04 Julai 2009

Lim: DAP pusat perlu setuju sebelum keluar Pakatan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP Kedah menarik balik sokongannya terhadap kerajaan PAS Kedah kerana hilangnya rasa kepercayaan antara kedua belah pihak.

Beliau juga menyifatkan tindakan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat sebagai sesuati yang serius yang memberi implikasi yang besar.

"Apabila DAP Kedah bertindak keluar dari kerajaan negeri Kedah, ia menunjukkan tidak ada komunikasi dan rasa hormat dari kerajaan PAS Kedah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP Kedah tidak pernah meminta sebarang anugerah atau gelaran gDatuk tetapi ia tidak senang dengan kurangnya rasa hormat PAS terhadap DAP di Kedah, tidak sepertimana penghormatan yang diberikan kepada PAS di Pulau Pinang.


Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh DAP Kedah itu bukan muktamad kerana ia perlu dipersetuju oleh jawatankuasa kerja pusat (CEC) terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kata Lim, belum ada tarikh yang ditetapkan oleh CEC untuk bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

"Hanya selepas menerima surat rasmi yang mengesahkan keputusan jawatankuasa DAP Kedah itu, maka baru saya akan memanggil mesyuarat CEC untuk membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu," kata Lim yang ketua menteri Pulau Pinang.

Semalam, pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata, jawatankuasa DAP Kedah memutuskan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat di Kedah.

Katanya, keputusan itu buat ekoran kegagalan kerajaan PAS Kedah memberi layanan saksama kepada semua rakyat negeri itu.

Dua punca utama menyebabkan keputusan itu dibuat ialah tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan 50 peratus kuota perumahan bumiputera di negeri itu.-MalaysiaKini-

6 ulasan:

mangchikla berkata...

Perkara kecik camni pon nak tarik diri?

Tanpa Nama berkata...

Org Cina, mau kita ikut telunkuk depa ja..org melayu dh lma tolak ansur dlm isu2 berkatan depa..kerajaan perlu tegas dlm membuat keputusan..

yes berkata...

Nampak betul orang muda sekarang tidak menghormati ketua, Pas juga begitu. Membuat keputusan tanpa berunding denga pehak atasan dalam parti.

Tanpa Nama berkata...

PERANGAI MCM BUDAK.....SUK merengek dan suka mengugut.,..

Penyokong PR berkata...

Kurang faham kenyataan dari LGE. Apa kena-mengena soal pusat babi dengan tidak menghormati DAP. Ia bukan isu DAP sahaja.. ia adalah isu kerajaan PR yang mana DAP adalah sebahagian daripadanya.. saya tidak percaya bahawa tiada perbincangan langsung antara PAS,PKR dan DAP..

Quote:
"Apabila DAP Kedah bertindak keluar dari kerajaan negeri Kedah, ia menunjukkan tidak ada komunikasi dan rasa hormat dari kerajaan PAS Kedah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenapa tidak dibuat kenyataan, apabila DAP keluar dari kerajaan negeri sebagai tanda DAP tidak menghormati keputusan kerajaan negeri yang turut dianggotai oleh DAP,PAS & PKR???

Tanpa Nama berkata...

heran sungguh org2 bkn islam ni..x dak akal ka?bukankah babi telah jelas mendatangkan mslh atau penyakit yg serius kpd manusia yg memakannya...nak bela lg kalu perkara tu dh jelas?lembu yg brpenyakit pn org akan bunuh sj kalu ada penyakit merbahaya kepada manusia....appaaraa...