04 Julai 2009

Peringatan kepada kaum lelaki

Ahmad Baei Jaafar

Saya ingin berkongsi ilmu dengan temanku dan pengunjung blog ini terutama kaum lelaki. Saya sesekali duduk di saf belakang dalam masjid. Suatu hari seorang lelaki gemok solat di hadapan saf saya (lebih kurang 3 meter), waktu dia sujud, ternampak sebahagian lutut dan pahanya. Saya jangkakan mungkin lelaki gemuk sahaja, tetapi rupa-rupanya lelaki biasapun keadaannya sama. Di sini saya mula risau kerana saya juga memakai kain pulaikat ketika solat. Ini menyebabkan saya cuba lakukan sendiri di rumah seperti lazimnya. Sebenarnya kerisauan itu bersangkutan dengan hukum sah atau tidak solat itu.

Saya merujuk kembali kepada kitab tua yang pernah dipelajari dahulu. Jika anda ada kitab Sabilul Muhtadin, mukasurat 183 Jilid1, cuba rujuk perenggan berikut: "Syahdan, disyaratkan pula pada menutup aurat itu dari atas dan pada sekalian pihak kelilingnya, maka tidak diwajibkan menutup dia dari bawah. Maka jikalau sembahyang seseorang pada tempat tinggi maka kelihatan kepada orang auratnya dari bawah maka iaitu tidak mengapa. Bersalahan apabila kelihatan auratnya dari atas seperti leher bajunya atau pada kelilingnya seperti pada tangan bajunya maka iaitu tidak memadai, (maka batal sembahyang)."

Berdasarkan contoh di atas, saya percaya untuk wanita kerana bahagian leher dan tangan adalah aurat wanita. Contoh ini juga mungkin tidak melibatkan wanita Melayu kerana pakaian wanita kita lebih bersopan iaitu memakai telekong. Cuma mungkin ketika sujud, tapak kakinya jika terbuka boleh membatalkan solatnya.

Tetapi pada lelaki, jika dengan hanya pakai kain sarung, kepala lutut dan pahanya dijangkan boleh dilihat oleh orang di belakangnya, maka solatnya boleh batal. Perkara ini memang menjadi budaya orang Melayu. Jadi bagi mengelak solat itu terbatal, saya suka mencadangkan sepuya kita memakai seluar panjang di dalam kain sarung itu. Kita mungkin pernah lihat orang Arab dan India memakai jubah dan di dalamnya dipakaikan seluar panjang. Inilah jalan yang selamat bagi kaum lelaki.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seperti dicatatkan dalam kitab yang tuan nyatakan, tiadalah batal solat jika memakai kain sarung kerana aurat yang dapat dilihat pada ketika sujud adalah dihukumkan daripada bahagian bawah.

maemache berkata...

A'kum dan salam sejahtera.

Setahu saya, semasa sujud hendaklah dirapatkan kedua kaki dan ini tidak menampakkan sebahagian betis dan paha yang boleh menidaksahkan solat tersebut.

Perbetulkan saya, jika catatan saya ini salah dan tak betul.

anatruna berkata...

persoalan di atas pernah ditanya dgn tok guru kampung dulu2. Tok guru tu cakap sembahyang terbatal jika nampak aurat kalau dipandang dari atas sahaja. Cth ikat kain longgar, dari depan nampak pusat tertutup tetapi jika dilihat dari atas, mungkin pusatnya nampak, maka sembahyangnya batal...

tetapi sebaliknya jika dilihat dari bawah, cth ketika sujud, nampak aurat lututnya, sembahyangnya tidak terbatal..

wallahualam...

Ahmad Ismail berkata...

YB...
betol tu..

rostam berkata...

tidak batal solat kerana menurut sheikh daud al-fatany dalam kitabnya Furu'il masail vol 1 halaman 76: Darul Fikr:: tidak batal solat kerana aurat berkenaan dikira dilihat dari arah bawah membawa maksud bila sujud baru nampak....keadaan biasa ia tertutup...yang dikira batal sekiranya dilihat dari arah keliling dan atas aurat itu nampak. boleh tengok http://razzy.com/ibadat/aurat-solat.html

Tanpa Nama berkata...

sy berpndapat saudara kurang faham dengn ibarat daripada kitab jawi tua.apa yang saya belajar perkara tersebut jelas tidak batal jika di lihat pada sbelah bawah seperti ketika sujud,krn ianya suakr untuk di jaga.kl kita liht arab sndiri pun sebhgianye xpakai seluar pnjang gak.

Tanpa Nama berkata...

ala.. mcm la kita letak cctv dlm kain pelekat tuh.
batal tak agaknya?

dedak berkata...

ketika sujud kain sebenarnya telah jadi mengelilingi sekitarnye...aku pun dah perasan benda ni,jadi aku dah buat penyelesaian sendiri...dengan tidak menjauhkan tapak kaki,ini saje yg selamat,kalau nak berpelikat juge...