Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Kematian secara misteri dan ada setengah pihak yang mengaitkan ini sebagai insiden pembunuhan kejam sebagaimana yang berlaku sebelum ini termasuklah Kugan yang mati didalam lokap, sekali ini seorang yang berada dakan siasatan SPRM meninggal dunia dalam keadaan misteri dan penuh dengan tanda tanya.
Pagi ini pimpinan tertinggi pakatan rakyat, Ds.Anwar Ibrahim(PKT), Lim Kit Siang(DAP) dan Salahuddin Ayub(PAS) akan berada di Pejabar SPRM tersebut untuk memohon penjelasan lengkap dari SPRM mengenai kejadian tersebut. Demikian antara kenyataan yang berkaitan diucapkan dalam ceramah Naib Presiden PAS itu di Kamunting malam tadi.
YB.Gobalakrisnen yang juga berceramah ditempat sama malam tadi meminta pertanggung jawaban dari SPRM yang didakwanya menyebabkan kematian itu. Beliau selain itu mempersoalkan bagaimana ada penafian tentang kematian itu sedangkan Teo Beng Hock masih dalam siasatan SPRM dan mengaitkan "pembunuhan" itu ada kaitan dengan usaha SPRM menutup konspirasi yang sedang dilakukan terhadap Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat.
Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut kelmarin.
Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.
Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.
Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.
"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.
Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.
"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.
Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.
Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.
Komputer riba Teo dirampas
Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.
SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).
SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.
Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.
R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.
"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.
Sumber asal Malaysiakini dengan edit. /-

7 ulasan:
SPRM = Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia!
ni sudah terlampau! kes2 rasuah besar BN & Umnoo lama pasal apa tak siasat dan ambi tindakan secepat kes macam ni????
sistem & agensi Negara ni sudah jahanam...
Memang masa kini Malaysia dlm "ONE BLACK malaysia"
SPRM = Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia!
yang kerja SPRM pun akan di soal siasat dalam kubur nanti, jangan ambil rasuah dan makan rasuah.
Tp kalau hati dah gelab itu tak payah bg nasihat , sebut mati pun dia tak takut.Kerjalah untuk rakyat kerana Allah baru Allah suka bila Allah suka makhluknya pun suka kecuali lanun-lanun dan malaun-malaun munafik mereka pasti tak suka.
Apsal seluar dia koyak?
mati dlm siasatan...ummm!
ha apalagi? jawab sprm(uhno)
Konspirasi untuk menjatuhkan PR dah bermula.....mula-mula Perak sekarang Selangor....aku pelik kenapa kes rasuah puak-puak ameno be end sebelum ini yang berbillion-billion senyap jer...
pergi jahanam dengan slogan one malaysia! Wahai pemimpin durjana ingatlah nanti kamu akan disoal dalam kubur!
Takziah buat keluarga mendiang...
SPRM = Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia( mmg sesuai baba siam.)
Knapa ada beberapa ketul bata dekat dengan dengan si mati?
Catat Ulasan