05 Julai 2009

Pakatan Rakyat tolak pelantikan JK Dewan Perak, Sidang tidak sah.

IPOH, 4 July : Beberapa orang ADUN PR telah menerima surat perlantikan dalam beberapa jawatankuasa, PR menyangkal dan menolak perlantikan ini kerana perlantikan tanpa persetujuan.Demikian dinyatakan dalam kenyataan bersama oleh ADUN pakatan Rakyat yang diadakan di Wisma DAP Ipoh pagi ini.

Hadir dalam sidang media tersebut ialah Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, ADUN PR lain, Nga Kor Ming(Pantai Remis), Khalil Idham Lim (Titi Serong), Anuar Sudin (Changkat Jong), Sum Chiok Lai (Bercam), Yee Siew Kai(Pokok Assam)dan Ong Boon Piow (Tebing Tinggi). ADUN Yang hadir adalah yang terlibat dengan JK Hak Kebebsan Dewam, JK Kewangan Negeri dan JK Perintah Tetap Dewan.

Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan persidangan 7 mei tidak sah dan perlantikan juga tidak sah malah penghinaan kepada DYTM Raja Muda Perak. Tidak ada apa-apa usul yang diluluskan dalam dewan, setahu kita selepas perasmian tidak boleh lagi ada agenda lain, Jelas YB. Nga Kor Ming.

Perlantikan secara iniletral adalah pelanggaran kepada sistem perundangan dan penghinaan kepada DYTM Raja Muda, Kata Nga.

Beliau juga meminta Zambry memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perlantikan yang tidak mengikut peraturan ini.

Pada sidang media itu dijelaskan DS. Nizar telah memohon 11 hakim dan kita menolak ketua hakim negara mendengar kes ini kerana dia bekas AJK umno.

"Oleh kerana kita tidak mahu lagi kes seperti yang didengar oleh hakim Datuk Ramli Ali menangguhkan keputusan MB Nizar sebagai MB yang sah. kita meminta penjelasan dari ketua Hakim Negara kenapa hanya didengar oleh seorang hakim, sedangkan pada hari itu ada 6 hakim sedang mendengar penghakiman lain" Tanya Nga.

"Jika ketua hakim gagal memberi pejelasan kita akan bangkitkan sekali lagi dalam parlimen. penghakiman sepenuh penting kerana ia menentukan keputusan berkaitan undang-undang kerajaan perak. selain itu 9 hakim akan melihat penghakiman yang lebih adil dan tidak dipengaruhi"tambahnya lagi.

Selain itu mengenai krisis yang berlaku di Kedah, ditegaskan Pakatan Rakyat Perak tetap dalam keadaan kukuh , erat dan terus membela nasib rakyat dan terbukti semasa kita mentadbir Kerajaan Perak.

Kita bukan saja kawan karib dan semangat perjuangan yang membara dalam diri kita. apa yang berlaku di Kedah tidak mempengaruhi pakatan rakyat Perak.Kata Nga.

Tambahnya masalah ini tidak perlu diperbesarkan kerana suami isteripun juga ada pergaduhan. perselisahan adalah sesuatu untuk memantapkan lagi pakatan rakyat dan yakin dapat diselesaikan oleh pemimpin pakatan rakyat. Hala tuju kita adalah Pakatan Rakyat adalah pengganti kepada kerajaan BN pada masa akan datang.

4 ulasan:

mosabit berkata...

salam.....
korang pun tau kan??..ini semua gara gara krpintaran pm 6 malaysia...siapa dia????...ha tak lain tak bukan siapaaa?...a'aa.. NAJIS TONG ROSAK......
kah kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Zambry ingat DUN PR menganga sahaja menunggu jawatan, maaflah, DUN PR tak kemaruk macam orang ....

Putra IJ80 berkata...

Tidak ada sebab nak bekejasama dgn perompak penyamun perampas ,malah bersubhat pon kita di larang.

mlmk berkata...

salam...
kalau undang2 tuhan pun depa lawan, undang2 mnusia celah gigi je la...