ADUN Titi Serong bergambar bersama dengan pemilik MHP enterprise, Hj. Punari @ Zainuddin bin Hj. Salleh, sambil merasakan enaknya "bahulu gulung nenas".
Semasa hadir di Sekincan pada 17 July 2009 yang lepas untuk menyampaikan ceramah Irak dan Mikraj dan Ceramah Isu Semasa, Drs. Khalil Idham Lim telah menjadi tamu istimewa kepada seorang pengusaha Kilang MHP Enterprise yang mengusaha barangan makanan hal seperti kuah pecal, kuah kacang, kuah rojak, serta pengeluar, pembekal dan pengedar terkenal snek tradisinal seperti bahulu, kuih ros, pelbagai jenis rempeyek, krepek dan lain lain yang terkenal dengan jenama "Masri".
Drs, Khalil telah meluangkan waktu sekitar sejam untuk meninjau dua dari tiga kilang dan pusat jualan syarikat tersebut.
Untuk yang berminat untuk mengenali lebih dekat lagi syarikat ini, sila layari Pasaraya maya syarikat tersebut di :- http://mhp2020.blogspot.com/.
1 ulasan:
saya berminat dengan industri makanan seperti membuat biskut raya... boleh saya tahu.. ada jual ke mesin pencetak kuih tu... dan ada pelbagai bentuk ke?
Catat Ulasan