05 Julai 2009

SATU LAGI "PILIHAN RAYA KECIL" DI KELANTAN !!!

oleh FAUZI IRWAN SHAH
bypass308.blogspot.com

Semalam saya menerima satu emel dari rakan media di Kelantan yang pada awalnya mengejutkan saya kerana beliau dengan bersungguh-sungguh memulakan ayat dengan perkataan Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Di Kelantan.....saya terkejut kerana sangka Adun mana pula meninggal.

Rupanya bukan, yang beliau maksudkan ialah pemilihan kepimpinan baru Gabungan Pertubuhan Cina Kelantan, satu badan tertinggi pertubuhan Cina negeri itu.

Yang seronoknya ialah, beliau memaklumkan bahawa pengerusi sekarang (yang telah menduduki jawatan selama 12 tahun)tidak lagi bertanding dan tarikh tutup pencalonan ialah semalam. Menurut rakan saya, pengerusi bernama Mr Yap itu merupakan Ketua MCA Bahagian Gua Musang.

Elok lah juga, dah lama sangat, biar orang lain pula mengetuai. Berdasarkan penamaan calon sehingga tamat tempoh semalam, nampak gayanya hampir semua jawatan ada pertandingan kecuali jawatan penolong setiausaha, bendahari dan penolong bendahari.

Kebetulan Kelantan sedang hangat dengan PRK Manik Urai, tidak hairan pemilihan pertubuhan tertinggi Cina itu turut menarik perhatian semua pihak termasuk parti politik...nak dijadikan cerita...pemilihan kali ini seolah calon Pakatan Rakyat menentang BN.

Apa yang dimaklumkan oleh rakan saya itu bahawa, dua Mr Tan dicalon untuk jawatan pengerusi iaitu Tan Ken Ten, Pengerusi MCA Kota Bharu yang juga merupakan calon BN yang tewas kepada Datuk Anuar Tan (DUN Kota Lama)pada PRU lalu, manakala Tan Ah Chiaw pula merupakan Pengerusi DAP Kota Bharu yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Kota Lama.

hahhh...memang hangat macam tu, PRK Manik Urai undi pada 14 Julai, lepas tu mailah kita pakat perhati pula undi pertubuhan Cina itu pada 17 Julai...suspen gila sekarang nih. Kalau Pas menang di Manik Urai dan "DAP" pula menang di Kota Bharu, pasti ketawa sampai rabak mulut puak PR.

Tapi, jangan ingat sekali kalah bermakna kalah selamanya, Tan Ken Ten mungkin boleh rebut semula jawatan yang ditinggalkan rakannya dari Gua Musang tu kerana ramai juga ahli MCA yang menjadi ahli pertubuhan NGO Cina di Kelantan yang layak mengundi.

Dalam emel rakan saya itu, beliau juga sebut beberapa jawatan lain seperti Naib Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha memang memperlihatkan calon-calon yang mempunyai latar belakang parti MCA, DAP serta penyokong Pas.

Kalaulah pertandingan ini boleh dianggap sebagai kayu pengukur sokongan "rakyat" terhadap calon dengan latar parti tertentu, maka keputusan pemilihan nanti dengan sendirinya akan menyerlahkan sejauh mana penerima kaum Cina Kelantan terhadap parti terbabit, walaupun hakikatnya GPCK ini adalah sebuah pertubuhan NGO yang menghimpunkan ahli dengan pelbagai fahaman politik.

P/S: Gambar atas adalah Tan Ken Ten, mana-mana rakan media di kelantan yang ada gambar Tan Ah Chiaw, tlg emel mai kat saya. terima kasih banyak no...

3 ulasan:

Unknown berkata...

TERKEJUT BERUK GAK...

Hijat Panjang... berkata...

berokz pun x terkezut camni...ingatkan apa...hehehehe

masdarwahid.blogspot.com berkata...

selepas manik urai, sarawak dan perak pula dibubarkan untuk najib mongolia uji strateginya stakat ni berjaya atau tidak.