29 Julai 2009

Hikmah & Falsafah Sejarah

Oleh : baharin hasnida

Bismillah. Alhamdulillah wa syukrulillah wash shalatu was salam ala rasulillah.

Di dalam Islam sejarah merupakan penting. Sejarah adalah pendidikan, pengajaran. Sebab itu kalau kita lihat Al Quran, apa yang ada dalam Quran tidak seperti kitab, tidak seperti karangan manusia. Cuba kita lihat Al Quran dalam menceritakan hukum-hakam diselitkan dengan cerita-cerita sejarah. Ini tak pernah dilakukan mana-mana pengarang, tapi Tuhan lakukan. Setiap cakap hukum-hakam diselitkan sejarah, tentu ada maksud, ada hkmah, ada yang tersurat ada yang tersirat.

Tuhan menyelitkan satu-satu sejarah bukan hanya untuk halwa telinga saja. Sejarah di dalam Islam kalau kita faham dia merupakan institusi pendidikan dan pengajaran. Bila kita sebut pendidikan dan pengajaran ada sekolah, ada pensyarah, ada profesor, ada dekan, ada rektor, ada pentadbiran, ada silibus, ada semua bentuk pakej yang diperlukan. Itu kalau orang faham, kalau tak faham dia jadi cerita saja.

Kebanyakan orang baca sejarah dia mahir faktanya, datanya, jalan ceritanya, siapa yang mencetuskannya, itu saja. Tetapi falsafah, hikmah, yang tersirat dari sejarah itu jarang orang perkatakan. Jadi benda yang terpendam jarang digali. Rahsia dari sejarah itu jarang orang bongkar, sebab itu kalau kita dengar cerita sejarah jemu, tapi Tuhan tidak, bila Tuhan cerita hukum-hakam dikaitkan dengan sejarah dan disitu didapat pengajaran yang besar. Tengoklah Al Quran. Kebanyakannya begitu.

Kita boleh ambil mana-mana sejarah dalam Al Quran kemudian kita falsafahkan sejarah itu, mudah-mudahan yang tersirat dapat disuratkan. Kita ambil cerita sejarah yang semua orang sudah tahu, bahkan ada yang lebih pandai dari saya menceritakan fakta sejarah itu, cuma dia tak mampu mengeluarkan falsafah atau hikmah sejarah itu. Kita akan cungkil sejarah Nabi Musa AS. Semua orang tahu cerita ini.

Saya nak bawa cerita sebelum lahir Nabi Musa, hingga lahir, hingga dia berjuang dan kemudian dia masuk ke dalam laut. Cerita Nabi Musa dengan Bani Israel.

Sebelum Nabi Musa dilahirkan, ahli-ahli nujum Fir’aun beritahu pada Fir’aun, Fir’aun dan tahtanya akan dijatuhkan oleh seorang putera dari Bani Israel. Terkejut Fir’aun, semenjak itu diarahkan siapa saja dari Bani Israel melahirkan anak lelaki disuruh bunuh. Semua orang tahu sejarah ini. Tapi falsafahnya, hikmahnya yang tersirat dari sejarah ini banyak orang tak tahu. Cuba kita analisa.

Bila kita baca sejarah ni, apa kita kata. Kita kata, jahatnya Fir’aun. Tak terfikir oleh kita lebih dari itu, kita kata setakat jahatnya Fir’aun, kejamnya zalimnya Fir’aun. Kita tak tahu bahawa disitu ada pendidikan, ada falsafah, ada hal tersirat yang kita kena ambil.

Setidaknya ada 3 :

1. yang positif,
2. ada negatif,
3. negatif kemudian positif.

Siapa boleh ceritakan?

Semenjak keluar arahan firaun tu, dibunuh lah 600,000 bayi lelaki dari Bani Israel. Apa yang Tuhan nak beri pendidikan di sini? Bani israel, Tuhan jadikan bangsa yang cerdik sebab mereka keturunan Nabi-nabi, tapi jahat. Negatifnya 600,000 bayi dibunuh. Positifnya anak-anak tu kalau dibiarkan hidup akan jahat macam emak ayahnya, maka dia akan masuk Neraka. Bila dibunuh masih bayi, maka 600,000 masuk Syurga.

