02 September 2009

" Orang Melayu Bodohlah..... "

Oleh : oleh : Catatan Zabidie Abas
( http://amkj.blogspot.com )


Hari ini akan bermula kenaikan barang-barang keperluan dengan kenaikkan harga petrol. Inilah 1Malaysia - Rakyat asing diutamakan, rakyat sendiri jadi melarat .

Seorang rakan berbangsa India berkata malam kelmarin, " Orang melayu bodohlah, menteri melayu tapi tiap-tiap tahun hari raya harga ayam naik, gula tak cukup, bas tak cukup.... raya ugama lain tak ada pun, orang melayu diam aje".

Pencatat terkilan dengan cemuhan tersebut. Namun ianya telah berlaku saban tahun dan pasti berlaku lagi. Inilah negara tercintaku yang diperbodohkan oleh menteri berbangsa sendiri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Beliau berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun. Juga kerajaan merasakan wajar Petronas meneruskan tajaan sukan permotoran antarbangsa, Grand Prix motosikal dan F1 pasukan Petronas-Sauber.

Berbilllion ringgit biar dibayar kepada kepada sukan permotoran itu, rakyat Malaysia biar hidup sengsara. Ratusan juta untuk komiseyn membeli kapal selam dan helikopter pun tidak mengapa.

Kita akan lihat dalam bila-bila masa, pak-pak menteri akan berlakon dihadapan media dan memberi amaran, " Jangan naikkan harga barang-barang ".

Kita akan lihat juga setiap tahun semua pak-pak menteri bermewah-mewah berbelanja untuk hari terbuka sambutan Hariraya edul Fitri.

6 ulasan:

rayman berkata...

Salam YB,

Sesungguhnya, saya berasa teramat sedih sekali bila bangsa lain mengatakan melayu begitu bodoh. Tapi apakan daya, dah orang melayu sendiri tak nak berubah.....tiap-tiap tahun sama saja.

Barangkali akan berubah bila dah lanjut umur masa sakaratul maut datang nak jemput.

Tanpa Nama berkata...

kepada penyokong2 Be End apa yang anda semua dapat setelah menyokong mereka selain terpaksa menerima kenaikan harga barang dan bahan api. Semua maklum, Ron95 adalah minyak berkualiti rendah berbanding RON97.Rakyat dipaksa membayar harga minyak yang mahal untuk kualiti minyak yang rendah. Fikir-fikir kan...

Tanpa Nama berkata...

memang melayu bodoh!!!aku dah tak sanggup nak mengaku melayu.jijik..kalau boleh nal gi jpn tukar bangsa,jadi bangsa islam arab ke what everlah...

Tanpa Nama berkata...

MENTERI2 BODOH YG MEMAKSA RAKYAT UTK MENERIMA KEBODOHAN MEREKA...

Tanpa Nama berkata...

ramai kata pak-pak menteri tu bodoh dan memperbodohkan,tp nape masih ramai yg memberi sokongan pd mereka tu..nape sanggup terima kesusahan spt kenaikan hrga barang hasil dr sokongan yg diberikan?bila dikata bodoh,bangang,baghal, bengap atau apa2 yg seirama tau marah plak...atau mereka ni manusia yg x bleh diajar dah?memang nampak mcm bagus tapi bebal semacam...
dunia dah nk kiamat....

Tanpa Nama berkata...

yg korang punay bahasa ni apsal kasar semamcam ni? korang pun lebih kurang sama je la..

kalo tak puas hati sgt, berusaha gigih, masuk bidang politik..dan kemudian buat parti sendiri...pastu masuk bertanding..