16 Julai 2009

BN terus ditolak rakyat, PAS perlu kaji menang tipis

Nyza Ayob
Wed Jul 15, 09 9:08:15 am MYT


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh)-Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berpandangan PAS perlu melakukan post mortem serta membuat kajian secara mendalam mengenai aliran pengundi yang tidak memihak kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 14 Julai lalu.

Mengulas mengenai kemenangan tipis PAS dengan majoriti 65 undi, Wan Abdul Rahim menolak faktor golongan muda yang tidak keluar mengundi yang menyebabkan kemerosotan majoriti berbanding Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Jelasnya, berdasarkan keputusan yang di perolehi di beberapa peti undi seperti Manek Urai Baru PAS menang dalam semua empat saluran kecuali saluran dua.

Justeru katanya PAS perlu membuat semakan faktor yang menyebabkan golongan berusia menolak PAS.

Dalam pada itu beliau juga tidak menolak kemungkinan kemenanganan tipis tersebut disebabkan kelemahan PAS di Kuala Krai yang baru sahaja selesai membuat perubahan kepimpinan di peringkat kawasan.

Sementara itu beliau juga berpandangan faktor calon sebelum ini, Ismail Yaakub meninggalkan suatu 'kekosongan' kepada rakyat Manek Urai.

"Pak Su Wil merupakan satu 'lagenda' yang cukup sinonim dengan rakyat Manek Urai. Walaupun pengganti beliau, Abe Uji merupakan pilihan yang terbaik beliau masih perlukan pendedahan.

"Dan saya yakin Abe Uji akan dapat meneruskan usaha serta kesinambungan yang diteruskan oleh Pak Su Wil dengan jalinan kemesraan dengan rakyat akar umbi,"katanya.

Dalam pada itu, Wan Abdul Rahim sewaktu dihubungi Harakah turut merakamkan terima kasih kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat yang turut berganding bahu dalam memastikan kemenangan PAS.

Beliau menegaskan, kemenangan tersebut membantu PAS dan meneruskan kesinambungan kekuatan parti di kubu kuat PAS itu.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Barisan Nasional(BN) kerana dapat mengekalkan suasana yang 'lunak' dan 'persaudaraan' dalam tempoh berkempen tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Jelasnya dengan kemenangan tersebut, BN telah mengalami nasib ditolak oleh rakyat di semua pelusuk negara dalam siri-siri pilihan raya kecil oleh masyarakat pelbagai kaum.

"Walaupun di Manek Urai 99.9 peratus terdiri daripada kaum Melayu, nampaknya BN terus ditolak voleh rakyat. Ini memberikan peluang serta potensi yang cukup baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mencuba mencapai kemenangan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum ke 13,"katanya. - azm-HarakahDaily.Net-

6 ulasan:

Baba siam berkata...

Tanianh kpd calon PAS!
Tapi PAS juga harus mengaji lebih teliti pasal pa undi majoriti hilang begitu banyak sekali berbanding dgn PR sebelum ni.
Kalau PAS ingin menang lebih kerusi di PR akan dtg...
Tengguk apa yg kerajaan PAS kedah buat lah ni terhadap bukan islam....peru ingat negara ni bukan 100% org beragama Islam.
Tengguk apa sudah jadi sesama antara tokoh2 PAS pusat....dan juga apa hubungan sulit dgn UMnoo....
Perlu ingat juga biasanya kita ditumbangkan kerana musuh sesama sendiri di hati bukan dgn musuh luar...

Tanpa Nama berkata...

sebab utama BN guna rasuah $$$$$$

Tanpa Nama berkata...

BN guna banyak modal duit media jajnji-janji yang canggih dan kalau UMNO menang 65 undi pon saya x rasa berbaloi...

Anak Perelih berkata...

kerana jumpah pengundi yang meningkat dari 85% ke 87% sama... padahal pengundian dibuat di hari bekerja yang ramai pengundi luar kelantan tidak dapat balik.... adakah kalau jumlah yg balik sama dgn PRU lepas jumlah pengundi akan meningkat naik ke 90%???? rasanya ada pengundi hantu org tempatan yg mengundi di banyak tempat mengundi...

AnakPaya berkata...

ni kan pilihanraya kecil...semestinya tentangan yg hebat dari BN yg mana menggunakan segala macam jentera kerajaan untk berkempen sampai khemah TNB pun bleh ada kt MU.. kita amik contoh ijok. pada pilihanraya kecil, BN menang bergaya tapi bila tiba PRU, PR pulak yg menang. klu kita nak tau, kita tunggu PRU yg akan datang ni. letak calon yg sama dan kita tgk majoriti mcm mana plk. Apapun PR perlu jgk buat kajian dan jgn terlalu over confident

Tanpa Nama berkata...

Kita tak perlu menyalahkan UMno dengan kemenangan tipis PAS dalam pilihan raya ini. Sememangnya kita telah tahu bahawa UMno BN ni akan menggunakan semua yang ada untuk memenangi pilihan raya tak kira di mana jua pun. Dah memang selalu macam tu. Jadi tak heran dah. Yang perlu kita lakukan adalah muhasabah balik diri kita sama ada segala apa yang kita lakukan selepas memenangi banyak negeri semasa PRU 13 dulu. Kemenangan tipis ini adalah amaran dari ALLAH supaya kita tidak leka dengan kemenangan. Mungkin dikalangan kita ada yang terleka. Ada yang menjadi takbur dengan kemenangan berturut2 dalam pilihan raya baru2 ini. Jadi nilai semula apayang telah kita lakukan dan perbetulkan semula untuk PRU 14 nanti.