Dari kejadian itu ke sekarang ni kita ambil 2,000 tahun. Waktu Fir’aun yang terbunuh 600,000. Waktu Hitler 6 juta yang terbunuh. Dari 600,000 itu, kalau tak dibunuh akan jadi 180 juta. Yang dibunuh Hitler 6 juta, kalau tak dibunuh sampai sekarang hidup satu generasi, masing-masing generasi ada 50 orang, maka sekarang ada 300 juta. Kalaulah semua hidup, dia ada kekuatan, cerdik, akal, habislah semua orang. Sebab itu Tuhan tahu. Sekarang dia kecil. Dia tak boleh jajah guna kekuatan fizikal. Dia jajah akal dan ekonomi. Inipun dunia dah sangat rosak. Kalau dia jajah fizikal, bala bala bala. Itu hikmah yang pertama.

Yang kena bunuh 600,000 nampak negatif yang kena bunuh masuk Syurga, positif. Kemudian bagi zaman ini positif, sebab dengan bilangan yang sedikit dia tidak jajah secara fisikal, dia jajah secara akal dan ekonomi. Kalau dia jajah secara fizikal, habislah umat Islam. Dari cerita pendek ini ada positif, negatif kemudian positif lagi.

Waktu Nabi Musa lahir menakutkan, setiap ibu yang nak melahirkan, dia sorok-sorok terdedah dengan bahaya lain. Kerana nak menyorok, dia letak di tempat pembakar roti. Time nak menyusu dia ambil, lepas tu disorok lagi. Tak bahaya ke? Bahaya pertama lepas, bahaya ke-2 resiko diletak dalam pembakar roti. Emak kata, berapa lama aku letak di pembakar roti sedang orang Fir’aun datang setiap hari, masuk sungailah. Dah 3 bahaya lepas. Masuk sungai biasanya matilah. Kalau selamat sampai ke laut biasanya mati juga. Kalau tersangkut di tali, tenggelam, mati juga. Tapi Tuhan takdirkan tersangkut di istana Fir’aun. Waktu tu orang Fir’aun ambil. Fir’aun bila tengok saja, dia nak bunuh sebab dia teringat kata-kata ahli nujum dia. Walau Nabi Musa kecil lagi, Fir’aun kenal ini Bani Israel. Ini bukan Qibti. Jadi dia nak bunuh, bahaya lagi. Tapi kuasa Tuhan. Dipujuk isteri dia, tak apa. Kita kan tak ada anak, mari kita jadikan anak kita. Sejuk hati Fir’aun. Kalau tidak, sudah nak cekik lah.

Satu masa Nabi Musa masih kecil. Dipangku-pangku Fir’aun, Nabi Musa tarik janggut Fir’aun, Fir’aun terkejut, sebab sakit, yang tarik janggut bakal Rasul. Masa tu nak bunuh tapi isteri kata jangan.

Pada waktu 18 tahun, satu hari di pasar orang Qibti berkelahi dengan Bani Israel. Nabi Musa leraikan sebab Bani Israel minta tolong. Dia leraikan tolak sikit, mati Qibti itu. Orang Qibti cari dia. Dari cerita ini berapa bahaya berhadapan dengan mati. Ikut logik mati, tapi tak mati. Apa pengajarannya? Tuhan nak matikan tak matikan seseorang, tak ikut hukum logik. Ikut logik mati dah. Yang ke-2 faktor janji. Walaupun tak logik sangat, hidup dengan kuasa Tuhan, Tuhan hidupkan.

Yang ke-3 ini menunjukkan supaya manusia terasa kuasa Tuhan itu mutlak. Jadi faktor janji itu mahal sekali. Kalau bukan faktor janji, dia dah mati dibunuh waktu bayi. Kalau tak mati waktu bayi, dia mati di pembakaran roti, kalau tak dia mati di sungai, atau mati ketika dicari-cari orang Qibti.

Ringkasnya akhirnya Nabi Musa mendapat wahyu dan dia menjadi Rasul. Dulu Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad SAW, dia rasul untuk satu bangsa saja. Rasulullah SAW saja diutus untuk semua bangsa. Nabi Musa untuk Bani Israel saja bukan untuk Qibti atau Arab tapi tak salah kalau mereka nak ikut. Tapi Nabi Musa tak berdakwah dan berjuang untuk Arab dan Qibti. Jadi Nabi Musa pimpin Bani Israel yang cerdik tapi jahat sangat. Nabi Musa terancam dari 2 aspek, dari Fir’aun dan pengikutnya Bani Israel. Pengikut dia ini hari ini Islam esok kafir. Hari ini Islam, esok kafir. Ini terjadi 40 tahun, bukan setakat jahat saja.

Nabi Musa memimpin Bani Israel berhadapan dengan 2 risiko iaitu Fir’aun dan orang-orangnya dan keduanya orang-orang dia hingga Tuhan sesatkan di padang teh selama 40 tahun. Apa hikmahnya? Kalau mereka tak tersesat banyak yang lari. Kerana sama-sama tersesat terpaksa ikut juga. Dalam sesat-sesat itulah didik, didik, didik. Kalau tidak, sudah lari. Dalam positif ada negatif. Negatifnya jahat, positifnya boleh didik.

