Sekadar bergambar di dalam gelap dengan memegang lilin pada malam 18 July dihadapan Wisma DAP setelah beberapa ucapan untuk memberi semangat kepada penyokong PR yang hadir. Jangan pula memutar belit gambar ini kononnya begitu dan begini....
Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..
Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.
Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-
"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"
Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-
1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.
2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.
Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).
3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.
4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.
5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".
6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.
7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.
Allahu Aklam....
Kenyataan media pada 20 July 2009
Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak,
42 ulasan:
syabas drs dengan kenyataan media begini.
apa salahnya?
jangan terlalu extremis-lah wahai saudara yg berilmu tinggi lagi... pandangan serong begini.
Alhamdulillah moga2 dengan keterangan YB dapat merungkaikan apa yang menjadikan kekeliruan dikalangan akar umbi....
MEREKA KATA UPECARA DI TUGU NEGARA ADALAH MEMPERINGATI JASA PAHLAWAN... TAPI MEREKA TAK SEDAR.. TUGU TERSEBUT ADALAH PATUNG... YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI BERHALA.
tima kasih drs. atas penerangan tuan.
YB, teruskan perjuangan mu. Sememangnya, anjing UMNO semuanya pertulisan mereka semacam tahi.
Salam YB.. Gambar yang dikeluarkan yb itu bukannya ini.. Jgn kelirukan org dengan budaya org cina walaupun yb org cina islam. Kita tidak nafikan.. Gambar tersebut jelas yang menunjukkan yb nizar bertafakur seperti berdoa..Jgnlah terlampau untuk menyatakan sokongan perbuatan yang jelas boleh menjejaskan akidah.. Jangan samakan budaya colok dan lilin. Jgn yb cuba menonjolkan bahawa pihak tersebut kononnya memperlekehkan budaya orang cina. yb salah bagi saya. Saya nampak yb cuba memusingkan fakta terarah budaya cina. YB, manusia tidak lari daripada kesilapan tetapi mengakuinnya dan bertaubatlah. YB tak payah gunakan kelebihan yg ada pada yb untuk mempertahankan benda yang salah..Bagi saya yb sebenarnya sedar bahawa budaya yang ditonjolkan oleh yb nizar sebenarnya lebih kepada ritual org kristian kan.. tetapi kenapa yb nak kaitkan dgn org cina.. Harapan saya semoga yb tidak meniupkan api perkauman pulak...
Salam YB,
YB kena jelaskan secara terperinci mengenai budaya membakar colok dan membawanya sewaktu menyambut aidilfitri di cina... Adakah budaya membakar lilin dan colok untuk mengenangkan kematian seseorang adalah dibenarkan didalam islam.. Semoga YB dapat menjelaskan tanpa prejudis.. Saya merasakan apa yang dilakukan YB Nizar itu lebih mirip kepada memperingati kematian mendiang teoh dan perlakuan ini seperti budaya / ritual org kristian kan.. Pendapat saya, jgn dipergadaikan akidah demi menengakkan perkara yang salah YB.. YB boleh menjawab nanti bila jumpa ALLAH Swt...
Salam YB,
1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.
(YB biar betul, Rakyat telah tahu menilai.. Cara dan perbuatan menampakkan perlakuan berkabung.. Kenapa gambar mendiang teoh juga dipaparkan.. YB, Saya merasakan kurangnya hormat kepada YB yang lebih menampakkan isu ini kepada ruangan dimana BN berperanan utk menjadi isu perkauman, namum ulasan YB inilah yg menampakkan perkauman. Saya bukanlah org umno namum jika inilah jawapannya saya mengharapkan semoga YB boleh merujuk perkara ini kepada ulama dan ahlinya.. Ilmu agama saya tidak bagus dan masih berusaha utk memahaminya.. Adakah YB sanggup menjawab dihadapan Allah swt nanti?)
Rasanya bertafakur depan tugu negara tu lebih lari akidah dr tanda hormat rakan2 ugama lain meninggal dunia. Setakat hanya mengormati.
YB pun dah masuk agama Islam, sy rasa YB mmg ada blaja ttg hukum Islam. Org2 UMNO ni, blaja agama islam kebanyakkan "taklik", mereka hanya tengok apa yg mak bapak dia org buat, bukan berdasarkan pembelajaran ilmu agama Islam itu sendiri.
Kalau mak bapak org UMNO tak ajar solat, puasa, zakat.. dia pun kata tu yg mak bapak dia org ajar. Cuma, alhamdulilah lah YB,... ada gak mak bapak dia org ni hantar anak2 mereka kat sekolah2 agama, walaupun mereka sendiri "jahil".
