21 Julai 2009

Drs. Khalil : Panasnya makan durian begitulah panasnya isu berkaitan SPRM

PERMATANG PAUH, 19 July :- Isu mengenai kehilangan nyawa Teoh Beng Hock adalah bukan isu agama, bangsa dan mana-mana parti politik, ia melangkaui segalanya kerana melibat suatu keadilan kepada nyawa manusia yang menjadi anugerah Allah SWThilang secara misteri. Kerana itu gelombang untuk menunjukkan rasa tidak puas hari walaupun tidak sehebat rakyat Indonesia berdemonstrasi dalam isu fitnah Manohara kepada kerabat Raja Kelantan, namun ia mestilah tersus digerakkan. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Karnival Makan Durian diPadang Permainan Kanak-kanak Taman Pauh Indah disini.

Karnival yang julung-julung kali diadakan itu sepatutnya dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Tn. Hj. Mohd Sabu, namun kerana beliau mempunyai urusan lebih penting di luar negara tempatnya diganti oleh Ketua Penerangan PAS Perak itu.

Acara yang mendapat sambutan luarbiasa itu adalah anjuran PAS Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Pauh Indah dan Pasti taman yang sama.

Setiap peserta yang ingin merasa buah durian berserta beberapa jenis buah-buahan seperti manggis dan rambutan cuma perlu membeli kupon berharga RM 5 sahaja dan mereka boleh memakan secara berkeluarga dengan bayaran semurah itu.









2 ulasan:

wan afiq berkata...

Pada pendapat saya isu yang menjadi perkara pokok adalah kredibiliti dan intergriti pihak yang di beri amanah seperti SPRM dan Polis tidak lagi menjadi satu institusi yang wajar dihormati.

Hal ini berpunca dari tindak tanduk individu yang dipertanggungjawabkan tidak lagi jujur dengan amanah yang ditugaskan.Walaubgaimanapun kita selalu memesan agar sentiasa terus berjuang ke hadapan, adakala lupa untuk memandang ke belakang seketika.Sedarkah kita tarbiah dari sudut agama amat lemah dan perlahan di peringkat universiti/menara gading

Kenapa saya memilih menara gading kerana..di sinilah akan lahir tokoh2 yang akan menduduki kepimpinan utama negara kita.

Bagi kerajaan yang ada sekarang, amat jelas mereka meminggirkan pengukuhan agama di peringkat menara gading.Pendidikan sebegitu pada mereka hanyalah seseuai hingga peringkat menengah sahaja.Tanyalah anak2 kita yang berada di kolej2 dan universiti, pendididkan agama tersisih dari sudut kurikulum, yang dikejar hanyalah kepentingan matapelajaran teras sahaja.

Pimpinan Pakatan yang menjanjikn perubahan tidak akan kemana bila mana produk2 universiti tidak bersama mereka,bukan hanya undi yang diperlukan hujah, cetusan idea,pembangunan sumber manusia juga boleh dikukuhkan kerana kelompok menara gading juga sebahagian komponen yang wajar di berikan oleh pimpinan pakatan, bukan berdemostrasi semata2..

Tanpa Nama berkata...

apabila kerajaan BN tak betul, bagaimana yang bawah nak betul, gantilah kerajaan baru...lihat perubahan insyaallah...