Waktu dia pimpin Bani Israel 40 tahun, bukan sedikit bilangannya tapi ramai, kalau nak lawan Fir’aun boleh, senjata dulu bukan macam sekarang, sama saja, sama-sama pedang, tak ada beza. Tapi Tuhan tak benarkan Nabi Musa dan pengikutnya bunuh orang-orang Fir’aun. Di sini baru kita faham bunuh orang tu bukan utama, sebab tu Rasulullah SAW sendiri banyak kali berperang, setengah masa ada peluang untuk bunuh tapi tak bunuh, menunjukkan Rasulullah SAW ni, hal yang menyalahi utamapun dia tak buat. Bukan yang makruh, yang haram lagilah dia tak buat. Sebab dia fikir kalau orang ini tak aku bunuh keturunannya boleh masuk Islam. Kalau dia kubunuh, tak ada keturunannya masuk Islam. Ikhlasnya Rasulullah SAW berjuang. Dalam Islam ini yang utama kita kena bunuh bukan kita bunuh orang sebab bila kita kena bunuh, kita dapat syahid. Kalau bunuh orang, orang itu dapat sakit. Tapi JI di Indonesia kerjanya nak bunuh orang. Kalaulah bunuh orang kafir itu utama, tentu Rasulullah SAW paling banyak.

Dalam perjuangannya Nabi Musa tak perang dengan Fir’aun, lari-lari. Bukan takut, tapi nak elak perang. Dah kemuncak perjuangan melawan Fir’aun, dah masanya Tuhan musnahkan Fir’aun, terjadilah peristiwa yang Fir’aun sepatutnya menang tak menang. Nabi Musa yang sepatutnya kalah tak kalah. Hikmahnya, pejuang-pejuang kebenaran ketika logiknya kalah, dia tak kalah, dia menang. Ketika logiknya menang, dia tak menang, dia kalah. Ini kena faham.

Nabi Musa menghadapi 2 ancaman, dari pengikutnya dan dari Fir’aun. Tersesat di padang teh 40 tahun, kalau kita dah lari dah. Menunjukkan betapa ikhlasnya Rasul-rasul berjuang. Kita tidak, sebut kerana Tuhan, bila susah sikit, lari. Rasul-rasul kerana Tuhan, walaupun susah terpaksa sesat 40 tahun, tak lari, kerana begitu mendalamnya cinta dengan Tuhan. Jadi kita kena belajar dari sejarah ini. Kalau betul kita cinta Tuhan, duit kecil, masa kecil, fizikal kecil, nyawa kecil. Kalau kita masih berkira masa, duit, kita bukan orangnya.

Waktu Fir’aun dah habis, tenteranya dah punah. Nabi Musa dan pengikutnya menang. Tuhan tak bagi kuasa memerintah pada Nabi Musa. Yang naik memerintah Mesir waktu tu orang Qibti yang lain. Sedangkan Nabi Musa dan orang-orangnya boleh ambil alih. Mengapa Tuhan bagi begitu? Supaya jadi pengajaran bagi orang kemudian supaya janganlah memperjuangkan Islam, memperjuangkan kebenaran ini dengan tujuan memerintah, kecuali janji Tuhan, itu lain. Contoh Nabi Musa, dah menang, dah boleh berkuasa, Tuhan tak izinkan. Ini menunjukkan kuasa memerintah di dunia bukan sesuatu yang besar, yang besar adalah Syurga. Kalaulah Allah nilai besar kuasa memerintah, tentu Allah akan bagi pada Rasul-rasulnya, sedangkan 3 Rasul saja yang diberi kuasa memerintah : Nabi Muhammad, Nabi Daud, Nabi Sulaiman. Seolah Tuhan kata, kalau kamu diberi kuasa nak memerintah, ikut cara 3 orang itu. Kalau tidak, jangan memerintah, cukuplah berjuang sampai orang cinta Tuhan.

Falsafah dan hikmah sejarah jarang orang kata, sebab itu membaca sejarah tak mendidik jiwa. Kerana tu dalam Quran diselitkan sejarah, ada maksud, iaitu untuk mendidik dan memberi pengajaran.

Sekian

2 ulasan:

ADIL pada tempatNYA berkata...

Subhanallah... cantik kupasannya

ADIL pada tempatNYA berkata...

Subhanallah.. indahnya ALLAH tu mendidik manusia... Manusia je degil.... ikut nafsu...