana mereka percaya tentang keberkatan pokok tersebut.

b) Kekaguman dan yakin dengan bilangan tentera yang ramai mampu kalahkan musuh.

Akibatnya mereka kucar kacir tatkala diserang hendap musuh di Lembah Hunain. Saat itulah Rasulullah terpaksa menyeru mereka agar kembali bersatu semula menyusun barisan perang. Akhirnya Rasulullah dan Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera musuh pimpinan Malik bin Auf.

PAS berjaya mengekalkan kerusi Manek Urai dalam PRK dengan majoriti kecil 65 undi. Jika dulu majoritinya dalam PRU 12 adalah 1352 kini merundum kepada 65 undi. Menurun 1267 undi.

Pelbagai analisis di buat. Buat pihak UMNO tentulah suatu kejayaan kerana berjaya menurunkan majoriti PAS. Juga tanda penambahan undi mereka sebanyak 889 undi.

Peristiwa Hunain boleh di"sesuaikan" suasana di Manek Urai. Bermula dengan kata-kata "takbur, sombong dan terlalu yakin" seperti malu mata, pemimpin luar tidak diperlukan, isu lokaliti, menghalang kehadiran orang lain hinggalah kata-kata "berbaur syirik" seperti "tengok gambar tok guru dah dapat pahala".

Di saat akhir juga keluar kenyataan , "yakin menang 2,000 undi "

Apa makna ini semua ! Tarbiyyah mana kita ambil ?

Itu semua seperti "mengulangi " kelakuan tentera Islam semasa menuju Hunain dimana amat tidak disenangi Rasulullah.

Kita berharap dengan segala peristiwa " malang dan sedih" Manek Urai segera pimpinan kita bermuhasabah diri masing-masing. Ingat dalam PAS tiada tubuh badan yang maksum atau "seakan-akan" maksum !

Ingat ! PAS bukan ditubuhkan untuk berbangga-bangga dengan "semangat kenegerian" !

Apakah kita bangga dengan kemenangan Manek Urai (itupun 65 undi je) dalam keadaan kita berpuak-puak, taksub tubuh badan seseorang, taksub dengan semangat kenegerian ?

Kita rela kalah dalam sistem pilihanraya(sememangnya kita biasa kalah) tetapi jemaah kita bersatu padu, penuh semangat ukhuwwah dan bersandar sepenuhnya kepada Allah Taala !

Ingat ! Manek Urai satu amaran dari Allah Taala buat kita semua ambil pengajarannya.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Penyakit lebih perasan, syok sendiri, tidak senang bila dikritik adalah sikap-sikap yang boleh menghancurkan sesebuah organisasi.

Kelana berkata...

Sy setuju dg pandangan YB

Tanpa Nama berkata...

salam,

adalah merupakan perkara biasa selepas sesuatu peristiwa, pelbagai pandangan dari sudut masing-masing penulis akan timbul tanpa sedikitpun mengambilkira fakta-fakta yang berlaku sebelumnya. saya suka melihat kepada punca timbulnya masalah, yang saya perhatikan cuba diketepikan, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebelumnya yang boleh dikaitkan dengan manek urai ini. jujurkah kita?

'kecacatan' akibat kemenangan tipis pas ada mulanya. ia tidak berlaku secara spontan. ini yang cuba dilupakan, kenapa? tidak ada siapa yang ambil kesah dengan "pertemuan dalam gelap" yang dinafikan, yang 'direstui' oleh majlis syura ulama (yang tidak pernah membincang mengenainya), yang diikuti dengan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak ada rasa tanggungjawab seperti "tok guru nik aziz bukan pas", "perbincangan dengan umno perlu diteruskan", "wacana intelektual" sesudah tg presiden sendiri tutup "unity government".

kita sendiri memilih untuk menikam sesama sendiri. kita jangan lupa ini semua berlaku pra prk manek urai. kita memilih untuk memberi peluru kepada musuh supaya menghancurkan kita. sirah manakah yang lebih afdhal untuk kita jadikan iktibar dari hiruk-pikuk ini? para ustaz tentu lebih arif mengenainya.

kita berhadapan dengan 'penarikan' wala' kepada mursyidul am oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. kita berhadapan dengan orang yang tidak faham dengan "konsep" kepimpinan ulama oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. kita berhadapan dengan kempen "kepimpinan ulama tercabar" oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. bagaimana pas boleh bermuhasabah jika punca masalah kita buat make dono?

pas terjun ke dalam prk manek urai dalam keadaan 'separuh bogel'. sedikit cebisan kain yang diperolehi dari umno selepas pru12 kita koyak-koyakkan untuk dipulangkan kembali kepada umno. bijakkah berpolitik kita? tidak terlintas langsungkah kepada kita untuk merampas semua kain umno sehingga membogelkannya? tidak adakah cita-cita kita untuk mengmbilalih tempat umno? kalau begini cara berpolitik kita, saya rasa adalah labih baik bagi pas memilih jalan berdakwah bersama-sama dengan kumpulan tabligh. biarkan sahaja politik kepada umno. pas do not have to waste time, money and efforts come pru13.

hussin abdaziz