Mereka ni tak tau, sebenarnya pembelajaran agama bermula dr rumah. Cuma YB ni, dpt ilmu agama krn Allah swt beri hidayah dan syariat.
Tak apalah YB, mereka ini ingat yg mereka hidup didunia ni selama2nya.., biarlah mereka sangka tiada hari akhirat.... Nnt pasti kita jumpa di SANA
Bukan kah baik jika Prof boleh menasihati kerajaan agar jangan meletak kan kalungan bunga di tugu negara.
Yang pelek tak ada orang komen Pak VIP yang pergi Majlis dikalungkan bunga, pakai topi daun & bulu burung pada kaum tertentu?
nko ni apahal nak lawan mufti...dah kata salah tu salahlah... jangan nak memandai mengubah yang benar.
Baru teringat saya....
Pi-lah tenggok kat Amerika, saya juga pernah lihat mata sendiri org islam kulit hitam sana menjual buku2 agama islam & juga colok serta perbagai pewangi dibawah Subway station kotaraya besar New York....
saya kira pandangan prof tersebut tidaklah menunjukkan beliau seorg yang berat sebelah..beliau menyatakan dari sudut pandangan sebagai seorang akademik seperti juga yb yang seorang berpendiidikan tinggi bersma sma yb nizar..yb pun sedia maklum akhbar arus perdana tidaklah sejujurnya melaporkn kebenaran..barangkali yb sebdiri lebih mendalami islam daripada saya, namun begitu saya kira usahlah yb beria -ia benar mahu mempertahankan keadaan tersebut..penting benarkah untuk kita turut sama2 memegang lilin @ colok hanya semata mata untuk kita menunjukkan kesepakatan pada kepimpinan pakatan rakyat..apakah fungsi lilin dlam majlis tersebut, untuk apa kita sama2 menjayakan upacara tersebut, tidak cukupkah jikalau kita berdoa,bukan kita mendekatkan diri dgn tuhan secara spiritual bukan berbentuk material, tidak kirala patung mahupun objek..setiap gerak laku pemimpin akan menjadi ikutan rakyat bawahan..byak cara lg untuk kita melahirkan rasa simpati walaupun pada org bukan seagama dgn kita..sy kira kehadiran yb n pimpinan ke sana sudah cukup memadai..
Salam, YB Tak berani langsung mengeluarkan kenyataan saya.. Kenapa YB pun nak merosakkan akidah orang ke? Mana2 komen yang menjurus kepada PR semua dikeluarkan tapi yang mengkritik demi kebaikkan tak dikeluarkan... Baru sekarang saya kenal kumpulan yang pernah saya sokong melalui tangan serta undi saya.. Mereka mempergunakan Agama Islam demi politik jahat mereka...
apakah yb tidak boleh menerima teguran?
semuanya mainan dan tohmahan UMNO yang layak kita gelar sebagai golongan munafik !!
Semoga kita tidak putus-putus memohon bantuan Allah swt untuk memerangi golongan ini...
Colok itu satu tradisi bagi orang Cina. Bagi orang yang menggunakannya sebagai pewangi dan objek semata-mata tanpa berniat untuk memuja selain dari Allah SWT, saya kira tidak ada salahnya. Sama juga dengan objek seperti tasbih atau tudung misalnya, walaupun turut digunakan dalam upacara keagamaan Katolik, tidak bermakna orang Islam yang menggunakannya itu telah mengikut upacara agama Katolik.
Ramai orang Kristian yang faham perbezaan ini dan oleh itu mereka tiada masalah memegang colok apabila menghormati si mati. Orang Islam Malaysia perlu lebih memahami budaya kaum bukan Melayu agar mereka juga tertarik kepada Islam. Kita juga perlu mengkaji amalan orang Islam di tempat lain supaya lebih luas pengalaman dan pengetahuan. Jangan terus cap sesuatu itu sebagai haram hanya kerana ianya bukan budaya bangsa kita. Timbangkanlah dulu.
eh! bukan ker ini professor kangkung iaitu org yg sama yg mengatakan sistem interest di bank di m'sia adalah harus kerana interest (riba) dlm bank di m'sia umpama setitis air di lautan luas..???
