02 September 2009

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?

Oleh :

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :





(sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas)

8 ulasan:

Unknown berkata...

bagus maklumat ini, terima kasih

Budak Syburi berkata...

nampak semua ok sahaja, tapi ada yang kata ron95 tak berapa pick-up macam ron 97.

tak tau la, hari ini baru nak beli minyak tu pasai ron 97, agak mahal la.

Tanpa Nama berkata...

itulah dia kerajaan Be End...sudah terang lagi bersuluh DSAI sudah terangkan semasa debat dulu...tetap dengan menaikkan harga minyak, tunggulah...masa PASti akan tiba....Ramadhan karim

david ahmad muniandy berkata...

awal bulan lepas aku isi ron 95 ke dalam tangki kereta berengin fuel injection habis isi berjalan tekan minyak sat laju sat perlahan bunyi enjin bising lepastu aku isi balik ron 99 v-power di stesyen shell untuk neutral balik petrol dalam kereta.

Tanpa Nama berkata...

janji dulu ron 95 rm1.75. tiba hari dijanji jadi rm1.80 pulak.. apapun terima kasih lah. hadiah sempena merdeka.rakyat dibahalolkan

Unknown berkata...

jgn terkejut. ade kereta yg tak sesuai utk RON95 terutama cc yg atas 3000. BMW, prche (betul eje?, mers dn bnyk lg kete mahal lian. sbb tu stesen minyak jual lg RON97 taknak kena saman dgn pemilik kete mahal. huhuh

Anak Bugis berkata...

1 je komen sy.. rakyat dilembukan.. kekayaan kroni diutamakan.. ..

Tanpa Nama berkata...

Seperti artikel di atas, RON95 akan cepat dibakar berbanding RON97, maknanya, kalu isi RON95 RM10, jarak perjalanan akan kurang berbanding guna RON97.