09 Ogos 2009

CORETAN SUAMI KEPADA PENGIDAP WABAK INFUENZA A(H1N1) 2 (Sambungan tulisan yang lepas..)



Assalaimualaikum YB,

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada YB kerana sudi menyiarkan coretan saya di laman blog YB yang lepas semoga ianya menjadi pedoman dan panduan walaupun sedikit bagi kita semua. Untuk pengetahuan YB, sehingga ke saat ini sudah 11 hari isteri berada di Hospital bagi menjalani rawatan penyakit Wabak INFUENZA A (H1N1) yang dimasukkan pada 29 Jul lepas.

Alhamdulilah keadaannya beransur sembuh tetapi masih lagi menerima rawatan rapi kerana menurut keterangan Dr, Oksigen dalam darah belum stabil lagi. Jadi selama itu juga saya terpaksa berulang balik bagi melawatnya, nasib baiklah pejabat tempat saya berkerja memahami keadaan saya dan tidak membebankan untuk melepaskan saya bercuti tampa rekod

Alhamdulilah juga kerana pihak hospital memberikan kerjasama ketika suadara mara yang datang melawat dapat bertemu dengan isteri walaupun terpaksa bercakap melalui telefon dan melihat melalui cermin pintu bilik tempat isteri ditempatkan, ini pun sudah memadai kerana dapat memberi semangat kepada isteri agar cepat sembuh. Segala doa dan permohonan dari saya dan keluarga allah telah kabulkan agar isteri cepat sembuh dan dapat menjalankan tanggungjawapnya seperti biasa. Bagi yang senasib dengan saya juga saya doakan semoga cepat sembuh dan ingat lah allah maha menentukan segalanya, perbanyakkan bersabar kerana ada hikmat disebaliknya. Sekian terima kasih

5 ulasan:

Sayanik berkata...

CORETAN SUAMI KEPADA PENGIDAP WABAK INFUENZA A(H1N1)

Sayanik berkata...

Siapakah yang layak untuk menggesa kerajaan mewajibkan pemaikaian topeng?
Najib kata pakai topeng dapat kurangkan risiko jangkitan. Tapi, itu bukan arahan tapi cadangan.
Takkan nak tunggu angka puluh baru kita terhegeh-hegeh nak wajibkan pakai topeng.

Begitu juga halnya KM Melaka yang kata nak bangunkan vaksin sendiri. Dah terlambat. Lebih baik 2 billion dibelanjakan untuk menyediakan ruang khas bilik kuarantin di hospital melaka.

ank sulung &bongsu berkata...

semoga sejahtera dan dilindungi Allah selalu

Tanpa Nama berkata...

salam


semoga saudara cekal dan tabah dengan ujian yang Allah turunkan ini. Baru-baru ini saya disyaki dijangkitan virus denggi. bacaan darah saya semakin hari semakin turun (palate) dari 150 kepada 130. Tapi alhamdulillah selepas 3 hari ambil ujian darah, darah saya kembali normal (naik semula kepada 168 kadar palatenya). saya tidak duduk diam untuk buatkan darah saya kembali normal, tetapi saya menunaikan solat hajat, tahajud, berdoa kepada Allah banyak-banyak, saya minum air ECPI dua tiga botol sebelum buat ujian darah kali terakhir (kali ke3) dan buat sup ketam. akhirnya doktor mengesahkan darah saya kembali normal. tolong minta isteri encik cuba minum air ECPI banyak-banyak atau buatkan kepadanya sup ketam. tak salah kita mencuba. panjatkan doa kepada Allah. kita sama2 mencuba ye.

Tanpa Nama berkata...

Steer clear of the harmful diet plan and now a lot completely wrong.

Avid fasters have a for a longer period fasts,
definitely long lasting in weeks in to a time once or twice
pa. Ltd. Possessing dishwasher-safe cyrstal glass foremost, you can certainly scrub inside using the food processor acquiring dreading a functional get rid of within the quick knife blades.


Check out my web blog ... buy vitamix blender hong kong