04 Julai 2009

Pemuda PAS selar Khairy isu wacana

Pemuda PAS menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung usaha mengadakan perbincangan ilmiah kedua-dua sayap tersebut - didakwa digambarkan sebagai "kerjasama PAS-Umno" - yang disifatkannya "dolak-dalik politik."

"Cara Khairy ulas tidak kena dengan jemputan (Pemuda PAS), lari topik. Cara dia (Khairy) mengulas itu seolah-olah ada kerjasama antara PAS dan Umno.

"Itu political swing (dolak-dalik politik) dialah. Kita faham. Kita lihat rakyat juga faham (maksud sebenar kita)," kata Setiausa Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Susulan reaksi ahli parlimen Rembau itu, Kamaruzaman diminta mengulas sama ada Pemuda Umno "ikhlas" menyambut tawaran dewan tersebut untuk menganjurkan wacana ilmiah berhubung isu "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan dengan Islam."

Semalam, kedua-dua sayap itu bersetuju menjayakan program tersebut dengan menubuhkan satu jawatankuasa yang sedang menetapkan masa, tarikh, tempat dan format yang akan ditetapkan kemudian. Tajuk tersebut dipercayai belum muktamad.


Penganjuran program itu diumumkan oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen.

Khairy - yang tidak hadir di sidang media itu - kemudian menyambut baik pelawaan Pemuda PAS dan melihatnya sebagai perkembangan besar yang selama ini sukar dijayakan kerana sering "diganggu parti lain dalam pakatan pembangkang".

Beliau dilaporkan menyifatkan tindakan dewan itu sebagai langkah berani dan menepati pandangan pergerakan tersebut yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara PAS dan Umno.

Diminta mengulas kesesuaian program itu buat masa ini, Kamaruzaman berkata: "(Soal) masa tidak ada masalah. Cadangan itu selari dengan cabaran debat mursyidul am PAS (Datuk Nik Aziz Nik Mat) kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Ia selari dengan hasrat Tok Guru. Isunya kesediaan Umno (menerimanya)."

Penganjuran program ini boleh mengundang pelbagai tafsiran salah susulan isu kerajaan perpaduan yang belum reda dalam PAS sehingga pernah menonjolkan keretakan besar antara beberapa pemimpin utamanya.

Ditanya sama ada Pemuda PAS mendapat tekanan daripada pemimpin atasan parti sehingga mengeluarkan kenyataan susulan berhubung wacana ilmihnya dalam tempoh enam jam selepas ia diumumkan, Kamaruzaman menafikannya.

"Tidak ada setakat ini," katanya, yang juga ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Susulan beberapa laporan berita yang disifatkannya "putar belit", Kamaruzaman berkata: "Media ini biasalah. Kita kata A, akan jadi A tambah B tambah C. Akhirnya B dengan C lebih banyak daripada A.

"Kita perjelaskan perkara itu bahawa media salah lapor (tentang wacana ilmiah)."

Beliau mengaku mendapat banyak panggilan daripada akar umbi parti bertanyakan hal itu akibat pemberitaan tersebut.-MalaysiaKini-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

... Salam! dah tau perangai umno gitu, media dia berpengaruh, dalam suasana sekarang ni buat lah dan cakaplah hal hal lain dulu , hentikan apajua bentuk wacana ke ape benda dengan umno, ilmiah tak ilmiah ke,kan dah mengundang kontroversi lagi, jangan susahkan diri dan susahkan orang lain. diam diam sudah! bersedialah untuk kerja kerja pilihan raya kecil ke besar ke.

yes berkata...

Amat setuju dengan ulasan Tanpa nama 7:12 PM. Memang Pemuda Pas yang kurang bijak, sudah tahu UMNO susah nak di percayai kenapa ketua pemuda PAS pula yang ingin sangat mahu berbincang? Sepatutnya Pemuda PAS harus cari jalan agar Khairi di lenyapkan dari scenario politik, ini tidak, terus memberi talian hayat pada beliau. Jadi siapakah yang kurang bijak di sini? Rakyat dah bosan dengan alasan yang mengatakan putar belit akhbar .Kadang kadang yang kami nampak ialah putar belit pemimpin PAS sendiri.

Kalau TGNA telah mempelawa PM untuk berdiskusi, apa kepentingan nya ketua Pemuda Pas pula yang sebok mempelawa Pemuda UMNO? Kenapa tak berdiskusi sesama Pemuda PR? Kan lebih menafaatnya.

Ada manusia yang penoh ilmu di dada tapi kurang " common sense ". Tok nenek kita dilu tak banyak ilmu keduniaan di dada tetapi mereka punya " common sense ".Perhatikan sahaja peribahasa dan bidalan yang di gunakan, walaupun sesetengahnya sudah ketinggalan zaman.

ali.alor setaq berkata...

hangpa tau dah perangai depa suka putak belit hangpa dok tebiang pie tehegehhegeh buat apa.Hampa nie saja nak cari penyakit,nak bagi ahli celaru,nak bagi ahli marah.Heran sunggoh hampa hampa nei.

Dewan Ulama PAS Kedah berkata...

tanpa nama,kita mesti ingat PAS bukan semata-mata parti politik tapi badan dakwah.Kerja PAS bukan masuk pilihanraya saja tapi nak bagi seluruh umat faham konsep Islam yang syumul.

Tanpa Nama berkata...

ana setuju....