KOTA BHARU, 6 Ogos : - Adun Galas, Chek Hashim Sulaima dijangka menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San , China esok yang akan dilakukan pakar dari Beijing.
Hospital tersebut merupakan terbaik bagi rawatan kanser di China di mana setiap bulan menerima berpuluh-puluh kes membabitkan penyakit tersebut. Demikian seperti yang dilapor oleh Harakahdaily hari ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Ustaz Abdullah Ya'kob yang mengiringi Adun berkenaan berkata, sebelum ini Chek Hashim disesuaikan dengan ubat dengan tahap penyakitnya.
"Keadaan beliau semakin baik sekarang biar pun lebih dua minggu dimasukkan ke wad namun berat badannya tetap stabil," katanya ketika dihubungi di hospital berkenaan.
Turut menemankan Chek Hashim, isterinya Aida Zakaria dan seorang penduduk Cina dari Gua Musang. Mereka berada di sana sejak 23 Julai lalu.
Adun Galas dikesan menghidapi barah di bahagian paru-parunya sejak Mei lalu apabila batuk mengeluarkan barah.
Selepas itu beliau mendapat rawatan lanjut di Hospital Unversiti Sains Malaysia di Kubang Kerian dan Kuala Lumpur.
Doktor kemudian mencadangkan beliau mendapat rawatan lanjut di Fu San, China.
Abdullah berkata, penyakit yang dialami Che Hashim lebih ringan berbanding pesakit-pesakit lain yang dirawat di hospital berkenaan.
"Setiap bulan doktor memberitahu berpuluh pesakit kanser datang mendapatkan rawatan di The First People's Hospital Fu San.
"Ia merupakan antara hospital bagi rawatan kanser terbaik di China," katanya. -

2 ulasan:
Drs,Kpd ADUN Galas,Selamat berangkat serta diringi doa agar lekas sembuh hendak nya. Nona Ratana Chulaborn.
Cubalah berubat dengan kaedah bekam! InsyaAllah amat berkesan... http://www.aljawad-healthcare.com/bekam.htm
Catat Ulasan