.....wal-lau weehh..
kenyataan ini dikatakan/diberitakan jelas semasa dlm salah satu forum ehwal islam.... (mungkin semasa dia ketua di API UM dulu)
ada sesiapa yg masih ingat?? ..atau mudah lupa?
lo... kalu prof kangkung yg sama ini, ...biaq pi la dia basuh taik dalam longkang....!!
Askum...aku pn hairan juga kenapa tulisan saya tidak dikeluarkan dalam blog YB...tempoh hari...
Rozi66,
Salam YB..gambar dlm blog YB ni memang nampak decent, tapi gambar lain nampak lain macam je. Yang dipegang bukan colok tapi lilin. Siap dgn gambar dan macam bertafakur. Lebih ke arah perkambungan bukan sidang media. Which is more towards christianity. Masjid kat cina pasang colok sebagai wangi-2an (tapi x pulak saya nampak lilin kat sana)...dan sememangnya culture org cina (which is not a problem).
Boleh YB komen pasal lilin nie lak.
bodoh betul puak2 UMNO ni...
Aku bagi contoh, kalau berkabung engkorang pakai ape?? Hitam bukan?? Lilitan kat songkok bukan?? Siapa yang ajar tu?? Nabi?? Hadith Nabi ada catat berkabung pakai hitam?? Quran ada sebut berkabung pakai hitam?? Habis pasai apa Raja2 Melayu mati pakai hitam?? Pasai apa pusara taruk air?? letak bunga?? Ada sunnah Nabi macam tu?? Habis tu Islam ke apa?? Ni sikit2 pakai lilin dah kata tak Islam...lilin tu simbolik, bangang! ....simbol, tanda sepakat, tanda simpati, sama macam pakai kuning untuk BERSIH......memang tarak otak orang UMNO....
memegang lilin hnyalah simbol bg mengenang mangsa yg di zalimi.hidup manusia hidup penuh dgn simbol.setiap perkara ada simbol nya.hal ini tiada kaitan dengan aqidah umat islam jika tidak dipolitikkan.apabila timbul statement yg bercampur aduk dan mengelirukan dari pihak tertentu ketika itulah aqidah umat islam akan tergugat.kerana apa?pikirlah sndiri.
kematian teoh blum dapat dipastikan lagi angkara siapa..kenapa PR begitu cetek pemikiran sehinggakan segala kejadian di malaysia ini angkara umno.cubela kembali kepada ajaran islam.pecayalah ketentuan Allah s.w.t..ustaz nizar semestinya lebih maklum hal ini.jangan kerana kepentingan politik saudara membutakan hati anda..
Assalamualaikum.
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, melaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
dilarang sama sekali islam meniru agama lain
dlm islam tiada ritual, sambutan mahupun berdoa dgn melibatkan lilin. sila lihat sini:-
http://ehnowiknow.blogspot.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/Ceremonial_use_of_lights
apa yg dilakukan nizar mmg bertentangan dgn islam. malah berdosa apabila kite melakukan seperti yg dilakukan oleh nizar. ini telah pun dinyatakan oleh DR 1221 dan telah dijelaskan dlm surah al-kafirun.
islam menghormati insan yg telah pergi(mati)
tp tidak sehingga mengikut apa yg dilakukan oleh org kafir samada sebahagian dari agama mahupun adat mereka.
bila adat bertentangan dgn agama adalah wajib utk ditinggalkan.
susah betullah nak sembang ngan org PR ni.. langsung takde salah... maksum sangat ker pemimpin PR ni? Hina sangat ker UMNO tu?
ape nak jadi negara malaysia yg dikatakan negara islam skrg ni. yg islam hadari x tau cam ner, ni dah byk owg yg berani bg pendapat masing -masing.kite ade jakim ade majlis fatwa, tp kite x pernah nak utamakan ape kate dr pihak tersebut. mari kite minta pihak ini untuk sentiasa mendahului setiap kemuskilan yg sentiasa ditimbulkan oleh kita semua. pihak wartawan pun perlu kepada etika kewartawanan dan perlulah tahu banyak tentang hukum hakam agama dahulu. takut2 pihak wartawanlah yg paling banyak dosa kerana memulakan sesuatu fitnah.fitnah dlm agamalah yg paling bahaya.marilah kite same2 muhasabah diri agar selepas ini kite tidak terus mengeluarkan pendapat. takut2 lain dari hal sebenar dan tidak tepat dalam agama.
