24 Julai 2009

Lebih 5,000 polis bertugas di Manek Urai

Oleh : Zamri Keciks

KUALA KRAI, 20 Julai: 5,000 tilam yang telah digunakan anggota polis sepanjang pilihan raya kecil Manek Urai akan dilelong, lapor media hari ini.

Tilam itu akan dilelong oleh Mad Global Resources Sdn Bhd pembekal tilam itu.

Dengan pengumuman ini semacam polis membuat pengakuan sekurang-kurangnya 5,000 anggotanya bertugas di Manek Urai baru-baru ini.

Ia tidak termasuk polis yang ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di kawasan pilihan raya itu di samping mereka yang ditempatkan di balai-balai polis sekitarnya.

Juga tidak termasuk anggota polis yang bertugas di kawasan berdekatan yang diarahkan bertugas di Manek Urai sepanjang pilihan raya ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang umno tak nak pembaziran

org memali berkata...

ya la . Kalau tengok bola pun gaduh ,ni kan pula kat medan peperangan .

zackeye berkata...

Kalau yang keluar mengundi lebih kurang 10000 lebih saja maka kadar polis kepada pengundi ialah 1:2. Ini adalah tahap penjagaan yang paling ketat. Kalau macam ni selalu negara boleh bankrup kerana kos mengadakan keselamatan pada pilihanraya terlalu tinggi. Mungkin nanti kena tubuhkan unit polis pilihanraya yang dilatih khas bagaimana nak mengendalikan perjalanan pilihanraya. Jadi tilam tu tak payah lelong dulu kerana mungkin akan digunakan lagi.

Tanpa Nama berkata...

tilam..talam! buang lama beli yang baru