09 Ogos 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

10 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

tak boleh tahan dalam nombor lima dan nombor tujuh adakah betul-betul ikutnya?!

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Dengan ilmu yang tak seberapa ni, melainkan 'wasiat' kelima, yang lain tu nampak macam wasiat assabiyah?

Tanpa Nama berkata...

Kalau Kekal PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, insya Allah tak jadi kelam kabur macam sekarang. Sekurang-kurangnya, semua akan faham asal usul negara ini.

Tentang wasiat yang lain, saya rasa hampir kesemuanya kecuali Rejimen Askar Melayu lah yang masih kekal dengan semangat wasiat tersebut. Yang lain, semuanya sudah dihakis karat BN.

Daulat Tuanku, kembalikan semangat wasiat itu, humbankan musuh-musuh yang telah mengkhianati dan sedang cuba mengkhianati saki-baki wasiat tersebut yang kini sedang dimamah anai-anai perkauman sempit.

Tanpa Nama berkata...

Jangan bimbang, wasiat ni akan makan UMNO/BN balik. Percaya lah. Semua wasiat tu dah dicemar UMNO. Rejimen Askar Melayu pun satu ketika dahulu pun nyaris nak diganggu gugat.

Manz berkata...

Bukan wasiat assabiyah, tetapi wasiat untuk melindungi hak 'org2 yg lemah' yg mungkin boleh diambil oleh 'org2 yg lebih kuat' pada masa itu.. Padahal majoriti 'org2 yg lebih kuat' inilah yg mengamalkan assabiyah sebenarnyer, tapi tiada siapa yg sedar & complaint..

Hamba allah berkata...

Harap pagar, pagar makan padi itulah terjadi pada UMNO kini, rakyat mengharapkan mereka menjaga islam & melayu tepi menyalah gunakan untuk korani dan kepentingan diri.Oleh itu marilah kita bersatu dibawah hukum allah,islam yang boleh menjaga kita dari dunia hingga akhirat.

Tanpa Nama berkata...

mana satu pun jalannya.. mana satu pu hala tujunyaa.. jawapannya tetap sama.... keadaan tetap akan sama.. siapa pun yang berada di atas, menjadi tonggak membawa tanah ini ke hadapan.kesudahannya tetap satu.. akhirnya tanah melayu ini tetap akan dilupakan... meengikut arus kemodenan.... andai yang lain memimpin negara ini, keadaan yang sama tetap akan tejadi.. kita manusia yang lemah.. kuasa bisa membinasakan sifat yang baik dlm diri kita.. usah nafikan.. krn apa yang dilihat sekarang rata2.. di mana sahaja...sama sahaja mungkin tidak semua... tapi kesudahannya.. kuasa tetap bisa merubah pegangan diri kita... semua sama sajaaaa.... samaaaaaaaaaaaaa..... berebutlah kuasa yang ada... berebutlah nak menang politik yang adaaa...... DAP sama.. PKR sama... UMNO samaaa... BN sama... semua samaa...... Hak melayu tetap akan pupus... sapa pun yang terejaui negara ni.... kalo DAP atau PKR cuma percepatkan lagi saja berlakunya kehilangan hak melayu ini... so... terima hakikat.. satu hari nanti.. kita hanya pendatang di tanah kita sendiri..... sekiannn... assalamualaikummmmm.....

Tanpa Nama berkata...

jangan tahu komplen aja... tanya diri sendiri, apa usaha anda mempertahankan bangsa Melayu itu? setakat cakap je tak cukup...

Tanpa Nama berkata...

cakaplah apa pun, tak guna, akan menang sorak, kampung tergadai saja. yang penting, segeralah mendaftar sebagai pengundi - kaum yang terang-terang mengamalkan assabiyah itu tapi kita biarkan saja ikut suka hati mrk, sedang giat mendaftar suku sakatnya sbg pengundi - menghilangkan kuasa politik kita akan memberi keputusan muktamad bahawa mrk lebih berkuasa daripada kita. ayuh, ke SPR, daftar sbg pengundi. Selamatkan persekutuan tanah melayu, melayu dan islam - kita boleh berlaku adil, mrk yang bukan islam tidak akan sama sekali berlaku adil kepada kita.

Tanpa Nama berkata...

Den tak kato apo do0...tapi den nak ckp ckit joo...sapo agak er yang di sobut dalam perkataan tuu haa..
1. Sapo kami tuu....
2. Kami boghri pado kamu Rajo Rajo
3. Kami boghri pado kamu Kerajaan Malaysia..
Den poning joo..sapo agak er yang sain ekgrimong tuu..
gaso ehh bosa bona ohrang yang bahaso diri er KAMI tuu...
PK PK lah yoo