Berbalahlah sesama sendiri...yang ni kata itu tak betul, yang tu kata ini tak betul,...haa..berbalahlah...tiada siapa yang untung antara keduanya kecuali satu...SYAITAN...SiSyaitan tersenyum puas bila melihat sesama Islam berbalah...betapa gembira hatinya tak terkata...bukan seorang, bukan dua orang tapi dah satu Malaysia...Entahlah...Ya Allah, berilah hidayahMu kepada semua penduduk Islam di bumi Malaysia ini agar semuanya lebih mementingkanMu dari segalanya...
gaduhla gaduh....ni kan akhlak org islam skrg...yang umno nak tegakkan umno..yang pr nak tegakkan pr...kepada sesiapa pun yang islam...teguran dari sesiapa pun selagi baik terima..jgn cuba nak tegakkan benda yang salah..jgn fanatik pemimpin membuta tuli..nanti silap haribulan bawak ke neraka..YB..ulasan anda tu tak dapat diterima...pegang lilin ker,tugu negara ker..dua2 salah..salah tetap salah..jgn kate tugu negara lebih rosak akidahnye dari lilin..ade kah kalau org lain buat dosa kite nak terjun sama...YB jgnla nak tegakkan yang salah..tuan bukan ahli nyer..tanye pada ahli..bagi fatwa ikut pendapat sendiri bleh mengundang kepada dosa...sape saje buat salah umno atau pr ..tetap salah...kepada umno jgn taksub sangat pemimpin anda...sama juga pr...kalau salah tegur..walau pemimpin sendiri...saya bmbangan ape yang yB cuba tegakkan di sini membawa kepada kemurkaan Allah...
tanpa nama...pelik...Allah pun ada 99 nama...semua makhluk Allah ada nama...(tanpa nama) ni sapa...besar sangat ka...taknak letak nama...tanpa nama ni cetek pemikirannya...pasti jarang-jarang dengar kuliah ilmu...yang pernah ikut pun ,mungkin bab hadas...tu otaknya sempit sekali...memangla bergaduh tu lumrah manusia...anak nabi adam pun bergaduh...sahabat pun pernah bergaduh...ye la...kalau tak bertekak...bergaduh...tak tahu la sapa yang betul...umno tu dah tentu celaka...zahid hamidi pun dah jadi sekongkol yahudi laknatullah...pegi balik ngaji agama ye...toksah jumpa ustaz umno ye...depa tuh bodoh...caru ustaz yang berwibawa...ok
saya buka seorang islam, ttp pandangan saya ialah, jika pegang lilin adalah haram, maka adalag baiknya jika krj haramkan penjualan lilin oleh pekedai islam.
masyarakt m'sia dapat hidup secara aman dan sentosa kerana kita semua saling hormat-menghormati budaya antara satu sama lain. jika oleh islam membaca doa dlm sesuatu majlis orang bukan islam juga bertafakur sebagai tanda hormat, begitu juga dengan tuk guru nik aziz yang masuk ke kuil buddha di kelantan.
daripada kita bincangkan antara haram dan halal, saya rasa lebih baik kita semua bincangkan apakah langkah dan cara yang kita perlu ambil untuk menangani masalah yang menimba teoh beng hock, supaya tidak ada lagi teoh beng hock yang kedua.
saya tidak berniat untuk menghina ajaran islam
sekian.
ibnu ahmad..tahniah kerana anda yang selalu mendengar kuliah agama telah menunjukkan "akhlak" islam yang sebenar dgn memaki hamun dan mencerca...bagus2...berbeza pendapat di bolehkan...tiada salahnyer..tapi cara tuan berakhlak mencerca bukan cermin akhlak muslim...maaf...saya menegur...kalau tuan rase teguran saya menyalahi agama..tuan bleh minta org lain nasihatkan tuan...wallahu'alam..sokong la sape tuan nak sokong...tapi tunjukkan akhlak mulia..bukan mencerca menghina...kalau teguran ini pun tuan nak melenting...terbukti tuan benar2 menghayati kuliah2 yang tuan hadiri...
boon heng...bukan guna lilin haram. sampai kite nak kene tutup kedai jual lilin.tuan salah faham...guna lilin umah gelap?guna lah.tak salah...islam sgt teliti dalam menjalani kehidupan..perkara2 yang melibatkan akidah sgt penting...sbb Allah sahaja tuhan pencipta tiada tuhan selain dia...menghadap tugu negara boleh merosakkan akidah..begitu juga memegang lilin bertafakur melanggar akidah sbb itu amalan org bukan islam...maaf...sy hanya menerangkan kepada tuan...
tuan moderator...harap dapat disiarkan ulasan saya untuk beng hong...sekian terima kasih..
tuan moderator...harap dapat disiarkan ulasan saya untuk boon heng...sekian terima kasih..
