KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.
Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.
"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.
Kelmarin, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.
Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.
Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.
"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.
Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang esok.
Di Kota Baharu, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas berhubung isu itu kerana menganggapnya satu masalah dalaman di negeri Kedah. BERNAMA -mStar Online-

10 ulasan:
PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.
Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.
PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.
salam
Tahniah MB Kedah
Teruskan perjuangan!!!!!
Tahniah kepada BN & UMNO kerana berjaya dalam mengharu-birukan suasana politik PR. Tapi harus diingat, what comes around, comes around....
Sedih saya lihat dengan sistem komunikasi PR yang lemah dan rapuh hingga benda-benda remeh pun pemimpinan PR dah goyang. PR perlu perbaikinya dengan secepat yang mungkin.
Saya ingat ingatkan kepada semua ahli PR, ini adalah percaturan BN & UMNO untuk mencapai impian mereka untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.
Pesanan saya, saya rindukan cara pimpinan PAS dulu yang tak cepat melatah dengan dongengan BN-UMNO. Janganlah kita cepat terperdaya dengan apa-apa cerita.
SEBAB APA SIBUK SANGAT DENGAN ISU-ISU BABI? SEGALA-GALA ADA DI MUKA BUMI ADALAH KURNIAN ALLAH , JADI APA SEBABNYA KITA SEBAGAI MANUSIA YANG
BERFIKIRAN WARAS , TERLALU GHAIRAH NAK LAWAN DENGAN BABI , TIDAKKAH LEBIH BAIK KITA GUNAKAN MASA DAN TENAGA KITA UNTUK SESUATU YANG BOLEH MENGUNTUNGKAN SEMUA ,TERMASUK BABI.
BABI ,SATU BINATANG YANG DIANGGAP PENCITA AMAN
(PEACE LOVER), tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, samada dia itu berparti politik atau tidak.
Wahai , manusia yang banyak membawa binasa kepada bumi ini ,tolonglah buat sesuatu yang
boleh menyelamatkan bumi yang kita duduk sekarang ini, ia jauh lebih baik daripada kita habiskan masa dengan babi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kenapa parti komponan PR tidak membuat satu peraturan kepada pemimpin pemimpin dalam parti apabila membuat pengumuman pada surat khabar pastikan ia pengumuman yang bertulis, dan surat khabar juga heruslah meminta pengumuman yang bertulis. Rakyat telah bosan dan lelah yang mengatakan bahawa surat khabar tersilap lapur, di ikuti dengan penafian. Apakah anda semua ingat bahawa rakyat bodoh? This goes to all the party dalam PR, tak kira PAS, DAP dan KEADILAN. Terlalu kerap perkara ini berlaku.
Jika sokongan rakyat di hargai jangan lah mempermain mainkan kepercayaan kami terhadap parti.
Salam hormat.
ini adalah risiko kerana menegakkan kebenaran...teruskan....jangan layan sangat tangan2 jahat umno dan pembelot...
Salam YB
Saya berharap sgt jika dapat melihat DS Nizar@ Khalid Samad (PAS), Datuk Zaid Ibrahim (PKR)dan Tunku Abd Aziz (DAP)duduk semeja sebagai panel undangan membincangkan pelbagai isu semasa dlm Astro Awani ke, mana2 forum ke, atau lain2..saya rasa kombinasi ini memang cukup mantap dan dpt memperkuatkan lagi PR.
Pergolokan dlam rumah tangga kalu tak ada orang ke tiga mengapi-apikan taklah serius sangat,pak-pak mertua leraikanlah dengan adil agar rumah tangga tak hancur
Isu babi bukan isu kaum cina.. ada juga kaum lain yang memakan babi. Jadi, tindakan menutup pusat penyembelihan babi tidak harus dikaitkan dengan kerajaan negeri tidak menghargai kaum cina. Pasti ada isu lain, cth. tiada lesen, pencemaran dsb..
Sebagaimana PAS memerlukan undi pelbagai kaum untuk menang, begitu juga DAP. Fikir-fikirkan
biasa la tu.. media BN cepat sangat keluar berita nak jatuhkan pakatan, apa berita kebaikan pakatan rakyat yg dikeluarkan dengan cepat?? tak ada pun..
Catat Ulasan