21 Julai 2009

Tengku mahu saman Manohara

Putera Sultan Kelantan hari ini menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapatkan kebenaran mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot.

Permohonan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra akan didengar lewat hari ini.

Tengku Temenggong Kelantan harus mendapatkan kelulusan mahkamah sebelum mengambil tindakan menyaman isterinya, bekas model muda Indonesia, kerana wanita 17 tahun itu warga asing.

Tengku Muhammad Fakhry juga menamakan ibu mertuanya Daisy Fajarina sebagai defendan.

Permohonan itu difailkan oleh peguam kerabat diraja itu, Mohd Haziq Pillay.-MalaysiaKini-


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita rumah tangga, lepas ni dalam seluar pun terbuka

Unknown berkata...

saman RM100 juta lebih.. mana si janda tu nak cari.. kalau jutaan rupiah boleh kot.

Tanpa Nama berkata...

apabila wang kehidupan dari cukai hasil titik peluh rakyat tak mencukupi, kini dahagakan keuntungan dari wang saman.... maka hiduplah manusia itu dalam keadaan hina, bagaikan parasit. keadaan saman seperti ini hanya membongkar sikap manusia itu sendiri terhadap alam kehidupan duniawi nya... inna-llillah-wa-inna-llillah-hirrahh-jih-uunn.

Rakyat Kelantan Darul Naim berkata...

Video di youtube manohara bersukan di Kota Bharu Futsal Arena, Kota Bharu


http://rakyatkelantan.blogspot.com/2009/07/manohara-bersukan-di-kb-futsal-arena.html

Tanpa Nama berkata...

nak sgt bini lawa...enjoy je...didikkan agama x diberi.isteri wat hal nk saman pulak.sama je dorang ni..lain kali nak khawin..belajar ilmu perkahwinan betoi betoi yee..didikkan agama kt isteri jgn lupa.menyusahkan rakyat betoi lah..