Nabi saw bersabda lebih kurang "Man tasabbaha bi kaumin, fahua min hum" Mahfumnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia akan bersama-sama dengannya. So tak payahlah nak berdebat panjang2. Kalau nak mengikut mereka buatlah. Tanggunglah di akhirat nanti. Di dunia ni bolehlah bg macam2 alasan. Nak kata bodoh, masing2 ada degree, tapi bila dah taksub pada satu2 kumpulan, benang yang basah pun nak ditegakkan. MasyaAllah.
Salam-alaikum.
Berkaitan Tugu Negara, cuba lihat dahulu betapa besar dan banyaknya patung Buddha yang terdapat di Negeri Kelantan bawah Pentadbiran Islam ala PAS?.
Selepas Nizar melakukan perkara yang mengundang kontroversi nyalaan lilin. Anwar Ibrahim dan pemimpin pakatan juga telah melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan!, lihat: http://www.youtube.com/watch?v=6ta_X6P5plM
Wahai Pemimpin-pemimpin Pakatan, bertaubatlah. Kembalilah kepada Islam yang sebenar.
Ikhlas,
SuaraMuda
ini yang diwartakan ...oleh pas
tapi aku x paham dgn tindakan ahli pas sendiri cube baca yg ni
Ulama PAS buka mulut pasal lilin
23 Jul 2009 9:20AM
KL: Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.
Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.
Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.
“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
ini akan menampakkan kelemahan parti
dalam penyatuan pendapat
yg menunjukkan bahawa PAS merupakan parti yg memperjuangkan islam ............
tapi dimana letaknya pemikiran islam
Kowtow - Bowing down to someone to show respect. SuaraMuda, janganlah kau mengkafirkan orang lain. Mafhum Rasulullah s.a.w: Barang siapa yang mengakatakan kafir pada seseorang muslim, maka ucapannya itu kembali salah seorang daripada mereka. Tapi kalau kita tak mengkafirkan yang benar2 musyrik atau bukan muslim, maka hal itu bisa mengeluarkan kita dari Islam. (rujukan kitab Hal2 yang membatalkan Islam kerya Syeikh Muhammad bin Abd Wahhab)
Beringatlah muslimin muslimat sekalian. Aku bukanlah lelaki maksum, namun kita mesti berjaga2 bila berkata2.
Kalau candle light vigil mengumpamakan ritual agama oleh si pengecut 'tanpa nama' (kerana sefaham saya ianya merupakan "menunggu harapan dalam kegelapan") Candlelight dinner, lilin atas kek harijadi (ini mmg perbuatan kaffir laknaktullah), menyimpan patung2 barbie atau mainan yg lain (malaikat mahupun jin Islam takkan jejak ke rumah) adalah antara sebahagian budaya / keagamaan org kaffir.
Berapa ramai anak atau si pengecut 'tanpa nama' itu sendiri membuat perlakuan diatas tapi berbicara tentang mengkafirkan muslim yang lain? SEDARLAH WOI!!
Saya pula terpanggil untuk mengulas apa yang diperkatakan diatas.
mengikutseparti apa yg dikatakan oleh YB, memang benar jika di negara china ada amalan memegang colok oleh masyarakat islam di sana.
tetapi jika kita lihat pada konteks agama, masyarakat di malaysia yang beragama islam umumnya mengikut mazhab syafie dan ahli suhnnah waljamaah iaitu berlandaskan apa yang dtertulis didalam al-quran dan hadis serta sunnah nabi.
Jika kita lihat, memegang colok atau lilin dalam upacara sembahyang atau kematian, tiada dalam alquran dan hadis mahupun sunnah nabi.jika ini diambil kira, ia akan ditakrifkan sebagai perkara bidaah.. satu perkara yang mendekati syirik dan sepertimana yang kita ketahui, syirik adalah salah satu dosa besar didalam islam.
masyarakat islam di negara china kebanyakannya adalah berpegang pada mazhab lain seperti juga di india yang membolehkan perkahwinan campur berlainan agama..
saya harap YB dapat mendalami lagi ilmu agama ini.
saya sebagai ahli PAS berasa malu dengan sikap pemimpin pas yang sudah terpesong dari ideologi parti.
andainya kita kata umno itu kafir, maka kita kenalah menunjukkan diri kita ISLAM yang sebenar.. bukan hanya berselindung di balik wajah2 ISLAM PAS!
Catat Ulasan