Email Oleh : Mr. President
Dari Laman Nurani
27 Rejab : Peristiwa Isra' Mikraj, adakah kita semua mengambil pengajarannya?
Tanggal 27 Rejab, umat Islam seluruh dunia pastinya akan meningati suatu peristiwa agong yang tercatat di dalam al-Quran, Isra' Mikraj. Israk maknanya perjalanan Nabi Muhammad saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Sementara Mikrajnya pula ialah perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa ke sidradul Muntaha di lapisan langit yang ketujuh. Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)
Dalam peristiwa agong ini, Allah SWT telah memeperjalankan hambanya, Nabi Muhammad saw pada malam hari setelah baginda merasa terlalu sedih dengan hinaan dan cacian dalam menyampaikan dakwah Islamiyah di Tanah Arab. Oleh itu saudara semua, jika ada isteri, anak-anak, ataupun ahli keluaga yang sedih, 'tention', maka hendaklah kita membawanya keluar bersiar-siar. Mudah-mudahan kesedihannya itu hilang.
Dalam perjalanan tersebut, nabi kita telah diperlihatkan pelbagai peristiwa yang bakal terjadi dan akibatnya daripada perbuatan manusia di dunia ini. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil buat pedoman daripada peristiwa ini.
Apa yang paling utama dalam peristiwa ini ialah Nabi Muhammad telah menerima sendiri tuntutan solat 5 waktu sehari semalam. Alangkah malangnya bagi kita yang tidak kalah menyambut Isra' Mikraj tetapi solat kita entah kemana. Ada sesetengah tempat diadakan majlis ceramah Isra' Mikraj, namun kita tidak pernah menginsafi akan pengajarannya. Kita hanya hadir kerana ada jamuan cendol, nasi dagang, nasi minyak,dan paling kurang pun karipap. Namun solat kita entah kemana.
Maka, tidak ada ertinya di sesebuah tempat mengishtiharkan 27 Rejab sebagai cuti umum namun masyarakatnya tidak mengendahkan hal solat. Masyarakat kita semakin mudah meninggalkan solat. Apa erti Isra' Mikraj? Tidak ada maknanya langsung!!!
Majlis-majlis sambutan Isra' Mikraj dibuat di serata masjid, surau-surau. Para penceramah menceritakan satu persatu peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad saw. Namun, saban tahun, cerita itulah yang dibaca, kisah itulah yang diterjemahkan. Tetapi masyarakat kita tetap tidak berubah. Malah semakain ramai yang tidak bersolat. Apa nak jadi ni. Bila dah besar panjang, nak kahwin, nak ada anak, tetapi kita sebagai suami, sebagai ayah, solat pun tak cukup. Lebih malang lagi, isteri/ibu itu pun tak bersolat juga. Jadi macam mana hendak mendidik anak-anak? Sebab itulah anak-anak lahir dan memebesar dalam keadaan yang tidak mengenal agama.
Harus diingat para ibu bapa, jangan ingat kita telah terlepas tanggungjawab setelah kita menghantar anak-anak ke sekolah sahaja. Sedangkan kita sendiri tidak pernah mengambil tahu hal anak-anak kita terutama dalam hal solat. Kebayakan ibubapa hari ini macam tu lah. Melepaskan tanggungjawab kepada cikgu-cikgu di sekolah. Jangan merasa sedap hati ye.
Apapun kita sebagai umat Islam, haruslah memperingati akan peristwa agong ini. Ambil lah seberapa banayk pengajaran dan tauladan daripada peristiwa ini. Jangan ada lagi generasi kita yang tidak menunaikan solat. Jangan ada lagi generasi kita yang tidak tahu untuk bersolat 5 waktu sehari semalam. Perbaiki solat kita, perelokkan mutu solat kita kian hari. Kepada ibu bapa sekalian, ingatlah jika anak-anak kita tidak solat, kita akan dipertangungjawabkan nanti. Oleh itu, didklah anak kita bersolat ketika mereka masih kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

2 ulasan:
Nabi tak boleh merubah manusia inikan pula ustaz...yang hanya boleh merubah manusia adalah Allah swt..apa yang perlu manusia lakukan adalah memperbanyakan aktiviti yang boleh Allah menurunkan HIDAYAH kepada manusia kerana manusia terutama umat Islam hanya akan berubah apabila mendapat HIDAYAH...kembali kepada Perintah ALLAH dengan cara hidup Rasullulah yang mengutamakan usaha atas Iman bukan usaha atas POLITIK.
betul denaihati, solah adalah julung perintah dan julung soalan akan ditanya nanti. apa maksiat paling besar kalu lain tak bukan meninggalkan solah, dari itu wahai saudaraku marilah kita berpesan2 menyerukan mendirikan solah terutama lelaki secara berjemaah diawal waktu. insyaalah Allah akan suka dan memberikan petunjuk kpd kita semua.
Catat Ulasan